Kecohlah baru-baru ini, Selepas Kongress Nasional PKR 2019 - dengan kes rusuhan dan gaduhnya.. dan paling terkini viral video ketua wanitanya ; Zuraida Kamarudin yang lantang mengkritik grup lawannya yang dikepalai Presiden DS Anwar Ibrahim pada 8 Disember 2019.
Sebenarnya tak susah pun nak membaca apa yang sebenarnya berlaku.. tapi orang kita samada malas berfikir atau menganggap yang politik demokrasi ala Malaysia adalah sebuah wadah perjuangan yang maha tulus, suci murni, lagi mensucikan.. kita semua adalah tersilap besar, kita freshkan memori kita kembali kepada tahun 1998, ketika DSAI dipecat dari jawatan nombor dua dalam negara, dulu kita tak berapa rajin melawat youtube.. tapi sekarang, kita bebas untuk mencari info dan maklumat... dan video sejarah 1998 banyak tersimpan didalamnya.. kita akan saksikan betapa pemecatan DSAI dulu penuh drama dan airmata.. itu pun jika menonton videonya dengan dada dan akal yang terbuka.
Mulanya mungkin ramai yang semacam aku.. dengan semangat berkobar-kobar kononnya reformis.. tapi dengan segala macam yang berlaku mutakhir ini, lama-lama kita semacam tersedar siapakah manusia yang sebenarnya bernama Anwar Ibrahim.. untuk makluman juga, sehingga hari ini Tun Mahathir tidak pernah mengakui yang tindakannya salah ketika memecat Anwar Ibrahim pada 1998 dahulu. Sehinggalah Anwar Ibrahim menang PKR Port Dickson dengan gahnya.. tetaplah dia menjadi ahli parlimen yang bisye-bisye.. tidak Menteri, mahupun Timbalan Menteri..
Berbalik semula kepada kesah Zuraida Kamarudin yang terang-terangan menentang Presiden di Renaissance Hotel, kiranya mengambil peristiwa simbolik atas tertubuhnya PKR 20 tahun lepas yang juga dihotel itulah juga..
Tidaklah tertarik sangat dengan apa juga perkataan yang keluar dari mulut seorang manusia bernama Zuraida Kamarudin ini, tapi yang amat memegunkan semua manusia yang menonton adalah bagaimana seorang Presiden Parti dibambu terang-terangan dalam acara terbuka seperti itu. Selama ini, jika kita pernah mengganggap UMNO sebuah parti yang terlalu jahat dan jugak terlalu syaiton yang direjam..- tapi drama pentas yang dipersembahkan oleh Zuraida ini tidak pernah sekali pun berlaku dalam UMNO mahupun Barisan Nasional.
PKR ditubuhkan pada 1998 - parti yang ditubuhkan kerana Anwar Ibrahim dilucut jawatannya dan disumbat ke penjara.. lalu lambang mata pada logo PKR adalah lambang mata Anwar Ibrahim yang lebam dipukul oleh KPN. Maka bagi orang-orang yang tidak PKR semacam aku, akan selamanya beranggapan yang PKR itu adalah Anwar Ibrahim, kalau tidak kerana Anwar Ibrahim disumbat kepenjara atau dilucutjawatan, maka PKR tidak akan wujud sama sekali.
Maka tindakan Zuraida Kamarudin yang tidak segan silu menentang Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang pelik dan tak boleh diterima akal, bukankah selama ini beliau juga adalah antara manusia-manusia yang siang malam melalak untuk menuntut keadilan akan susuk tubuh seorang Anwar Ibrahim, mungkin jugak antara manusia yang sama-sama berdemonstrasi, dibaling gas pemedih mata, ditembak water-canon ketika menjerit-jerit meminta Anwar Ibrahim dibebaskan.
