Gadis Melayu dan Busana Melayunya Cuba beralih topik sekejap, ramai yang pastinya telah menonton filem epik Hikayat Merong Mahawangsa yang diterbitkan oleh KRU, maka akibat dari tidak sempat ke panggung, aku pun membazirkan RM15.00 kepada Astro First. Walaupun RM15 itu tidaklah sebesar mana, tetapi dengan sedikit usaha kerana terpaksa membeli remote Astro yang baru, boleh dikatakan menonton filem ini adalah satu sesi membuang masa dan amat memeritkan hati bagi seorang rakyat Melayu Malaysia yang masih tebal jati diri. Tidak dinafikan, sangat terpegun dengan cinematografi yang cantik, memang aku sangat kagum dengan teknik-teknik CGI dari KRU, tetapi dari segi nilainya, terus terang dikatakan filem ini ternyata satu lagi sampah yang perlu dilupus dari sejarah perfileman Melayu. Digembar gemburkan sebagai filem terhebat tahun ini, ternyata filem ini tidak lari dari perkataan "terhebat", yang kononnya sangat hebat, sekurang-kurangnya filem ini telah sedikit lari dari...
Betapa aku menyintai TANAH MELAYU ini ...