PRU 13, masih menjadi teka-teki, sebagaimana banyak lagi demokrasi pelik-pelik di negara tercinta kita ini, alasan yang telah dizahirkan dan diucap berulang-ulang kali sedari zaman Dr. M, Pak Lah sehinggalah Dato Najib, "Kelebihan kerajaan memerintah" selain dari demokrasi yang ulung-ulung ada didunia ini.. demokrasi terpimpin. Maka pembubaran parlimen dalam konteks demokrasi terpimpin adalah menjadi hak mutlak PM Malaysia, yang mana pembubarannya adalah bergantung kepada keyakinan PM akan kebarangkalian boleh menangnya tinggi...
Dan semakin hampir tamat tempoh parlimen penggal 2008, maka segala jentera kedua-dua komponen, dengan segala kudratnya berusaha untuk meyakinkan pengundi-pengundi akan kebolehan mereka mentadbir negara.. Semuanya begitu bersungguh-sungguh untuk meyakinkan rakyat marhaen, bahawa mereka memang satu-satunya komponen yang boleh diyakini, yang terkadang-kadang melewati batas-batas tatatusila kita rakyat malaysia yang tinggi budi pekertinya. Fitnah dan fakta semuanya telah menjadi kabur dan terlalu sabjektif, semuanya bergantung kepada penilaian dan fahaman masing-masing dan lebih penting anutan politik masing-masing.
Kekaburan akan fakta dan fitnah ini, semakin hari semakin parah, terutamanya apabila media arus perdana, kerap disaman dan kalah dalam pertikaian berita-berita yang mereka siarkan. Makanya, apakah kepastian berita yang disiarkan itu nantinya tidak akan disaman dan kalah.. kita sebenarnya semakin parah.. apabila berita dengan sumber yang jelas dan nyata, tidak lagi diyakini benar, sebaliknya berita-berita dalam talian internet, yang entah siapa-siapa perlu dipertanggungjawabkan akan kenyataannya.. kita yakini sebagai benar.
kedua-dua komponen.. terlalu taksub untuk menang PRU, bagi yang faham akan perjalanan demokrasi, ye.. atas nama politik dan demokrasi yang mana kayu pembarisnya adalah menang pilihanraya, apa saja dibenarkan, asalkan menang pilihanraya.. strategi dan kecerdikan mereka dalam mengatur langkah untuk menumbangkan pihak lawan adalah sama penting dengan strategi mengangkat bakul diri sendiri.
Dalam pusingan akhir persaingan sengit kedua-dua komponen, kita tercari-cari sebenarnya politik mana yang lebih bersifat baik dan jujur dalam perjuangannya.. terlalu melatah.. menyebabkan ramai golongan tidak berlambang tidak mengundi.. jika kedua-duanya dilihat terlalu rakus mengejar kejayaan pilihanraya dan menolak nilai-nilai sebuah organisasi yang perlu ada. Seperti ramai yang tidak menyokong mana-mana komponen secara fanatik.. adalah lebih baik pilih parti yang kurang merosakkan, bukan parti yang terlebih populariti atau gelojoh dalam mengejar impian mereka ke Putrajaya.

Comments
Post a Comment