Bagi yang bukan dan tidak PKR : nyawa PKR semakin dipenghujungnya.., mungkin ceritanya juga hampir sama dengan UMNO yang dulu berjuang untuk kemerdekaan, tapi akhirnya hilang kuasa selepas 65 tahun dan setelah Tanah Melayu berjaya dimerdekakan.. sama-halnya dengan PKR yang berjuang berhempas pulas selama 20 tahun untuk keadilan seorang manusia bernama Anwar Ibrahim yang secara 'kejam' direnggut dari jawatannya dan tersumbat dipenjara, setelah Anwar Ibrahim dibebaskan, setelah PKR menjadi parti berkuasa, maka PKR juga sudah tidak lagi relevan dalam proses demokrasi ala Malaysia Baharu ini? cuma UMNO 65 tahun sempat berkuasa.. tapi PKR tak sampai pun 2 tahun memerintah.. mungkin dulu suara untuk Anwar Ibrahim itulah yang menyatukan mereka (ahli PKR).. tapi kini PKR sudah tidak ada apa lagi untuk dijuangkan.. mungkin..
Keupayaan seorang Anwar Ibrahim untuk mentadbir negara sangatlah boleh diragukan.. - segala cakap-cakap buruk tentang siapa sebenarnya Anwar Ibrahim semacam kelihatan semakin benar dan betul - umpama seekor katak yang perlahan-lahan timbul dipermukaan air.. semakin tertonjol akan tubuhnya yang hodoh dan bobrok.Keupayaan Tun Mahathir memainkan buah catur politiknya, pada ketika usianya sekarang, bukanlah sesuatu yang boleh dianggap tidak biasa.. tidak siapa boleh menafikan akan handalnya Tun Mahathir bermain politik.. berpuluh tahun PKR dan kroni-kroninya cuba menggulingkan UMNO dan BN.. tapi akhirnya UMNO/BN tumbang ditangan Tun Mahathir juga.. Tun Mahathir, orang yang dicacimaki oleh cuak-cuak Anwar Ibrahim 20 tahun dulu, orang yang telah meragut Anwar Ibrahim dari jawatannya, Tun Mahathir punya peranan penting juga bagaimana sebuah parti politik berlogo mata akhirnya tertubuh..
Berbalik pada kisah Zuraida Kamarudin tadi - beliau ada menyebut akan pertemuannya dengan Anwar Ibrahim sebelum itu, yang skripnya lebih kurang begini:
"Mahathir suruh saya (anwar ibrahim) pecat Azmin.. saya jawab.. saya kata.. bla.. bla.. bla.."
Sengaja aku bla-blakan ayat seterusnya.. kerana bagi aku tidak penting.. tapi apa yang lebih penting adalah keterlibatan Tun Mahathir dalam hal ini.. samada Anwar Ibrahim atau Zuraida menjual nama Tun Mahathir atau tidak.. tekalah sendiri..
Pada PRU14 yang lepas, PH dengan sebulat suara menggunakan logo mata lebam Anwar untuk dijadikan logo dikertas undi.. Pakatan Harapan yang dikepalai Tun Mahathir bukanlah suka-suka membuat keputusan besar ini, sebaliknya tentulah segala perhitungan telah dimesyuaratkan berkali-kali.. maka menanglah PH dengan gilang-gemilang dan penuh drama... diangkat Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri walaupun parti Bersatunya paling sedikit diwakili dalam parlimen.. kalau dulu Tun Mahathir ketika kali pertama menaiki singgahsana dengan kekuatan dan momentum, tapi sekarang tidak sama lagi.. era milenium yang maklumatnya langsung tidak boleh dikawal.. tapi percaya Tun Mahathir akan dapat adaptasi dengan licik dan sempurna.. kalau dulu Tun Mahathir mencipta kereta atas darat (proton) - kini kereta terbang pula.. masih tidak nampak bagaimana Tun Mahathir cepat menyesuaikan diri ??
