Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

Selepas Mac 2008.. Dirimu Begitu Beharga..!!

Mac 2008.. Antara tarikh penting yang akan terus diingati bagi generasi-generasi baru, akhirnya BN ditidakkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.  Tarikh penting yang telah merubah sejarah dan melenyapkan sedikit keangkuhan BN.  Perumpamaan "sudah terhantuk baru tergadah" ini amat sesuai ditujukan kepada mereka.  Sedarlah bagi kita rakyat marhaen, bahawa untuk menjaga kebajikan rakyat, dan kekuasaan rakyat, pembangkang haruslah betul-betul kuat,  kerana jelas bagi kita, BN seperti cacing kepanasan, buat itu tak kena, buat ini tak kena, semata-mata hanya untuk memenangi hati rakyat, tidak tertinggal walau seorangpun rakyat jelata..   Apa yang perlu dibuat, berusaha memenangi hati rakyat jelata sejak 2008, adalah yang paling terhebat dalam sejarah Malaysia, bantahan rakyat adalah sesuatu yang sangat perlu dielakkan.  Strategi mengungkit-ungkit tentang jasa mereka sedari sebelum merdeka hingga kehari ini, bukanlah sesuatu yang bijak, sejarah adalah kekal se...

Third Force Dan Kehendak

Alhamdulillah.. setelah PRU12 pada 2008, tanah air yang kita cintai ini telah mengubah arah demokrasinya kepada sistem dua parti.. walaupun sebenarnya sistem ini tidaklah dirasmikan dalam perlembagaan dan mana-mana undang-undang. Sejauh mana kita menerima sistem dua parti.. walaupun sesetengah pihak tidak begitu senang, tapi bagi menegakkan sistem demokrasi yang kita harap tulin dan kekal begitu.. kita perlukan pemimpin sekurang-kurangnya mendapat sokongan lebih separuh dari kawasan yang diwakilinya.. ini penting bagi kelangsungan pentadbiran dan kepimpinannya. Tapi bilamana sistem dua komponen bertanding dalam pilihanraya, pilihannya lebih terhad, samada menyokong salah satunya, atau tidak menyokong salah satunya.. yang akhirnya perlu memilih salah satunya.. Itu memang bagus, yang tidak bagusnya ialah keupayaan individu itu berfikir dan memilih tanpa perlu menilai sesuatu dari corak fikiran yang dibelenggu dengan pemikiran komponen yang dipilihnya, bukan pemikiran bebas yang lahir ...

Harusnya bagaimana ??

Sambil aku mendengar lagu say aah dendangan suara unik lindsey pavao dari rancangan the voice versi 2012... sambil aku memasang lampu-lampu kecik dibilik anak aku.. yg sengaja aku gelapkan.. selepas aku berpesan bahawa keindahan adalah untuk dinikmati.. kerana kita tidak tau, bahawa esok mungkin akan ada masa untuk detik itu tidak terulang lagi.. nikmatinya dengan hati lapang dan sentiasa sedar.. senantiasa... Semua homo sapiens seperti aku yang menurut darwin si gila.. berevolusi dari merangkak sehingga berdiri tegak.. tidak pernah terlepas dari detik-detik sukar.. alangkah manis sekiranya putaran dan pengkisahan versi aku ini sama seperti dalam drama-drama atau filem lakonan brad pitt atau setidaknya rosyam nor... bermula.. klimaks.. happy ending dan tamat.. Malangnya untuk membuat drama sebenarnya versi aku, perlukan lebih dari seorang steven spielberg.. mungkin lebih panjang dari filem avatar ataupun schlinder list.. tamatnya hanya bila nafas tidak lagi menghembus.. tapi betulkah...