Dalam seminggu ini, dimana-mana sibuk kita membicarakan tentang video seks, apa yang menarik, diperingkat rakyat jelata, bukan pelakunnya yang menjadi isu, tapi perilaku perakam dan Trio yang sangat menyentuh tentang hak privasi seseorang. Amatlah menghairankan, dimana sokongan terhadap kerajaan BN, bertambah padu dan stabil, video seks berkenaan hanyalah meruntuh kepercayaan kepada sistem dan pentadbiran kerajaan BN. Tidak keterlaluan jika dikatakan, tindakan memperhebahkan rakaman video seks itu kepada media adalah tindakan melulu, yang hanya mengundang kebencian rakyat kepada kerajaan BN, apatah lagi, ia dianggap sangat melampau, mengaibkan seorang pemimpin dan cuba memusnahkan kredibiliti seseorang atas nama politik. Apakah dengan bermacam kajian dan tinjauan yang mengatakan sokongan rakyat jelata terhadap pimpinan DS Najib semakin meningkat, BN masih tidak berkeyakinan terhadap kajian dan tinjauan berkenaan. Adakah tinjauan itu boleh dipercayai, sekiranya BN sendiri m...
Betapa aku menyintai TANAH MELAYU ini ...