Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

Kajang Pulak... Merpersendakan Demokrasi oleh si GILA KUASA

Walaupun berkali-kali, kita dipersembahkan cerita tentang kemelut pentadbiran Kerajaan PR di Selangor dan begitu juga, berkali-kali kita akan ditenangkan bahawasanya, kemelut-kemelut itu hanyalah rekaan media semata-mata untuk menganggu gugat pentadbiran kerajaan Negeri Selangor yang tidak berjaya dirampas oleh komponen BN pada dua pilihanraya umum. Makanya, seperti mana-mana berita yang perlu diproses datanya secara bijaksana, terus kita meyakini tanpa perlu ragu-ragu, tidak ada apa berlaku di Selangor.. walaupun selepas berita pemecatan Azmin Ali dari PKNS.. iya, kita masih beranggapan dan amat yakin, itu hanyalah persembahan politik oleh arus media perdana untuk mengharu birukan pentadbiran negeri Selangor. Kemudian takda ribut, takda taufan, pada 27/1/2014,  YB ADUN Kajang, Lee Chin Cheh dari PKR meletak jawatan, walaupun beliau sendiri dengan rela hatinya dan tanpa sebab meletakkan jawatan sebagai ADUN Kajang.. kita sendiri secara cepat perlu memproses data, dan tertanya-...

MELAYU ISLAM : Bangsa Penakut (Murtad? Yang bersalah adalah Mereka ??)

Sejak akhir-akhir ini.. aku sendiri sedikit tertarik dengan debat-debat berani Ilmuan-ilmuan Islam dan Kristian.. antara manusia yang boleh aku sarankan untuk didengar di Youtube.. Syeikh Ahmad Deedat, Dr. Syabir Ally dan Dr. Zakir Naik.. antara ketiga-tiga manusia ini, yang pada aku sangat berani sehingga digelar Singa (Lion).. sehingga kadang-kadang ada hujah yang menyinggung sensitiviti orang-orang kristian.. nampak sehingga beliau  mempersendakan Jesus a.s.. (bukan sebagai nabi, tapi tuhan).. dalam hal ini, antara ketiga-tiga ilmuan Islam ini,  ketiga-tiganya adalah berketurunan India.. Syeikh Ahmad Deedat berwarganegara Afrika Selatan, Dr. Shabir Ally : Canada dan Dr. Zakir Naik tetaplah menjadi warganegara India. Siapa itu  Sheikh Ahmed Hoosen Deedat,  beliau yang meninggal pada tahun 2005 ketika berumur 83 tahun hanyalah bersekolah sehingga darjah 6, apa yang menariknya, segala ilmunya yang berkaitan dengan Islam terutama ilmu perbandingan agama, tidak...