Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2019

AKUAN BERSUMPAH AZILAH BIN HADRI (KES ALTANTUYA)

AKUAN BERSUMPAH Saya, Azilah bin Hadri (No K/P: 1/14055) seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan merupakan seorang banduan akhir di Penjara Kajang dengan sesungguhnya dan sebenarnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-. 1) Saya telah dibicarakan dan disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi satu pertuduhan seperti berikut:- "Bahawa kamu bersama-sama antara jam 10.00 malam 19 Oktober 2006 hingga jam 1.00 pagi 20 Oktober 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja di dalam Daerah Petaling di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, dalam mencapai niat bersama kamu berdua, telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap ALTANTUYA SHAARIIBUU pasport no. E0217865 seorang warganegara Mongolia dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan seksyen 34 Kanun yang sama.” (2) Di akhir perbicaraan, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan huku...

Zuraida Kamarudin VS DS Anwar Ibrahim

Kecohlah baru-baru ini, Selepas Kongress Nasional PKR 2019 - dengan kes rusuhan dan gaduhnya.. dan paling terkini viral video ketua wanitanya ; Zuraida Kamarudin yang lantang mengkritik grup lawannya yang dikepalai Presiden DS Anwar Ibrahim pada 8 Disember 2019. Sebenarnya tak susah pun nak membaca apa yang sebenarnya berlaku.. tapi orang kita samada malas berfikir atau menganggap yang politik demokrasi ala Malaysia adalah sebuah wadah perjuangan yang maha tulus, suci murni, lagi mensucikan..  kita semua adalah tersilap besar, kita fresh kan memori kita kembali kepada tahun 1998, ketika DSAI dipecat dari jawatan nombor dua dalam negara, dulu kita tak berapa rajin melawat youtube.. tapi sekarang, kita bebas untuk mencari info dan maklumat... dan video sejarah 1998 banyak tersimpan didalamnya.. kita akan saksikan betapa pemecatan DSAI dulu penuh drama dan airmata.. itu pun jika menonton videonya dengan dada dan akal yang terbuka.