Walaupun berkali-kali, kita dipersembahkan cerita tentang kemelut pentadbiran Kerajaan PR di Selangor dan begitu juga, berkali-kali kita akan ditenangkan bahawasanya, kemelut-kemelut itu hanyalah rekaan media semata-mata untuk menganggu gugat pentadbiran kerajaan Negeri Selangor yang tidak berjaya dirampas oleh komponen BN pada dua pilihanraya umum. Makanya, seperti mana-mana berita yang perlu diproses datanya secara bijaksana, terus kita meyakini tanpa perlu ragu-ragu, tidak ada apa berlaku di Selangor.. walaupun selepas berita pemecatan Azmin Ali dari PKNS.. iya, kita masih beranggapan dan amat yakin, itu hanyalah persembahan politik oleh arus media perdana untuk mengharu birukan pentadbiran negeri Selangor.
Kemudian takda ribut, takda taufan, pada 27/1/2014, YB ADUN Kajang, Lee Chin Cheh dari PKR meletak jawatan, walaupun beliau sendiri dengan rela hatinya dan tanpa sebab meletakkan jawatan sebagai ADUN Kajang.. kita sendiri secara cepat perlu memproses data, dan tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku di Selangor.
| Bekas Adun Kajang, En. Lee Chin Cheh |
Berbagai persoalan dan kekuatiran yang mula menerjah-nerjah minda, bagi orang-orang yang pro-BN, berita ini sangat mudah untuk dimanipulasi sebagai bukti keharubiruan yang berlaku di Selangor. Tapi bagi orang-orang yang neutral seperti aku, yang sangat berharap supaya satu hari nantinya, demokrasi yang tulin dan benar seperti negara-negara maju yang lain, sangat berharap berita ini diproses sejujur-jujurnya oleh benak fikiran orang yang tidak berapa pintar ini.
Kegagalan dalam menjawab soalan-soalan sendiri, menimbulkan banyak kekhuatiran, akan berjayakah mereka nantinya mentadbir sebuah negara bernama Malaysia, jika negeri sekecil Selangor pun mereka tidak lepas dari masalah-masalah dalaman, akan berbahagiakah kita seandainya mereka berjaya menawan putrajaya ? jawapan-jawapannya juga jika ditanya pada khalayak, maka akan diperolehi bergantung kepada fahaman atau ideologi orang berkenaan, yang pastinya jawapan yang diterima, sangat boleh diragukan atau hanya boleh dianggap sebagai pendapat peribadi semata-mata.
Selepas PRU 13 yang lepas (5 Mei 2013), PRK N25 DUN Kajang adalah PRK yang ketiga selepas Kuala Besut dan Sungai Limau, maka tidak sampai setahun, kita rakyat Malaysia, dihadapkan dengan 3 siri PRK, dan apa yang lebih menyenakkan, PRK Dun Kajang, bukan dilakukan atas sebab kematian tapi perletakan jawatan ADUN nya, kita sendiri mungkin sendiri sudah terlalu letih dan muak, dengan cerita-cerita poltik yang tak putus-putus di Media, kedai kopi, stesen bas, tandas awam.. malah dimana-mana sahaja.. dari isu Bible Bahasa Melayunya, isu kalimah Allah, yang lebih banyak dibahas oleh politikus dari ilmuan agama, yang kita secara bodohnya ternanti-nanti apa kata, Anwar Ibrahim, apa pendirian Lim Guan Eng, Karpal Singh atau Khalid Ibrahim.
16 PRK selepas PRU 12 (Mac 2008), sepanjang penggal itu, kita terlalu letih dengan berita-berita di Media, kedai kopi, stesen bas, tandas awam dll. Maka kita akan terus menyambung kesinambungan penggal sebelum ini, nampak gayanya. Menyalak-nyalaklah tokoh-tokoh entah dari mana, bahawasanya demokrasi semakin subur di Malaysia.. entahlah, pada aku.. yang tidak bersekolah setinggi mana ni, demokrasi yang kononnya subur itu, hanyalah penafian atau perkhabaran gembira yang dibuat-buat semata-mata untuk menidakkan akan perpecahan atau sistem yang membenarkan kita berantakan tanpa henti-hentinya.. tanpa noktah.. tidak kira, dipihak mana.. BN atau PR, matlamat utamanya adalah menjatuhkan pihak lawan, walau apa cara sekalipun dan mengenepikan atau setidak-tidaknya memunafaatkan kedudukan yang ada untuk memajukan negara atau menyenangkan sedikit rakyat marhaen seperti aku.
Seterusnya, meletakkan (atau menawarkan diri ??) DS Anwar Ibrahim sebagai calun untuk PRK Dun Kajang, seakan mengiyakan kegusaran aku akan keharubiruannya pentadbiran Khalid Ibrahim, cerita lama dengan bait-bait lagu yang diperbaharui agar lebih sedap didengar.. maka kita pun tersenyum simpul, terkenang-kenang akan perletakan jawatan Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh pada 31/7/2008 semata-mata untuk memberi laluan kepada suaminya. Kita tentunya ternanti-nanti, adakah memasukkan Anwar Ibrahim dalam pentadbiran Negeri Selangor, bertujuan samada untuk menggantikan Menteri Besar, atau kehadirannya sekadar untuk menjadi pendamai atau penyelesai masalah yang tak berkesudahan dalam pentadbiran Khalid Ibrahim. Kita juga tertanya-tanya (boleh jawab sendiri, kalau mahu), apa tiada lagi pemikir-pemikir hebat dalam PKR, sehinggakan segala masalah perlu diselesaikan oleh tangan ketuanya sendiri..