Ketika Tun Mahathir melantik Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri dan melantik Azmin Ali sebagai menteri ekonomi, tidakkah Perdana Menteri mesti mendapat persetujuan dari pucuk pimpinan PKR untuk mencalonkan mana-mana ahli parti untuk diwakili atau dilantik kejawatan menteri ataupun timbalan menteri.. tapi semua sedia maklum, jawatan-jawatan menteri kabinet itu dilantik tidak melalui persetujuan majlis tertinggi PKR.. kita tidak dengar bising dari DAP.. bising dari Amanah.. ataupun bising dari Bersatu sendiri.. hanyalah hingar-bingar dari PKR waktu itu, yang tidak senang dengan perlantikan menteri-menteri kabinet dari PKR.. adakah ini tidak disengajakan oleh Tun Mahathir?
Kalau melihat kepada kucar-kacirnya PKR yang tak habis-habis.. siapa yang lebih untung sekiranya parti ini hancur lebur?
PKR - hendak tak hendak kita kena akui bahawa parti campuran ini benar-benar campuran.. yang mana komposisi kaum ahli-ahlinya mungkin seimbang.. berbanding parti-parti lain, nampak jelas kaum mana yang mereka wakili atau kaum mana yang lebih dominan.. walaupun sudah lebih 60 tahun kita merdeka.. faktor kaum/bangsa amat penting untuk menentukan kalah menangnya sesuatu parti.. Tun Mahathir tidak letih-letih becakap tentang Melayunya walaupun ramai yang berkata bahawa dia bukan Melayu.. Melayu perlu solid bersatu untuk menang PRU dan mentadbir negara ini mengekalkan tanah ini tetap menjadi Tanah Melayu.. bukankan Malay-sia itu sendiri bermaksud Tanah Melayu?.. kalau semua parti-parti Melayu ini bersatu dan mengekalkan undi dengan komposisi kaum Melayu sebanyak 60-70%.. dan Melayu meraih undi dan menang sebanyak itu juga.. maka Melayu Islam jugaklah nanti yang akan mentadbir negara ini.. kalau Cina ada negara China.. India ada negara India.. tapi Melayu.. mana tempatnya? disini.. disini tanah kita..
Parti-parti Melayu yang solid melayunya seperti - UMNO.. PAS.. AMANAH.. BERSATU.. jika bergabung sekalipun.. tidak akan boleh mencapai 60-70% undi.. hanya PKR yang menjadi batu penghalang.. kerana hanyalah parti yang satu ini parti campuran yang benar-benar campuran.. andaikata parti ini dikuburkan.. maka dengan mudahnya segala strategi disusun atur.. mungkin ramai sudah lupa dengan cerita Semangat 46 dulu.. yang dengan mudah diadakan dan dengan mudah juga ditiadakan...
PKR harus dikorbankan, ye.. tak lama lagi PKR akan ditalkinkan.. sekurang-kurangnya sekarang rakyat malaysia sudah nampak yang PKR atau presidennya langsung tidak layak menjadi pemerintah.. sedang parti sendiri pun kucar-kacir..
Percayalah.. dalam politik, tidak semuanya kebetulan.. segala percaturan dan tindakan ada tangan sakti dibelakangnya.. kali ini PKR harus dimangsakan.. orang seperti Zuraida.. Azmin.. Tian Chua.. Rafizi.. Anwar Ibrahim hanyalah puppet yang didalangkan oleh seorang tua yang tajam akal fikirannya..
Keyakinan rakyat terbanyak untuk melihat akan terubahnya Malaysia kearah yang lebih baik nampaknya seakan mimpi yang tak akan berlaku..
PAKATAN HARAPAN yang semakin tidak boleh diharapkan nampaknya lebih baik ketika mereka menjadi pembangkang.. atau lebih sopan jika dikatakan PKR akan lebih aman sentosa (suci murni) jika Anwar Ibrahim masih dipenjara.. wallahua'alam..
Comments
Post a Comment