Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

Kejahilan Melayu Bila Berpolitik..

Semakin ramai yang seperti kami, yang menganggap perpecahan bangsa melayu hanyalah disebabkan oleh politik.. malah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa keruntuhan kerajaan-kerajaan Melayu lama disebabkan oleh politik jahil yang diamalkan oleh bangsa itu sendiri.   Namakan saja cerita-cerita Melayu lama, samada cerita dongeng kisah Hang Tuah, Mahsuri dan Hang Nadim.. menunjukkan sikap Melayu yang sememangnya perlu ada kalau ingin menjadi Melayu, kita tidak pernah rasa marah atau terhina, kerana itulah sikap kita sebenarnya, sikap yang telah diwarisi kepada kita dan kita tidak pernah berniat sekelumit pun untuk mengubahnya. Perpecahan bangsa Melayu kala ini sangat berada pada tahap kritikal, selepas 2008, politikus-politikus melayu semakin lantang dan begitu bangga merayakan perpecahan, maka bermusuhlah sesama jiran, sesama jemaah masjid, sesama saudara mara, dan itulah yang menjadi kebanggaan politikus-politikus, merayakan perpecahan sesama bangsa. Tidak ada sehingga...

MB Kedah dan KM Melaka - Sama Je..

Kenapa Pas berdemo menentang lanjutan masa pusat hiburan di Melaka, apa bezanya dengan keputusan menarik balik keputusan MB Kedah melarang pusat hiburan beroperasi disepanjang bulan Ramadhan.  Sepatutnya Pas mempraktikkan dulu dinegeri yang ditadbirnya, bak kata pepatah, kuman seberang laut nampak, gajah depan mata, tak nampak. Apabila MB Kedah mengumumkan larangan beroperasi pusat hiburan di Kedah, ramai yang menyokong tindakan beliau, ramai yang menghentam MCA apabila MCA mempertikai keputusan MB Kedah.. apatah lagi bila MCA berkata bahawa pengharaman tersebut bercanggah dengan buku jingga, maka penyokong-penyokong  PR menyerang dari segenap arah akan kenyataan MCA.  Malah ramai yang mengeshorkan tindakan menutup pintu rundingan berkaitan dengan keputusan pengharaman berkenaan. Banyak NGO dan PPMM (Persatuan Peguam Muslim Malaysia) menyokong tindakan MB Kedah ini.. tapi apabila keputusan ini dipertikai oleh DAP, MB Kedah seperti terpukau dan setuju untuk berunding den...

Momentum Pasca Bersih 2.0

Mutakhir ini segala-galanya berkaitan dengan PRU, apa saja isu, pasti sedar tak sedar kita akan merujuk kepada PRU13 akan datang. Baru-baru ini Malaysia digempar dengan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai, maka menjerit-jeritlah ahli-ahli politik memberi sedikit publisiti keatas diri sendiri, supaya nanti nama mereka ini tidak tercicir dari senarai calon YB.  Tidak kiralah calon bagi pihak mana-mana pun.. Kena sakat ngan Queen Elizabeth.. tulah cengeng sangat.. hahaha Menjerit-jeritlah Politikus-politikus BN, tentang kegagalan perhimpunan Bersih yang kononnya mencecah hanya 6,000 orang (mengikut media-media bajingan aliran utama), walaupun ramai sedar bahawa jumlah melebihi 15,000 orang.  Tidak kiralah berapa ramai, yang penting dengan sekatan yang begitu bersungguh-sungguh sehinggakan Kuala Lumpur pada hari itu bolehlah dianggap mati kerana sekatan yang melampau oleh pihak berkuasa, jumlah seramai 15,000 orang itu bolehlah dianggap satu kejayaan dan kenangan manis bagi p...

