Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

Keadilan Media

Sedari merdeka, kita sebenarnya mewacanakan demokrasi alaf baru.. bila demokrasi terpimpin yang dicanang-canang oleh Mantan PM kita..Tun Mahathir.. satu cabang demokrasi mekar subur dalam negara.. dan bila demokrasi dibincangkan bersama hak-hak dan suara-suara kebebasan.. Malaysia masih bangga dengan sistem demokrasi.. tetapi dalam cara yang tersendiri iaitu demokrasi. Maka tanpa sedar atau dengan kesedaran akan hakikat bahawa demokrasi adalah berkaitan dengan kuasa semata-semata dan betapa peripentingnya media sebagai pengantara maklumat awam untuk menilai kuasa-kuasa ini menjalankan kuasa, terpimpin ini lebih kepada kawalan. Media merupakan medium penting untuk meneruskan atau menyampaikan kepada rakyat bawahan, usaha yang berterusan, dasar yang penting untuk pembangunan rakyat.. media juga menjadi satu jambatan untuk meneruskan kuasa.  Seperti Amerika, bakal Presiden, perlu mendapat restu media-media yang sangat berkuasa untuk menentukan jatuhbangunnya seorang Presiden. ...

Nasib seorang Sharifah Zohra

Tiba-tiba Sharifah Zohra, menjadi fenomena.. terutama selepas Maharajalawak Mega Final secara sengaja membenarkan diri untuk mempopularkan Sharifah zohra.. Listen.. listen.. listen.. menjadi sangat popular.. mungkin lebih Popular dari gangnam style - PSY.. dengan berbagai kutukan, apatah lagi dengan lagu yang telah diremixkan.. Sharifah Zohra Jabeen telah meraih populariti setaraf PSY. Banyak pengajaran, daripada peristiwa ini.. terutama kepada beliau sendiri.. dengan menncabar wartawan supaya turun.. dan melapor peristiwa tersebut.. adalah bodoh untuk beliau mempopularkan diri dengan cara paling tidak bertamadun.. sangat sombong dan bongkak.. Adakah Presiden SwIm (Suara Wanita 1Malaysia)  ini berharap supaya tindakan ini akan dibela oleh juak-juak 1Malaysia.. sayang sekali.. Umno.. Gerakan dan MCA.. terang-terangan menolak kaitannya dengan beliau.. Gerakan dan MCA juga mengutuk tindakan beliau yang dikatakan biadap dan bercanggah dengan kebebasan berfikir para Mahasiswa. M...

Toleransi Politik : itu yang dicari

PRU 13, masih menjadi teka-teki, sebagaimana banyak lagi demokrasi pelik-pelik di negara tercinta kita ini, alasan yang telah dizahirkan dan diucap berulang-ulang kali sedari zaman Dr. M, Pak Lah sehinggalah Dato Najib, "Kelebihan kerajaan memerintah" selain dari demokrasi yang ulung-ulung ada didunia ini.. demokrasi terpimpin.   Maka pembubaran parlimen dalam konteks demokrasi terpimpin adalah menjadi hak mutlak PM Malaysia, yang mana pembubarannya adalah bergantung kepada keyakinan PM akan kebarangkalian boleh menangnya tinggi... Dan semakin hampir tamat tempoh parlimen penggal 2008, maka segala jentera kedua-dua komponen, dengan segala kudratnya  berusaha untuk meyakinkan pengundi-pengundi akan kebolehan mereka mentadbir negara.. Semuanya begitu bersungguh-sungguh untuk meyakinkan rakyat marhaen, bahawa mereka memang satu-satunya komponen yang boleh diyakini, yang terkadang-kadang melewati batas-batas tatatusila kita rakyat malaysia yang tinggi budi pekertinya.  Fitn...