Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Persempadanan Semula atau tidak - Pembangkang Pasti Kalah dan terkubur selamanya

Ahli Politik yang patut dihormati dan disegani Ketika leher lembu disembelih ketika aidil adha baru-baru ini....menyalak-nyalaklah politikus-politikus bercakap-cakap tentang persempadanan semula kawasan pilihanraya. Hadi Sawang - Punca segala masalah pembangkang. Memang ada politikus yang menentang idea SPR tentang persempadanan semula, mencarik-carik kawasan untuk menarik pengundi-pengundi - ini bukanlah baru, dan ini bukanlah rahsia lagi.. tak perlu pun berbuih mulut pembangkang menerangkan betapa biasnya SPR untuk memenangkan kerajaan memerintah.. semua rakyat Malaysia yang boleh berfikir mengetahui akan perkara ini. Persempadanan semula sememangnya adalah senjata ataupun kelebihian memiliki padang bola sendiri..  Tapi bila ada Menteri-menteri dan timbalannya yang sememangnya akan turut juga bertanding pada PRU14 ini, mempertahankan SPR - maka tindakan Menteri-menteri ini bolehlah mengesahkan betapa Bias nya SPR - tapi apa kesannya?  walaupun menteri ...

PEMECATAN MUHYIDIN - KEMENANGAN TOTAL NAJIB

Maka dengan rasminya pada 24 Jun 2016 - Tan Sri Muhyidin Yasin dan DS Mukhriz dipecat keluar terus dari UMNO , Shafie Afdal pula digantung sementara menunggu laporan salahlakunya siap,  sememangnya ini sudah dijangkakan dari awal lagi - ini bukanlah kali pertama, orang no. 2 dijaras dan dicantas dalam UMNO- sebelum ini DS Anwar Ibrahim dan sebelum itu Tun Mahathir sendiri punya 4 timbalan perdana menteri. Berbeza dengan Najib; Tun Mahathir - walaupun semasa hayat pemerintahannya dia bolehlah dianggap pelopor kepada pemerintahan diktator negara ini, tapi seni menjaras orang no. 2 dalam UMNO mahupun kerajaan bolehlah dinggap sebagai licik dan terselindung.  Kepakaran Tun Mahathir untuk berselindung disebalik tabir - sedang orang-orang kanannya menjalankan strategi menghancurkan pihak lawan, seolah-olah menampakkan tangannya yang suci bersih tidak ternoda. Mungkin sebelum ini- MT Umno atau lebih tepat lagi Najib - teragak-agak untuk menendang keluar dua tokoh polit...

Bangsaku Bukan Yahudi Zionist

ini bukanlah kali pertama akaun FB aku atas nama kirikanankena kena block.. dah kali kedua dah.. aku pun tak faham kenapa..  aku banyak komen di Malaysiakini, mungkin antara sebab kena block - untuk unblock adalah memuatnaik gambar ic atau utility bill..  bukanlah niat aku untuk jadi penakut, baling batu sembunyi tangan..tidak - tapi aku lebih kepada RAMLI SARIP-  aku menulis bukan kerana nama.. aku tidak menjual iklan, aku tidak kesah pun kalau blog aku tidak dibaca sama sekali oleh sesiapa pun..  aku tidak kisah kalau FB aku langsung tidak punya senarai friend yang panjang.. aku tidak peduli.. Sebenarnya, kalau aku katakan - aku cuba (walaupun sedar aku bukan siapa-siapa) menyediakan produk yang neutral, yang bebas merdeka dari belenggu ideologi parti politik.. dan selepas tidak lagi terikat ketat dengan mana-mana fahaman ideologi.. itu terserah pada kelompok/blok mana-mana selepas itu mengerjakannya.. terserah atas kebijaksanaan tuan hamba.. tentunya lebi...

AKU INSAN NEURAL - BUKAN BERAGAMA PAS/UMNO/DAP/PKR/AMANAH..

LOGO yang akan kekal lama di PUTRAJAYA. JADILAH KITA RAKYAT MALAYSIA DAN PENGUNDI YANG MENJADIKAN MEREKA (YB) HAMBA ABDI UNTUK BEKERJA MEMAJUKAN NEGARA KITA.. BUKAN HANYA BERBAIK-BAIK SEBELUM PILIHANRAYA.. DAN LUPA DIRI SETELAH MENJADI YB.. SOMBONG DAN BONGKAK, SEDANGKAN TANPA KITA MEMILIH/MENGUNDI  MEREKA - MEREKA MUNGKIN AKAN MATI KELAPARAN ATAU MENJADI PENGEMIS DIJALANAN !!! Mungkin dari tajuk diatas, ramai yang menyangkakan aku adalah orang BN atau UMNO atau MIC - tidak sama sekali, mungkin jugak aku sanggup untuk menghunus keris jika aku hendak digolongkan dalam kalangan manusia bersongkok tinggi.. (UMNO) itu...

Warkah SASTERA Anwar Ibrahim (dari penjara konon) - ini last warning yang pertama untuk AZMIN ALI

AZMIN ALI !!! JAGA KAU, AMBOI.. AMBOI.. AMBOI... INTRO AKU Sebenarnya, tidaklah terlalu lama untuk menghabiskan surat/warkah pilu dari insan bernama DS Anwar Ibrahim ini,  dan sejujurnya isi kandungan surat ini hanyalah ucapan-ucapan biasa yang berulang-ulang.. tidak langsung ada isi yang sangat penting untuk menjadi cerita sensasi mengisi dada akhbar. . Surat sepanjang 9 mukasurat ini, sesuainya bolehlah dianggap sebagai sebuah karya sastera,  dengan ayat yang berbunga-bunga dan cenderung kepada penggunaan tatabahasa Indonesia, adalah amat menghairankan sekiranya surat itu dikatakan hanyalah surat dalaman untuk PKR, adakah PKR itu Parti politik atau sebuah institusi sastera penulisan.. adakah ini caranya mereka membuang masa berkomunikasi dengan menulis warkah yang berbunga-bunga sedangkan isinya kosong..

PRU14 - harapan rakyat terbanyak

PRN Sarawak baru saja berlangsung pada 7hb Mei yang lepas.. ternyata keputusan PRN Sarawak yang baru ini.. sebenarnya sangat penting bagi parti-parti politik Malaysia... terutama kepada parti pembangkang, untuk memikirkan selama mana lagi jangka hayat mereka.. ataupun setidaknya untuk mempamerkan kepada rakyat Malaysia, bahawa mereka adalah manusia yang punya otak dan akal untuk dirasakan berbaloi untuk diundi/dipilih.  Parti pembangkang yang telah tumbang dan dimalukan teramat sangat di Sarawak - sepatutnya menjadikan PRN Sarawak ini sebagai pengajaran, atau mengabaikannya sama sekali hanya kerana ego dan kebodohan...