Tukar Kerajaan Kerana Ekonomi Yang Buruk

Bukanlah seorang pakar ekonomi tetapi sebagai rakyat yang buta pengetahuan ekonominya, kehidupan yang semakin perit ini boleh membabibuta menyalahkan atas pengurusan ekonomi yang salah dan lembab. Kesengsaraan ini ditambahlagi dengan kenaikan harga barang keperluan yang semakin minghimpit rakyat marhain seperti kita.  Kenaikan harga gula, dan kenaikan bil elektrik baru-baru ini sedikit sebanyak menyumbang kepada kenaikan kenaikan berantai harga-harga barangan lain, amat yakin harga Ron95 juga akan dinaikkan sedikit masa lagi, dengan kempen secara perlahan-lahan, dengan segala ungkitan tentang subsidi minyak, maka tidak mustahil petrol juga akan dinaikkan sedikit masa lagi. Alasan yang kelakar dan pelik bagi sebuah kerajaan yang berdaulat, adalah bagi mengelakkan pembaziran dan mengalakkan pengguna supaya berjimat.  Alasan yang nampak sangat bodoh dan sengaja diada-adakan, cuba dilihat dari segi logiknya, apa saja benda dalam dunia ini tidak boleh dielak dari alasan pembazira...

Hikayat Merong Mahawangsa yang sampah..

Gadis Melayu dan Busana Melayunya Cuba beralih topik sekejap, ramai yang pastinya telah menonton filem  epik Hikayat Merong Mahawangsa yang diterbitkan oleh KRU, maka akibat dari tidak sempat ke panggung, aku pun membazirkan RM15.00 kepada Astro First. Walaupun RM15 itu tidaklah sebesar mana, tetapi dengan sedikit usaha kerana terpaksa membeli remote Astro yang baru,  boleh dikatakan menonton filem ini adalah satu sesi membuang masa dan amat memeritkan hati bagi seorang rakyat Melayu Malaysia yang masih tebal jati diri. Tidak dinafikan, sangat terpegun dengan cinematografi yang cantik, memang aku sangat kagum dengan teknik-teknik CGI dari KRU, tetapi dari segi nilainya, terus terang dikatakan filem ini ternyata satu lagi sampah yang perlu dilupus dari sejarah perfileman Melayu. Digembar gemburkan sebagai filem terhebat tahun ini, ternyata filem ini tidak lari dari  perkataan "terhebat", yang kononnya sangat hebat, sekurang-kurangnya filem ini telah sedikit lari dari...

Teori Konspiriasi Negara Kristian..

Pada mulanya, terfikir jugak kenapa begitu bangang dan gelojohnya, Utusan Malaysia menyiarkan berita berkaitan dengan "konspirasi Kristian" bersandarkan tulisan dari 2 blog, apa pernah sebuah surat khabar utama negara mengeluarkan berita bersandarkan laporan dan tulisan dari blog.  Apatah lagi, ramai yang tau keterlibatan akhbar ini dengan UMNO.  Bagi cerdik pandai, untuk menukar status agama persekutuan adalah satu perkara yang amat mustahil untuk dilakukan (cari sendiri Perlembagaan Malaysia), untuk meminda perlembagaan dalam konteks ini adalah satu prosedur yang hampir mustahil untuk dilakukan.  Memainkan isu-isu rasis, yang sebelum ini mencanang tentang 1Bumi, adalah satu permainan pelik bagi sebuah akhbar utama negara, yang salah satu kerjanya adalah menyebar tentang kebaikan kerajaan.   Akhbar ini bertambah mereng selepas Pilihanraya DUN Sarawak yang lepas, yang menyaksikan majoriti undi Cina telah berpindah kepada pembangkang (DAP).  Mula-mula dengan fa...

PRU 13 yang hanya nampak bayangnya kini..

