| Gadis Melayu dan Busana Melayunya |
Cuba beralih topik sekejap, ramai yang pastinya telah menonton filem epik Hikayat Merong Mahawangsa yang diterbitkan oleh KRU, maka akibat dari tidak sempat ke panggung, aku pun membazirkan RM15.00 kepada Astro First.
Walaupun RM15 itu tidaklah sebesar mana, tetapi dengan sedikit usaha kerana terpaksa membeli remote Astro yang baru, boleh dikatakan menonton filem ini adalah satu sesi membuang masa dan amat memeritkan hati bagi seorang rakyat Melayu Malaysia yang masih tebal jati diri.
Tidak dinafikan, sangat terpegun dengan cinematografi yang cantik, memang aku sangat kagum dengan teknik-teknik CGI dari KRU, tetapi dari segi nilainya, terus terang dikatakan filem ini ternyata satu lagi sampah yang perlu dilupus dari sejarah perfileman Melayu.
Digembar gemburkan sebagai filem terhebat tahun ini, ternyata filem ini tidak lari dari perkataan "terhebat", yang kononnya sangat hebat, sekurang-kurangnya filem ini telah sedikit lari dari budaya filem Melayu.
Tetapi dari segi nilainya, filem ini boleh dikatakan satu filem gampang yang harus dilupus terus dari senarai-senarai filem Melayu, tidak keterlaluan jika dikatakan kita harus memulaukan terus filem-filem dari KRU production ini.
| Kapal Orang Melayu |
Sebagai seorang Melayu, seharusnya mencari-cari dimana Melayunya filem ini, sama seperti filem sekual cicak man, aku tercari-cari Melayunya filem-filem yang dihasilkan oleh anak-anak Melayu yang dempak hidungnya. Walaupun memang cita-cita mana-mana penerbitpun untuk menuju kearah filem antarabangsa, tetapi cuba lari dari identiti bangsa, ia satu penghinaan dan pengkhianatan yang tidak kecil salahnya.
Walaupun sedikit fakta atau mitos yang mengatakan bahawa Merong Mahawangsa adalah berketururan Alexander The Great dan beragama Hindu, tetapi yang pasti baginda adalah salah seorang pengasas kepada kerajaan Melayu Kedah dan juga sejarah awal Kesultanan Melayu dirantau ini.
| Watak-watak Melayu? |
Kalau dilihat dari cara pembikinan filem ini, kita seperti melihat sebuah lagi filem "Pirates of Carribean" ataupun menonton sebuah lagi filem "Alexander The Great". Kita jumpa China, Rome dari filem ini, tetapi kita takkan jumpa Melayu, sama seperti filem cicakman.. Melayunya hanya pada Bahasa. Ditambah lagi dengan Musik latarnya, saling tak tumpah seperti dari filem "Pirates of Carribean" . Amat memalukan, dengan bajet yang sebegitu besar, KRU mengeluarkan sebuah filem sampah yang hanya meniru filem barat.
Pernah menonton filem "Langkasuka" yang di terbitkan oleh Sahamongkofilm International (Thailand), filem epik ini sarat dengan budaya Melayu dan juga Siam. Bagaimana orang Siam sendiripun dengan bangganya memaparkan orang Melayu yang bertanjak dan berkris.
| Stephen Rahman yang Melayu |
Filem asing yang memenangi Grammy "Slamdong Millionaire" tidak di angkat menjadi filem terbaik sekiranya filem yang mengisahkan hidup masyarakat India itu dipapar sama seperti kehidupan di Amerika.
Filem sampah ini tidak akan kemana-mana, kalau KRU berharap supaya filem ini di calonkan untuk anugerah Oscar atau Grammy, kamu semua hanya bermimpi disiang hari. Adakah mereka sendiri malu untuk menjadi Melayu, sehinggakan kebanyakan filemnya tidak langsung mempunyai ciri-ciri Melayunya kecuali bahasa.
Seperti yang aku sarankan diatas tadi, aku menyeru supaya semua Melayu, memulaukan nashkah-nashkah yang dihasilkan oleh KRU Production ini, kerana mereka semua yang berhidung dempak ini tidak pernah berasa bangga menjadi Melayu. Kalau dulu, filem cicakman yang dipertikaikan ke Melayuannya, dan bolehlah diangap melakukan kesalahan kecil kerana ia hanyalah sebuah filem Fantasi yang merebut peluang komersialnya, tetapi dengan penghasilan sebuah filem Epik "Hikayat Merong Mahawangsa" yang langsung hilang dan sepi dari budaya Melayunya., kesalahan ini sememangnya disengajakan oleh KRU Production yang kononnya beranggapan 'anda tidak boleh menjadi Melayu' sekiranya mahu ke peringkat Antarabangsa, KRU adalah pengkhianat bangsa dan negara.
Comments
Post a Comment