Sejak akhir-akhir ini.. aku sendiri sedikit tertarik dengan debat-debat berani Ilmuan-ilmuan Islam dan Kristian.. antara manusia yang boleh aku sarankan untuk didengar di Youtube.. Syeikh Ahmad Deedat, Dr. Syabir Ally dan Dr. Zakir Naik.. antara ketiga-tiga manusia ini, yang pada aku sangat berani sehingga digelar Singa (Lion).. sehingga kadang-kadang ada hujah yang menyinggung sensitiviti orang-orang kristian.. nampak sehingga beliau mempersendakan Jesus a.s.. (bukan sebagai nabi, tapi tuhan).. dalam hal ini, antara ketiga-tiga ilmuan Islam ini, ketiga-tiganya adalah berketurunan India.. Syeikh Ahmad Deedat berwarganegara Afrika Selatan, Dr. Shabir Ally : Canada dan Dr. Zakir Naik tetaplah menjadi warganegara India.
Beliau yang lahir pada 1 Julai 1918 terus memberikan ceramah sehinggalah pada tahun 1996, beliau diserang angin ahmar. Beliau bukan sahaja mahir dalam Alquran, tetapi juga, seorang pakar Bible, yang menariknya, kebanyakan hujahnya yang menghentam orang-orang Kristian adalah hujah yang dipetik dari Bible itu sendiri. 22 buah buku telah ditulis oleh beliau yang secara sinisnya mempertikaikan kepercayaan umat kristian dan pegangan mereka terhadap Bible. Pada 21/2/1992, pada kunjungan dan syarahannya di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, ketika beliau mula bercakap tentang bible, pengerusi majlis menegurnya supaya memberhentikan ceramahnya yang menyentuh sensitiviti umat Kristian.. begitulah, samada kita terlalu menjaga sensitiviti keharmonian atau kita terlalu bodoh untuk mengakui bahawasanya Agama Islam adalah agama persekutan. Kita sangat beruntung, kerana orang-orang bukan Islam tidak dibenarkan sama sekali berdakwah atau cuba menyebarkan agama mereka kepada umat Islam atas alasan keistimewaan Islam sebagai agama Persekutuan.. pun begitu juga, murtad dikalangan orang-orang Islam di Malaysia bukanlah perkara baru dan menurut kalangan-kalangan yang terlalu menjaga sesitiviti agama ini, isu murtad dikalangan orang Islam semakin membimbangkan statistiknya. Agama favourite untuk mereka beralih arah adalah kristian.
Isu kalimah Allah, isu bible dalam bahasa Melayu, terus menjadi topik-topik penting dikalangan Media, sekonyong-konyong seperti terlihat bahawa ia adalah isu nasional yang tidak henti-henti dibicarakan rakyat terbanyak.. tidak, isu bodoh dan bengap itu sengaja dicanang di media-media, memainkan isu-isu sensitif ini supaya 13 mei 1969 berulang semula.. supaya hero-hero seperti dulu kala bangkit menjadi pahlawan semula.. supaya perpaduan orang-orang melayu menjadi jitu semula, terus kekal bersama .. siapa lagi??
Kadang-kadang terlihat sangat, bangsa melayu sememangnya bangsa bodoh, malas membaca.. atau hanya makan apabila disuap.. atau setelah 57 tahun merdeka.. orang Melayu masih bercakap tentang kebenaran Islam, tetapi masih takut mengatakan agama orang lain tidak betul.. atau orang-orang melayu (yang sememangnya Islam), hanya pandai membaca bahasa Melayu, atau sememangnya tidak pernah mengkaji Bible.. aku juga tertarik beberapa nama seperti Yusof estes, Yoshua evans.. yang menemui Islam setelah membaca Bible.. bukalah bible, ketemulah akan anda.. pornografi, sumbang mahram nabi-nabi Allah.. membuka dan mengkaji bible sepenuhnya, maka ketahuilah kita.. bahawa bible yang dipegang dan dibangga-banggakan umat kristian itu penuh dengan bahasa-bahasa pornografi, sumbang mahram yang sehinggakan mereka terpaksa menerbitkan bible edisi kanak-kanak. Kita tidak pernah diberitahu akan hal itu.. dan sehinggalah apabila mubaligh-mubaligh kristian berhujah tentang kepincangan al-quran dan kemuliaan bible.. maka dengan mudahnya kita beralih arah.. percayalah, kerana sebenarnya isu murtad, salah dan silapnya bukan kepada mereka.. tetapi kita, yang tidak pernah membuka bible, melihat sendiri betapa kotornya bahasa-bahasa pornografi didalamnya..
Kita becakaplah bersungguh-sungguh tentang kebenaran agama Islam, tetapi tanpa ilmu dan pengetahuan kitab mereka, kita hanya membuka dada untuk ditembak dari segenap sudut. Aku jugak sendiri agak terkejut, apabila ada kepercayaan bodoh mana entah, sehinggakan memegang bible seperti memegang anjing atau babi bagi umat Islam Melayu.. membaca bible adalah taboo yang teramat sangat bagi orang-orang melayu.. kajilah dan bacalah bible mereka, supaya bila mereka mula berhujah tentang kemuliaan bible mereka dan menceritakan kebobrokan al-quran.. kita tidak mudah terpedaya, dan tidak ragu-ragu. Adakah kita masih menjaga keharmoniaan antara agama, bila kita tidak diusik didalam negara sendiri, tetapi berbagai usaha oleh mereka secara internationally menerusi internet, facebook dan macam-macam lagi.. adakah salah mereka, yang berusaha memperkembangkan agama mereka.. sedangkan kita, tidak bersedia.. dan bercakap tentang kebenaran agama Islam tanpa dapat membuktikan keraguan di pihak mereka..
Untuk membuktikan Islam adalah agama kebenaran, haruskah kita membuka al-quran yang sememangnya telah ditolak mentah-mentah oleh mereka.. bercakap dan berdakwahlah menerusi kitab yang mereka percaya.. Bible yang ramai kononnya menganggap Bible itu injil.. bukan, wahai saudara-saudaraku.. bible bukan injil.. terpesonglah akidah kita jika kita mengatakan bible itu injil.. carilah sendiri jawapannya, mengapa aku katakan bahawasanya bible itu bukan injil.. bukaklah bible, dan dengarlah petikan2 ilmuan-ilmuan seperti Syeikh Ahmad Deedat, Dr. Syabir Ally, Dr. Zakir Naik, Dr. Bart D, Erhman.. supaya kita sendiri meyakini bahawa sebenarnya Bible itu himpunan kitab-kitab allah yang telah mereka pesongkan sebegitu teruk dan hina..
Bacalah.. dan cari dan buktikan sendiri, supaya nantinya bila pintu rumah kita diketuk oleh mubaligh-mubaligh mereka.. kita akan mengusir mereka dengan cara penuh hormat..
Comments
Post a Comment