Selepas PRN Sarawak baru-baru ini, walaupun selepas beberapa jam, mengumumkan kemenangan besar majoriti 2/3 bagi Dun Sarawak, PM dengan cerianya menyatakan kegagalan tsunami politik dibawa ke Sarawak.   Tapi kegembiraan itu, hanya dibuat-buat dan tidak ikhlas apabila dua tiga hari selepas itu, semua media mewar-warkan kekalahan teruk tempat-tempat disekitar bandar-bandar besar di Sarawak.  Apatah lagi dengan kekalahan besar BN kepada calon DAP, mengungkit-ungkit undi kaum Cina yang telah beralih arah kepada DAP. Apa yang gerombolan BN hendak buat?  kalau dulu ketika memerintah negara dengan 2/3 majoriti, pastinya disaat-saat akhir BN dengan gerombolan cendiakawannya akan merubah persempadan semula sempadan pilihanraya, tetapi sekarang.... jangan harap.. SPR adalah talian hayat terakhir buat BN, persempadanan semula kawasan pilihanraya sangatlah tidak adil dan bodoh dalam segi pentadbiran.. ada DUN yang duduk dalam Parlimen daerah lain, ada suku atau setengah DUN ya...

Video seks - Tragedi buat BN

Dalam seminggu ini, dimana-mana sibuk kita membicarakan tentang video seks, apa yang menarik, diperingkat rakyat jelata, bukan pelakunnya yang menjadi isu, tapi perilaku perakam dan Trio yang sangat menyentuh tentang hak privasi seseorang. Amatlah menghairankan, dimana sokongan terhadap kerajaan BN, bertambah padu dan stabil, video seks berkenaan hanyalah meruntuh kepercayaan kepada sistem dan pentadbiran kerajaan BN.  Tidak keterlaluan jika dikatakan, tindakan memperhebahkan rakaman video seks itu kepada media adalah tindakan melulu, yang hanya mengundang kebencian rakyat kepada kerajaan BN, apatah lagi, ia dianggap sangat melampau, mengaibkan seorang pemimpin dan cuba memusnahkan kredibiliti seseorang atas nama politik. Apakah dengan bermacam kajian dan tinjauan yang mengatakan sokongan rakyat jelata terhadap pimpinan DS Najib semakin meningkat, BN masih tidak berkeyakinan terhadap kajian dan tinjauan berkenaan.  Adakah tinjauan itu boleh dipercayai, sekiranya BN sendiri m...

Bila seorang yang tidak punyai moral bercakap tentang moral

Rahim Tamby Chik dan Eskay Misteri datuk T telah terjawab, tidak kiralah apa maknanya, Trio ke Tipu ke, Tipah ke, tindakan  Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik,    Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, yang mengaku bertanggungjawab mendedahkan video berkenaan adalah tindakan bodoh dari Trio bangang yang berlagak pandai.   Bukan tindakan mengaku bertanggungjawab itu yang bangang, tetapi tindakan menyebarkan, melakukan konspirasi, memerangkap dan mengugut itu adalah tindakan manusia yang langsung tidak berakhlak sebagai manusia yang sepatutnya menghormati hak-hak privasi seorang manusia lain.

Video seks Datuk Sri Anwar Ibrahim

Politik Malaysia makin haru-biru setiap kali adanya Pilihanraya, maka bermacam berita sensasi akan menjadi mainan bagi merebut undi.  Paling mengharukan bila ia melibatkan bangsa yang kononnya tinggi tatatusilanya, tinggi adab dan sopannya, semua terhalal atas nama demokrasi.  Hanya untuk meraih sokongan dan undi, kita yang sering menyalak dan melaung sebagai bangsa melayu yang kononnya terlalu agung tatatusilanya, mengenepikan sekejap ciri-ciri melayunya, hanya untuk memastikan perut kita tidak kebulur esok hari.  Apa bezanya menjadi pelacur dan menjadi ahli politik yang mengenepikan soal-soal moral, hukum hakam agama hanya untuk memastikan perut-perut yang perlu diisi tidak kebulur. Sekadar merenung kembali, banyak kisah dan sejarah yang boleh diteladani tentang  bagaimana keruntuhan bangsa melayu ini berpunca dari perbalahan bangsa melayu itu sendiri. Dari runtuhnya empayar Melaka, kisah Mahsuri, Hang Tuah, Singapura dilanggar Todak, sejarah Pulau Pinang dan bany...

