Selepas PRN Sarawak baru-baru ini, walaupun selepas beberapa jam, mengumumkan kemenangan besar majoriti 2/3 bagi Dun Sarawak, PM dengan cerianya menyatakan kegagalan tsunami politik dibawa ke Sarawak. Tapi kegembiraan itu, hanya dibuat-buat dan tidak ikhlas apabila dua tiga hari selepas itu, semua media mewar-warkan kekalahan teruk tempat-tempat disekitar bandar-bandar besar di Sarawak. Apatah lagi dengan kekalahan besar BN kepada calon DAP, mengungkit-ungkit undi kaum Cina yang telah beralih arah kepada DAP. Apa yang gerombolan BN hendak buat? kalau dulu ketika memerintah negara dengan 2/3 majoriti, pastinya disaat-saat akhir BN dengan gerombolan cendiakawannya akan merubah persempadan semula sempadan pilihanraya, tetapi sekarang.... jangan harap.. SPR adalah talian hayat terakhir buat BN, persempadanan semula kawasan pilihanraya sangatlah tidak adil dan bodoh dalam segi pentadbiran.. ada DUN yang duduk dalam Parlimen daerah lain, ada suku atau setengah DUN ya...
Betapa aku menyintai TANAH MELAYU ini ...