Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

SUK Selangor

Cuba menilai dan bertanya, mengapa ada dua orang cerdik berbalah-balah tentang pelantikan orang no satu Perkhidmatan Awam negeri ini?  Mengapa tidak salah satu beralah dan menerima bagi kepentingan orang-orang Melayu, bukan yang dipertikaikan itu orang Melayu ( Datuk Mohd Khusrin Munawi) dan orang yang mempertikaikannya adalah orang-orang melayu yang disahkan oleh Raja Melayu. Bukan itu isunya, soalnya kepentingan atau ego politik kedua-dua yang memerintah, kerajaan pusat dan kerajaan negeri Selangor.  Soalnya siapa yang benar dan siapa yang salah.  Kerajaan Pusat betul kerana pelantikannya mengikut perlembagaan Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri juga betul jika mereka tidak setuju.  Susah sangat ke dua Pemimpin Melayu ni nak duduk semeja, berbincang atas nama kepentingan rakyat dan juga kepentingan orang-orang Melayu dan mengetepikan sementara ego poltik dan pengaruh-pengaruh peti undi demi kepentingan awam.

Dr Lo’Lo’ dan statement tidak cerdiknya

Menurut ahli jawatankuasa PAS pusat, Dr Lo'lo' Mohamad Ghazali, beliau pelik apabila Umno cepat menyelar cara pemakaian ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching dalam satu majlis senam robik, namun dalam isu pakaian separuh bogel ala-tarian 'tiger show', Umno seperti tidak peduli. YB. DR. LO' LO' DATO HJ. MOHD GHAZALI "Adalah malang isu YB Teo Nie Ching yang hanya bersenam robik dengan pakaian sukan yang biasa dipakai wanita bukan Islam menjadi berita muka depan Utusan Malaysia, tetapi kemungkaran yang lebih besar seperti ini didiamkan oleh media pro-Umno," katanya yang juga ahli parlimen Titiwangsa. Apa yang tidak kena dengan kenyataan MP Titiwangsa ini? Terlalu berani? Terlalu tidak bijak?

1 Malaysia di Selangor

Umpama meludah ke langit, paku dulang paku serpih.. dan apa-apa lagilah.. Kalau PR selalu bercakap tentang semangat federalisme, tentang ketidakadilan pemerintahan Persekutuan atau kerajaan pusat terhadap kerajaan bukan BN.  Seharusnya kerajaan PR di Selangor harus mengkaji semula atau berfikir semula atas apa yang mereka perjuangkan. Atas apa jua isunya, apakah rasionalnya kerajaan negeri Selangor mengharamkan penggunaan logo Satu Malaysia.   Katanya menjunjung semangat Federalisme, tapi apa yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor bertentangan dengan apa yang mereka perjuangkan.  Apakah untungnya dan apakah ruginya sekiranya Selangor menerima konsep 1 Malaysia.

Satu Malaysia Satu Metafora.

Saban hari, kita dihentak-hentak dengan konsep satu Malaysia, yang sering di pertikai oleh pihak lawan, konsep yang meniru Yahudi katanya, apa salahnya, meniru jika ia suatu yang baik, tidak ada salahnya.. Apa demokrasi kita tidak pernah meniru sesiapa.  Apa system pengasingan kuasa yang diamalkan hasil ciptaan kita sendiri. Tapi itu bukan masalahnya, meniru atau tidak,  yang penting, konsep dan dasar itu mestilah realistic, tidak setakat untuk memenangi hati rakyat untuk menang pilihanraya.

Melayu dan “Tongkat” ajaibnya (Melayu .. jadilah bangsa yang berani)

Masih ingat lagi ketika diawal persaraan Tun Mahathir Mohamad pada Oktober 2003, dengan segala dukacitanya berkata bahawa di berasa amat sedih kerana tidak berjaya mengubah nasib orang-orang Melayu. Dengan segala formulanya selepas Malay Dilemma diterbitkan pada 1970 (11 tahun sebelum beliau dilantik sebagai PM), beliau masih gagal mengubah (membetulkan) orang Melayu. Selepas 52 tahun merdeka, pemerintahan Melayu masih gagal mengubah orang Melayu. Satu Jawapan yang tidak boleh diterima akal. Tun Mahathir dengan beraninya membubarkan DEB yang dimulakan oleh Tun Abdul Razak pada 1971 (selepas peristiwa hitam 13 Mei 1969) dan digantikan oleh Dasar Pembangunan Nasional, 1991 alasannya ialah Melayu terlalu bergantung kepada tongkat.