Kisah Bob Lokman.. satu lagi tindakan luarbiasa yang berani

Bob Lokman dan MB Kedah. Siapa yang tidak kenal dengan Bob Lokman, dari pencipta lagu, penulis lirik, pengacara dan pelakon, seorang anak seni yang memang disanjung dan tidak diragui  kehebatannya.  Tetapi itu semua hanya tinggal sejarah, Bob Lokman telah insaf.  Telah insaf tidak menjadi apa-apa kesalahan di Malaysia, boleh dilihat berapa ramai selebriti wanita yang sekejap memakai tudung, sekejap bukak, sekejap insaf, lepas tu tak insaf balik,  memang tidak menajdi kesalahan apa-apa pun, yang menjadi kesalahan tak terampun ialah penyertaan Bob Lokman kedalam kem hijau putih, mengumumkan secara terbuka penyertaan beliau ke dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada 19 Feb yang lepas memang satu tindakan berani mati, tindakan luar biasa dari seorang artis yang selama ini, hidup juangnya bergantung kepada media.

Membangkang dan Memerintah, dimana bezanya?

Selepas tidak lagi berkuasa 2/3 di Parlimen dan selepas hampir 3 tahun BN hilang kuasa di 5 negeri : Kelantan, Kedah, Selangor, Penang dan Perak (tapi dapat kembali dirampas   pada Februari 2009), apa yang diharapkan BN berubah dan memperbaharui pendekatan-pendekatan yang dilakukan bagi memenangi semula hari rakyat marhain. Bila dikatakan BN perlu berubah, yang dimaksudkan lebih dari hanya menggubal dasar-dasar recycle kerajaan, tetapi lebih dari itu.   Tidak Nampak BN bersungguh-sungguh membuat Post Mortem akan kekalahan tragis Mac 2008.   Adalah seharusnya sebuah jawatankuasa yang terdiri dari bukan kalangan dari Politician membuat kajian terperinci akan punca-punca kekalahan dan kesan-kesan pembaharuan.   Bukan melantik perunding antarabangsa seperti Apco atau kalangan ahli-ahli politik yang hanya pandai menyembah dan mengampu mereka.   Sendiri patut mengakui bahawa telinga-telinga mereka hanya hendak disuap dengan berita-berita yang menyedapkan halua telin...

Menjadi Pembangkang Yang Berfungsi dan Dihormati

Menjadi pembangkang di Malaysia adalah satu tugas yang sangat mencabar dan memeritkan, pembangkang dalam sistem demokrasi sangat diperlukan agar menjadi satu agen check and balance terhadap sistem, dasar , pengurusan kewangan dan segalanya yang dilaksanakan oleh kerajaan yang memerintah.  Pembangkang yang kuat dan berfungsi dengan baik setidak-tidaknya akan menjamin tidak akan berlakunya penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan yang memegang kuasa. Dalam suasana politik di Malaysia, pembangkang nampaknya tidak menjalankan tugas sebagai pembangkang dengan begitu baik, samada diberi tekanan oleh kerajaan yang memerintah ataupun kesilapan yang mereka sendiri lakukan.   Seperti mana-mana parti politik yang ditubuhkan di Malaysia, ia ditubuhkan bukan untuk menjadi pembangkang,  sebaliknya ia ditubuhkan untuk berkuasa.  Pembangkang di Malaysia yang hilang fungsinya sebagai pembangkang tetapi terus berjuang untuk memegang tampuk pemerintahan negara.  Tugas-tugas sebagai pe...

