Sedari merdeka, kita sebenarnya mewacanakan demokrasi alaf baru.. bila demokrasi terpimpin yang dicanang-canang oleh Mantan PM kita..Tun Mahathir.. satu cabang demokrasi mekar subur dalam negara.. dan bila demokrasi dibincangkan bersama hak-hak dan suara-suara kebebasan.. Malaysia masih bangga dengan sistem demokrasi.. tetapi dalam cara yang tersendiri iaitu demokrasi.
Maka tanpa sedar atau dengan kesedaran akan hakikat bahawa demokrasi adalah berkaitan dengan kuasa semata-semata dan betapa peripentingnya media sebagai pengantara maklumat awam untuk menilai kuasa-kuasa ini menjalankan kuasa, terpimpin ini lebih kepada kawalan.
Media merupakan medium penting untuk meneruskan atau menyampaikan kepada rakyat bawahan, usaha yang berterusan, dasar yang penting untuk pembangunan rakyat.. media juga menjadi satu jambatan untuk meneruskan kuasa. Seperti Amerika, bakal Presiden, perlu mendapat restu media-media yang sangat berkuasa untuk menentukan jatuhbangunnya seorang Presiden. Seperti juga mana-mana ketua Negara, media perlu menjadi sahabat baik mereka untuk terus ditampuk pemerintahan. Berbeza dengan Amerika, dimana Presidennya perlu mendapat restu media-media utama untuk terus berkuasa.. Malaysia pula, media-media perlu mendapat restu PM untuk terus beroperasi.
Adalah telah diketahui banyak orang, bahawa Malaysia sangat mengongkong Media-medianya, yang siang malam, memuji melangit akan tindak tanduk kerajaan.. pada media-media di Malaysia.. Kerajaan seperti dewa-dewa yang tidak pernah membuat silap.. dan melaporkan sebarang tindak-tanduk yang bertentangan akan memendekkan umur organisasi mewakili mereka.
Seringkali kebebasan akhbar dilaung-laung apabila beberapa pemimpin pembangkang memulaukan wartawan media-media perdana dari membuat liputan.. adalah sangat lawak, media-media perdana ini, dengan bongkaknya mengatakan pembangkang menolak kebebasan akhbar.. kebebasan akhbar adalah disamakan dengan kebebasan editor dalam menyiar berita. Seringkali media-media ini kalah apabila disaman pembangkang, tidak pernah sekalipun sejak wujud akhbar ini, mereka disaman oleh pihak kerajaan.
Kesan dari media-media perdana ini beria-ia dalam mengampu kerajaan dan memburukkan pembangkang, suratkhabar hilang kredibilitinya, siaran berita utama di telivisyen bukan lagi rancangan yang harus ditonton. Rating bukanlah perkara perlu diambil kira sekiranya melibatkan politik. Suratkhabar akibat sering kalah disaman, tidak lagi boleh dipercayai, berita-berita yang dilapor samada dianggap berat sebelah dan teruk lagi dianggap sebagai fitnah yang dibenarkan. Maka, media-media alternatif seperti di Internet, risalah, suratkhabar pembangkang akan lebih dipercayai, walaupun kebanyakkannya boleh diragui akauntabilitinya. Adalah sesuatu yang amat buruk kesannya apabila rakyat sendiri sudah tidak mampu berfikir dan meletakkan sebarang berita sebagai sabjektif, terserah kepada kita sendiri untuk menilai sesuatu berita itu sebagai fitnah ataupun fakta.
Seringkali juga dilihat, akibat dari akses media yang sangat terhad kepada pembangkang di Malaysia, ceramah ataupun kemunculan parti pembangkang, sambutannya sangat luar biasa, dengan tidak diberi apa-apa galakan atau bayaran, himpunan dan kemunculan mereka acapkali dilihat disambut dengan ribuan orang. Ini sangat berbeza dengan apa-apa program yang dianjurkan oleh parti kerajaan atau oleh kerajaan sendiri, jika tidak disediakan duit poket, makan minum, penginapan dan sebagainya, program akan dilihat terlalu lesu. Sambutan dari khalayak sangat mendukacitakan, maka setiap jabatan-jabatan kerajaan akan dikerah untuk hadir, bas-bas untuk pengangkutan ke tempat program disediakan, walaupun selalunya tidak sampai separuh bas dapat diisi. Kenapa perkara ini berlaku? tidak lain tidak bukan, kerana liputan media.. Tidak perlu berasak-asak untuk melihat PM, atau menteri-menteri.. nanti malam, hampir semua siaran TV akan melapor, esok akan terpampang disemua suratkhabar, jadi apa perlu bersusah payah, berpanas dan berasak-asak. Ini sangat berbeza dengan parti pembangkang, himpunan mereka begitu berjaya, walaupun tidak ada bas, makan dan penginapan percuma, malah selalunya mengeluarkan duit poket sendiri untuk menderma .. mereka sering mendapat sokongan dan berjaya menghimpun khalayak yang sangat ramai, ini kerana, kemunculan pemimpin-pemimpin mereka tidak akan ditayangkan di berita, di tv, malah suratkhabar. Ucapan pemipin-pemimpin mereka dan amanat-amanat mereka hanya boleh didengar ketika itu.. walaupun cerita-cerita atau berita-berita yang disampaikan belum tentu benar, tetapi khalayak menerimanya bulat-bulat. Ini kerana media-media kaki kelentong tidak menyiarkannya, dan seharusnya berita ini dipercayai kerana tidak disiarkan oleh stesen-stesen tv pegampu kerajaan. TV dan suratkhabar telah hilang kredibilitnya dan terburuk sepanjang usia Malaysia. Apa yang disiarkan mereka hanyalah dusta dan mengampu kerajaan, tidak lebih dan tidak kurang.

Comments
Post a Comment