Pada mulanya, terfikir jugak kenapa begitu bangang dan gelojohnya, Utusan Malaysia menyiarkan berita berkaitan dengan "konspirasi Kristian" bersandarkan tulisan dari 2 blog, apa pernah sebuah surat khabar utama negara mengeluarkan berita bersandarkan laporan dan tulisan dari blog. Apatah lagi, ramai yang tau keterlibatan akhbar ini dengan UMNO. Bagi cerdik pandai, untuk menukar status agama persekutuan adalah satu perkara yang amat mustahil untuk dilakukan (cari sendiri Perlembagaan Malaysia), untuk meminda perlembagaan dalam konteks ini adalah satu prosedur yang hampir mustahil untuk dilakukan.
Memainkan isu-isu rasis, yang sebelum ini mencanang tentang 1Bumi, adalah satu permainan pelik bagi sebuah akhbar utama negara, yang salah satu kerjanya adalah menyebar tentang kebaikan kerajaan.
Akhbar ini bertambah mereng selepas Pilihanraya DUN Sarawak yang lepas, yang menyaksikan majoriti undi Cina telah berpindah kepada pembangkang (DAP). Mula-mula dengan fahaman rasisnya tentang 1Bumi, kemudiannya isu negara Kristian, kedua-dua isu ini adalah dua isu yang sangat sensitif untuk dibincangkan secara terbuka di Malaysia.
Kenapa selepas Pilihanraya Sarawak? kalau dikatakan Utusan bertujuan menaikkan rating pembaca, itu jawapan yang paling mustahil dan pelik, kerana Utusan tidak pernah peduli akan rating.. akhbar yang beberapa kali telah diselamatkan Kerajaan dari terus lenyap dari media arus perdana hanyalah penyebar fahaman sebelah pihak, tanpa memberi ruang adil kepada pihak yang satu lagi tidak perlu lagi memerah otak berfikir tentang rating.
Apabila MCA, secara terang-terangan menyeru supaya memulaukan UTusan, akibat dari tulisan dan cadangan rasis untuk mewujudkan 1Bumi, fahamlah kita, bahawa apa yang terjadi dan berlaku hanyalah untuk mengangkat wira baru kaum Cina iaitu MCA, untuk menjadi satu wadah perjuangan kaum Cina yang total... Bukan DAP. MCA perlukan momentum baru untuk lebih dipercayai kaum Cina. Begitu juga dengan Gerakan, yang secara terbuka mengkritik laporan Utusan. Orang-orang Cina lebih beranggapan survival mereka lebih terjamin bersama DAP, jika dibandingkan dengan MCA dan Gerakan yang dianggap hanya kuda tunggangan UMNO, MCA dan Gerakan hanyalah satu medium kawalan keatas kaum Cina melalui Umno.
Seperti tidak percaya, jika Utusan secara tidak sengaja, memainkan isu-isu rasis dan juga isu agama Islam, dua isu yang sangat sensitif bagi orang Melayu. Kenapa surat khabar pro kerajaan boleh mengeluarkan laporan-laporan yang sangat keterlaluan dan menggugat keharmonian negara.?? Bagi orang-orang Melayu, dengan ketakutan (kononnya) untuk mewujudkan negara Kristian melalui DAP, mereka akan kembali dan bersatu di bawah panji-panji UMNO, maka dua wira akan dapat dicipta serentak MCA dan UMNO. Wira-wira bangsa bagi sukukaum masing-masing..
Comments
Post a Comment