SUK Selangor

Cuba menilai dan bertanya, mengapa ada dua orang cerdik berbalah-balah tentang pelantikan orang no satu Perkhidmatan Awam negeri ini?  Mengapa tidak salah satu beralah dan menerima bagi kepentingan orang-orang Melayu, bukan yang dipertikaikan itu orang Melayu ( Datuk Mohd Khusrin Munawi) dan orang yang mempertikaikannya adalah orang-orang melayu yang disahkan oleh Raja Melayu. Bukan itu isunya, soalnya kepentingan atau ego politik kedua-dua yang memerintah, kerajaan pusat dan kerajaan negeri Selangor.  Soalnya siapa yang benar dan siapa yang salah.  Kerajaan Pusat betul kerana pelantikannya mengikut perlembagaan Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri juga betul jika mereka tidak setuju.  Susah sangat ke dua Pemimpin Melayu ni nak duduk semeja, berbincang atas nama kepentingan rakyat dan juga kepentingan orang-orang Melayu dan mengetepikan sementara ego poltik dan pengaruh-pengaruh peti undi demi kepentingan awam.

Dr Lo’Lo’ dan statement tidak cerdiknya

Menurut ahli jawatankuasa PAS pusat, Dr Lo'lo' Mohamad Ghazali, beliau pelik apabila Umno cepat menyelar cara pemakaian ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching dalam satu majlis senam robik, namun dalam isu pakaian separuh bogel ala-tarian 'tiger show', Umno seperti tidak peduli. YB. DR. LO' LO' DATO HJ. MOHD GHAZALI "Adalah malang isu YB Teo Nie Ching yang hanya bersenam robik dengan pakaian sukan yang biasa dipakai wanita bukan Islam menjadi berita muka depan Utusan Malaysia, tetapi kemungkaran yang lebih besar seperti ini didiamkan oleh media pro-Umno," katanya yang juga ahli parlimen Titiwangsa. Apa yang tidak kena dengan kenyataan MP Titiwangsa ini? Terlalu berani? Terlalu tidak bijak?

1 Malaysia di Selangor

Umpama meludah ke langit, paku dulang paku serpih.. dan apa-apa lagilah.. Kalau PR selalu bercakap tentang semangat federalisme, tentang ketidakadilan pemerintahan Persekutuan atau kerajaan pusat terhadap kerajaan bukan BN.  Seharusnya kerajaan PR di Selangor harus mengkaji semula atau berfikir semula atas apa yang mereka perjuangkan. Atas apa jua isunya, apakah rasionalnya kerajaan negeri Selangor mengharamkan penggunaan logo Satu Malaysia.   Katanya menjunjung semangat Federalisme, tapi apa yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor bertentangan dengan apa yang mereka perjuangkan.  Apakah untungnya dan apakah ruginya sekiranya Selangor menerima konsep 1 Malaysia.

Satu Malaysia Satu Metafora.

Saban hari, kita dihentak-hentak dengan konsep satu Malaysia, yang sering di pertikai oleh pihak lawan, konsep yang meniru Yahudi katanya, apa salahnya, meniru jika ia suatu yang baik, tidak ada salahnya.. Apa demokrasi kita tidak pernah meniru sesiapa.  Apa system pengasingan kuasa yang diamalkan hasil ciptaan kita sendiri. Tapi itu bukan masalahnya, meniru atau tidak,  yang penting, konsep dan dasar itu mestilah realistic, tidak setakat untuk memenangi hati rakyat untuk menang pilihanraya.

Melayu dan “Tongkat” ajaibnya (Melayu .. jadilah bangsa yang berani)

Masih ingat lagi ketika diawal persaraan Tun Mahathir Mohamad pada Oktober 2003, dengan segala dukacitanya berkata bahawa di berasa amat sedih kerana tidak berjaya mengubah nasib orang-orang Melayu. Dengan segala formulanya selepas Malay Dilemma diterbitkan pada 1970 (11 tahun sebelum beliau dilantik sebagai PM), beliau masih gagal mengubah (membetulkan) orang Melayu. Selepas 52 tahun merdeka, pemerintahan Melayu masih gagal mengubah orang Melayu. Satu Jawapan yang tidak boleh diterima akal. Tun Mahathir dengan beraninya membubarkan DEB yang dimulakan oleh Tun Abdul Razak pada 1971 (selepas peristiwa hitam 13 Mei 1969) dan digantikan oleh Dasar Pembangunan Nasional, 1991 alasannya ialah Melayu terlalu bergantung kepada tongkat.