Fikiran nakal sekali lagi mencuit-cuit pangkal hati, gila pangkat sangatkah manusia bernama Anwar Ibrahim ini?, dulu Isteri tercintanya menjadi korban hanya untuk memberi laluan kepadanya, dan kini, aku pasti sangat, seorang Cina bernama Lee Chin Cheh ini tidak punya apa hubungan darah, atau tidak bersaudara langsung dengan Anwar Ibrahim. Tetapi, inilah korban terbaru politik PKR hanya untuk memberi laluan kepada Ketua Umum PKR ini. Tidak berlaku dalam komponen BN, (mungkin pernah, aku tidak berapa pasti), seorang politikus memegang dua kerusi sekaligus, timbul juga kadang-kadang, fikiran nakal yang mencuit-cuit, apa Pakatan Rakyat ketandusan sangat pemimpin.. atau mereka punya strategi yang jitu dan tajam.. mungkin juga, sebab pada 2013 atau PRU 13 lepas, mereka menang lebih besar berbanding sebelumnya (2008).
Dato Seri Anwar Ibrahim yang lahir pada 10 Ogos 1947, yang kini telah berumur 67 tahun, adalah tulang belakang Pakatan Rakyat, beliaulah manusia yang berjaya membawa DAP dan PAS duduk semeja, yang sebelum ini, menyatukan PAS dan DAP umpama menyatukan minyak dan air, tetapi itulah yang berjaya dilakukan oleh seorang manusia bernama Anwar Ibrahim. Ketika berumur 67 tahun, seperti kebanyakan umat Nabi Muhammad SAW, umur yang patut-patut untuk dijemput malaikat Izrael.. tidaklah aku mendoakan akan kematian orang yang aku puja-puja.. tidak begitu, jangan tersalah sangka. Apa yang ingin aku ceritakan, apa akan berlaku, sekiranya manusia bernama Anwar Ibrahim ini pulang mengadap Ilahi.. apa akan berlaku? apa PR masih boleh bertahan, meneruskan tradisinya, meletak 1 lawan 1 disetiap kerusi ketika pilihanraya, apa masih bolehkah DAP dan PAS duduk semeja?... Anwar Ibrahim, secara jujurnya, aku lihat terlalu rakus, mungkin padanya, masa terlalu pantas mengejarnya.. atau mungkin juga terlalu mencengkam orang-orang disekelilingnya..
Walaupun, tidak dapatlah dinafikan bahawa kejayaan MB, Tan Sri Khalid Ibrahim mentadbir membawa kejayaan dan kemenangan lebih besar pada PRU 13 yang lepas, tapi apa yang berlaku di Kajang, setidak-tidaknya, kita mendapat sedikit bayangan, apa yang berlaku dan bakal berlaku di Selangor.
Perletakan jawatan ADUN Lee Chin Cheh, untuk memberi laluan kepada DS Anwar Ibrahim untuk beraksi di DUN Selangor menampakkan tanda-tanda akan perlunya campur tangan Anwar Ibrahim di Selangor, atau adakah MB itu sendirinya akan diganti dengan Anwar Ibrahim.. Setidak-tidaknya, apa pun jawapannya, orang yang paling tergugat dan paling risau ketika dan saat ini, tidak lain dan tidak bukan adalah Khalid Ibrahim itu sendiri. Kewibawaan kepimpinannnya sendiri, ternampak dipertikaikan sendiri oleh orang no. 1 PKR itu sendiri.
Maka, aku sebagaimana biasanya, cuba mengaitkan UMNO dalam kemelut ini, supaya nampak PKR itu sendiri dan Pakatan Rakyat itu mampu membawa dan mengubah peta Demokrasi Malaysia ke-arah lebih baik.. dan aku sendiri seperti juga lain-lain manusia.. cuba memaksa-maksa dan menyumbat-nyumbat fakta bahawa sebenarnya, PR telah termasuk perangkap UMNO..
Tidak, itu bukanlah jawapan yang aku terpaksa buat untuk membenarkan dan membetulkan PR.. aku terlupa sebenarnya.. semua manusia yang terlibat dalam hal dan kemelut ini adalah manusia yang berasal dari UMNO.. maka tidak hairanlah, pentadbiran, sistem dan cara berpolitiknya tidak ubah seperti UMNO.... jiwa UMNO, pentadbiran UMNO, itulah yang mereka bawa bersama ketika mentadbir PKR.. Seperti juga dulu-dulu, aku sendiri pernah berkata, kalau yang baru ini tidak lebih baik, maka apa perlu ditukar dari tikar buruk.. kepada tikar yang tidak baru..

| Tan Sri Khalid Ibrahim |

Comments
Post a Comment