Skip to main content

PRU 13 yang hanya nampak bayangnya kini..

Selepas PRN Sarawak baru-baru ini, walaupun selepas beberapa jam, mengumumkan kemenangan besar majoriti 2/3 bagi Dun Sarawak, PM dengan cerianya menyatakan kegagalan tsunami politik dibawa ke Sarawak.   Tapi kegembiraan itu, hanya dibuat-buat dan tidak ikhlas apabila dua tiga hari selepas itu, semua media mewar-warkan kekalahan teruk tempat-tempat disekitar bandar-bandar besar di Sarawak.  Apatah lagi dengan kekalahan besar BN kepada calon DAP, mengungkit-ungkit undi kaum Cina yang telah beralih arah kepada DAP.

Apa yang gerombolan BN hendak buat?  kalau dulu ketika memerintah negara dengan 2/3 majoriti, pastinya disaat-saat akhir BN dengan gerombolan cendiakawannya akan merubah persempadan semula sempadan pilihanraya, tetapi sekarang.... jangan harap..

SPR adalah talian hayat terakhir buat BN, persempadanan semula kawasan pilihanraya sangatlah tidak adil dan bodoh dalam segi pentadbiran.. ada DUN yang duduk dalam Parlimen daerah lain, ada suku atau setengah DUN yang berada dalam daerah lain.. ia sangat sukar untuk pentadbiran.. tetapi apa mereka peduli, selagi undi mereka beroleh dengan jaya.

Ketika undi kaum Cina banyak membantu BN untuk menang dalam pilihanraya 99, maka banyak jugak kawasan yang dirombak semula, dgn membahagi-bahagi  kawasan undi  kaum Cina, supaya dapat menjamin kemenangan calon BN.  Tetapi sekaragn, formula bodoh itu tidak boleh diguna pakai, undi kaum cina telah berpindah kepada pembangkang, undi Melayu?? masih berpecah-pecah.. jadi kemana undi BN? dari komposisi kaum mana yang memihak  kepada mereka.  Apa lagi formula yang boleh digunapakai dalam meraih undi.. porno? hahahaha

Kekecutan perut Najib semakin memulas sekarang.. Dengan konsep 1 Malaysianya tidak langsung berjaya mencuri perhatian kaum Cina di bumi Sarawak, mungkin jugak di Malaysia.. hanya bangsa Melayu terpekik terlolong dengan 1 Malaysianya, tetapi kaum Cina, masih menganggap Najib penipu, kaum Cina punya Maruah tinggi untuk diperdaya.. bukan seperti bangsa Melayu.. bagi beras sekampit.. mereka akan mengundi BN..

Beranikah Najib membubarkan Parlimen tahun ini????? hahahahah

Comments

Popular posts from this blog

AKUAN BERSUMPAH AZILAH BIN HADRI (KES ALTANTUYA)

AKUAN BERSUMPAH Saya, Azilah bin Hadri (No K/P: 1/14055) seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan merupakan seorang banduan akhir di Penjara Kajang dengan sesungguhnya dan sebenarnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-. 1) Saya telah dibicarakan dan disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi satu pertuduhan seperti berikut:- "Bahawa kamu bersama-sama antara jam 10.00 malam 19 Oktober 2006 hingga jam 1.00 pagi 20 Oktober 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja di dalam Daerah Petaling di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, dalam mencapai niat bersama kamu berdua, telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap ALTANTUYA SHAARIIBUU pasport no. E0217865 seorang warganegara Mongolia dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan seksyen 34 Kanun yang sama.” (2) Di akhir perbicaraan, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan huku...

Kisah Bob Lokman.. satu lagi tindakan luarbiasa yang berani

Bob Lokman dan MB Kedah. Siapa yang tidak kenal dengan Bob Lokman, dari pencipta lagu, penulis lirik, pengacara dan pelakon, seorang anak seni yang memang disanjung dan tidak diragui  kehebatannya.  Tetapi itu semua hanya tinggal sejarah, Bob Lokman telah insaf.  Telah insaf tidak menjadi apa-apa kesalahan di Malaysia, boleh dilihat berapa ramai selebriti wanita yang sekejap memakai tudung, sekejap bukak, sekejap insaf, lepas tu tak insaf balik,  memang tidak menajdi kesalahan apa-apa pun, yang menjadi kesalahan tak terampun ialah penyertaan Bob Lokman kedalam kem hijau putih, mengumumkan secara terbuka penyertaan beliau ke dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada 19 Feb yang lepas memang satu tindakan berani mati, tindakan luar biasa dari seorang artis yang selama ini, hidup juangnya bergantung kepada media.

Melayu dan “Tongkat” ajaibnya (Melayu .. jadilah bangsa yang berani)

Masih ingat lagi ketika diawal persaraan Tun Mahathir Mohamad pada Oktober 2003, dengan segala dukacitanya berkata bahawa di berasa amat sedih kerana tidak berjaya mengubah nasib orang-orang Melayu. Dengan segala formulanya selepas Malay Dilemma diterbitkan pada 1970 (11 tahun sebelum beliau dilantik sebagai PM), beliau masih gagal mengubah (membetulkan) orang Melayu. Selepas 52 tahun merdeka, pemerintahan Melayu masih gagal mengubah orang Melayu. Satu Jawapan yang tidak boleh diterima akal. Tun Mahathir dengan beraninya membubarkan DEB yang dimulakan oleh Tun Abdul Razak pada 1971 (selepas peristiwa hitam 13 Mei 1969) dan digantikan oleh Dasar Pembangunan Nasional, 1991 alasannya ialah Melayu terlalu bergantung kepada tongkat.