Skip to main content

Posts

AKUAN BERSUMPAH AZILAH BIN HADRI (KES ALTANTUYA)

Recent posts

Zuraida Kamarudin VS DS Anwar Ibrahim

Kecohlah baru-baru ini, Selepas Kongress Nasional PKR 2019 - dengan kes rusuhan dan gaduhnya.. dan paling terkini viral video ketua wanitanya ; Zuraida Kamarudin yang lantang mengkritik grup lawannya yang dikepalai Presiden DS Anwar Ibrahim pada 8 Disember 2019. Sebenarnya tak susah pun nak membaca apa yang sebenarnya berlaku.. tapi orang kita samada malas berfikir atau menganggap yang politik demokrasi ala Malaysia adalah sebuah wadah perjuangan yang maha tulus, suci murni, lagi mensucikan..  kita semua adalah tersilap besar, kita fresh kan memori kita kembali kepada tahun 1998, ketika DSAI dipecat dari jawatan nombor dua dalam negara, dulu kita tak berapa rajin melawat youtube.. tapi sekarang, kita bebas untuk mencari info dan maklumat... dan video sejarah 1998 banyak tersimpan didalamnya.. kita akan saksikan betapa pemecatan DSAI dulu penuh drama dan airmata.. itu pun jika menonton videonya dengan dada dan akal yang terbuka.

Prinsip BODOH Syed Saddiq dan ARMADA Bersatu

Tiba-tiba gegak gempitalah seantaro alam akan kesungguhan sebuah Parti baru dengan hujah seorang anak remaja berusia 26 tahun akan betapa peripentingnya kemuliaan sebuah perjuangan.. yang pada dasarnya sangat menggelikan lobang @#$% ku.. Betapa seorang anak muda berlidah pendek.. yang pelat cakapnya masih seperti tidak berapa fasih berbahasa ibunda.. tapi beliau bukan calang-calang orang bila berkata-kata.. juara debat - kepetahan seorang anak muda bercakap tentang prinsip-prinsip moral dan kadang-kadang ataupun jugak selalunya nampak FAKE dan mengada-ngada.. dahagakan perhatian dan publisiti..

Mahathir - Anwar Dan Katak Sikatak Lompat

Sejak dua menjak ini.. rata-rata rakyat ang mengundi PH dulu, mungkin sedikit ada penyesalan berbunga dihati.. terutama selepas kempen lompat sikatak lompat MP/Adun BN/UMNO kedalam PH.. ataupun keluar UMNO buat sementara waktu untuk menjadi wakil rakyat bebas.. dan sememangnya diketahui.. itu hanyalah taktik untuk mereka menyeberang ke PBSM atau BERSATU secara terhormat atau bermaruah.. Maka berbunyilah parti-parti komponen lain dalam PH.. yang tidak berapa bersetuju dengan tindakan Bersatu menerima petualang-petualang bangsa itu menyertai blok mereka (PH).. orang-orang UMNO/BN yang menyerang mereka bermati-matian dahulu tiba-tiba kini menjadi rakan 'seperjuangan'.. PKR dan DAP dengan lantang menentang tindakan Bersatu yang tidak menjadi rahsia lagi berkempen untuk menarik seramai mungkin ahli UMNO yang belot dan panas bontot setelah kalah memalukan pada PRU14 yang lalu.. Cakap-cakap mengatakan yang wujud team Anwar dan team Tun Mahathir semakin boleh diiyakan sekar...

Persempadanan Semula atau tidak - Pembangkang Pasti Kalah dan terkubur selamanya

Ahli Politik yang patut dihormati dan disegani Ketika leher lembu disembelih ketika aidil adha baru-baru ini....menyalak-nyalaklah politikus-politikus bercakap-cakap tentang persempadanan semula kawasan pilihanraya. Hadi Sawang - Punca segala masalah pembangkang. Memang ada politikus yang menentang idea SPR tentang persempadanan semula, mencarik-carik kawasan untuk menarik pengundi-pengundi - ini bukanlah baru, dan ini bukanlah rahsia lagi.. tak perlu pun berbuih mulut pembangkang menerangkan betapa biasnya SPR untuk memenangkan kerajaan memerintah.. semua rakyat Malaysia yang boleh berfikir mengetahui akan perkara ini. Persempadanan semula sememangnya adalah senjata ataupun kelebihian memiliki padang bola sendiri..  Tapi bila ada Menteri-menteri dan timbalannya yang sememangnya akan turut juga bertanding pada PRU14 ini, mempertahankan SPR - maka tindakan Menteri-menteri ini bolehlah mengesahkan betapa Bias nya SPR - tapi apa kesannya?  walaupun menteri ...

PEMECATAN MUHYIDIN - KEMENANGAN TOTAL NAJIB

Maka dengan rasminya pada 24 Jun 2016 - Tan Sri Muhyidin Yasin dan DS Mukhriz dipecat keluar terus dari UMNO , Shafie Afdal pula digantung sementara menunggu laporan salahlakunya siap,  sememangnya ini sudah dijangkakan dari awal lagi - ini bukanlah kali pertama, orang no. 2 dijaras dan dicantas dalam UMNO- sebelum ini DS Anwar Ibrahim dan sebelum itu Tun Mahathir sendiri punya 4 timbalan perdana menteri. Berbeza dengan Najib; Tun Mahathir - walaupun semasa hayat pemerintahannya dia bolehlah dianggap pelopor kepada pemerintahan diktator negara ini, tapi seni menjaras orang no. 2 dalam UMNO mahupun kerajaan bolehlah dinggap sebagai licik dan terselindung.  Kepakaran Tun Mahathir untuk berselindung disebalik tabir - sedang orang-orang kanannya menjalankan strategi menghancurkan pihak lawan, seolah-olah menampakkan tangannya yang suci bersih tidak ternoda. Mungkin sebelum ini- MT Umno atau lebih tepat lagi Najib - teragak-agak untuk menendang keluar dua tokoh polit...

Bangsaku Bukan Yahudi Zionist

ini bukanlah kali pertama akaun FB aku atas nama kirikanankena kena block.. dah kali kedua dah.. aku pun tak faham kenapa..  aku banyak komen di Malaysiakini, mungkin antara sebab kena block - untuk unblock adalah memuatnaik gambar ic atau utility bill..  bukanlah niat aku untuk jadi penakut, baling batu sembunyi tangan..tidak - tapi aku lebih kepada RAMLI SARIP-  aku menulis bukan kerana nama.. aku tidak menjual iklan, aku tidak kesah pun kalau blog aku tidak dibaca sama sekali oleh sesiapa pun..  aku tidak kisah kalau FB aku langsung tidak punya senarai friend yang panjang.. aku tidak peduli.. Sebenarnya, kalau aku katakan - aku cuba (walaupun sedar aku bukan siapa-siapa) menyediakan produk yang neutral, yang bebas merdeka dari belenggu ideologi parti politik.. dan selepas tidak lagi terikat ketat dengan mana-mana fahaman ideologi.. itu terserah pada kelompok/blok mana-mana selepas itu mengerjakannya.. terserah atas kebijaksanaan tuan hamba.. tentunya lebi...