Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2016

PEMECATAN MUHYIDIN - KEMENANGAN TOTAL NAJIB

Maka dengan rasminya pada 24 Jun 2016 - Tan Sri Muhyidin Yasin dan DS Mukhriz dipecat keluar terus dari UMNO , Shafie Afdal pula digantung sementara menunggu laporan salahlakunya siap,  sememangnya ini sudah dijangkakan dari awal lagi - ini bukanlah kali pertama, orang no. 2 dijaras dan dicantas dalam UMNO- sebelum ini DS Anwar Ibrahim dan sebelum itu Tun Mahathir sendiri punya 4 timbalan perdana menteri. Berbeza dengan Najib; Tun Mahathir - walaupun semasa hayat pemerintahannya dia bolehlah dianggap pelopor kepada pemerintahan diktator negara ini, tapi seni menjaras orang no. 2 dalam UMNO mahupun kerajaan bolehlah dinggap sebagai licik dan terselindung.  Kepakaran Tun Mahathir untuk berselindung disebalik tabir - sedang orang-orang kanannya menjalankan strategi menghancurkan pihak lawan, seolah-olah menampakkan tangannya yang suci bersih tidak ternoda. Mungkin sebelum ini- MT Umno atau lebih tepat lagi Najib - teragak-agak untuk menendang keluar dua tokoh polit...

Bangsaku Bukan Yahudi Zionist

ini bukanlah kali pertama akaun FB aku atas nama kirikanankena kena block.. dah kali kedua dah.. aku pun tak faham kenapa..  aku banyak komen di Malaysiakini, mungkin antara sebab kena block - untuk unblock adalah memuatnaik gambar ic atau utility bill..  bukanlah niat aku untuk jadi penakut, baling batu sembunyi tangan..tidak - tapi aku lebih kepada RAMLI SARIP-  aku menulis bukan kerana nama.. aku tidak menjual iklan, aku tidak kesah pun kalau blog aku tidak dibaca sama sekali oleh sesiapa pun..  aku tidak kisah kalau FB aku langsung tidak punya senarai friend yang panjang.. aku tidak peduli.. Sebenarnya, kalau aku katakan - aku cuba (walaupun sedar aku bukan siapa-siapa) menyediakan produk yang neutral, yang bebas merdeka dari belenggu ideologi parti politik.. dan selepas tidak lagi terikat ketat dengan mana-mana fahaman ideologi.. itu terserah pada kelompok/blok mana-mana selepas itu mengerjakannya.. terserah atas kebijaksanaan tuan hamba.. tentunya lebi...