ini bukanlah kali pertama akaun FB aku atas nama kirikanankena kena block.. dah kali kedua dah.. aku pun tak faham kenapa.. aku banyak komen di Malaysiakini, mungkin antara sebab kena block - untuk unblock adalah memuatnaik gambar ic atau utility bill..
bukanlah niat aku untuk jadi penakut, baling batu sembunyi tangan..tidak - tapi aku lebih kepada RAMLI SARIP- aku menulis bukan kerana nama.. aku tidak menjual iklan, aku tidak kesah pun kalau blog aku tidak dibaca sama sekali oleh sesiapa pun.. aku tidak kisah kalau FB aku langsung tidak punya senarai friend yang panjang.. aku tidak peduli..
Sebenarnya, kalau aku katakan - aku cuba (walaupun sedar aku bukan siapa-siapa) menyediakan produk yang neutral, yang bebas merdeka dari belenggu ideologi parti politik.. dan selepas tidak lagi terikat ketat dengan mana-mana fahaman ideologi.. itu terserah pada kelompok/blok mana-mana selepas itu mengerjakannya.. terserah atas kebijaksanaan tuan hamba.. tentunya lebih mudah selepas itu.. bila mereka tidak lagi menutup telinga atas kehendak-kehendak dan fahaman-fahaman baru... pastinya akan lebih mudah..
Sebenarnya, kalau aku katakan - aku cuba (walaupun sedar aku bukan siapa-siapa) menyediakan produk yang neutral, yang bebas merdeka dari belenggu ideologi parti politik.. dan selepas tidak lagi terikat ketat dengan mana-mana fahaman ideologi.. itu terserah pada kelompok/blok mana-mana selepas itu mengerjakannya.. terserah atas kebijaksanaan tuan hamba.. tentunya lebih mudah selepas itu.. bila mereka tidak lagi menutup telinga atas kehendak-kehendak dan fahaman-fahaman baru... pastinya akan lebih mudah..
Cuma aku cuba mengajak rakyat terbanyak berfikir dan memanfaatkan sepenuhnya hak dan kelebihan kita sebagai pengundi - hak dan keistimewaan kita sebagai warga Malaysia- bukan warga parti politik - berhenti diperkudakan mereka, tidak aku pernah sekali cenderung untuk berkelompok dimana-mana blok, cuma mempromosikan kebolehan berfikir kita sebagai individu.. hanya individu semata-mata...
Mungkin aku bukan saja dibenci oleh parti pemerintah - tetapi juga oleh parti pembangkang..
Aku cuba mengajak warga sivil untuk berfikir dan memandang isu diluar batas ideologi parti politik - kita bukan sepanjang masa berhadapan dengan pilihanraya.. kita sudah perlu mengorak langkah untuk berfikir setanding dengan fikiran bangsa-bangsa yang berusaha untuk memajukan negaranya..
Kita mungkin membenci rejim zionis - bangsa israel yang dianggarkan hanya berjumlah 9 juta orang di israel yang dapat menguasai dunia- dan menghuru-harakan 1.4 bilions umat islam.. ternyata kita amat malu untuk berasa sedikit kagum kepada bangsa yahudi ini, bagaimana mereka begitu konsisten dan fokus.
Dipercayai Protocol of Zions bermula dirumah Rotschilds sejak tahun 1773 atau mungkin lebih awal, protocol atau tatacara bagaimana mereka menyusun dan mengatur strategi untuk menguasai dunia - walaupun penuh tipu daya dan kejam, tapi kagum aku kerana mereka tidak mendapatkannya dalam setahun dua.. mereka tidak melakukannya untuk diri mereka sendiri, tapi meninggalkan legasi mereka untuk dinikmati anak cucu mereka.. mereka berhempas pulas, bermandi darah hanya untuk menjadikan bangsa mereka, bangsa yang dihormati.. walaupun bukan untuk dikecapi ketika mereka masih bernafas -tetapi oleh anak cucu cicit mereka, mereka tetap konsisten..
Berbanding dengan kita, bangsa Malaysia, adakah kita pernah terfikir apa yang kita tinggalkan untuk anak cucu kita - apa nanti mereka akan berasa bangga atau malu mempunyai nenek moyang seperti kita..? atau kita hanya berhempas pulas dan mewariskan hanyalah sebidang tanah atau sebijik rumah kos rendah untuk mereka.. atau pun, pandai-pandai sendirilah nanti cari harta untuk diri sendiri..
Atau mungkin memangnya bangsa melayu itu memang bangsa yang sudah ditakdirkan untuk gagal.. kita terlalu banyak kali didengarkan kesah hang tuah.. kesah mahsuri.. kesah hang nadim.. tumbangnya melaka.. - tidak satu pun darinya berakhir dengan gembira.. semuanya berakhir dengan sikap hasad dengki ataupun pembelotan akibat tamak dan gila kuasa.. tapi kenapa, itulah sikap tipikal bangsa kita yang terlalu susah untuk dihakis dan dibuang sama sekali..
Mungkin ada yang pernah mendengar betapa bangsa melayu melaka itu dikhianati oleh bangsa India muslim (mamak) yang berpakat dengan portugis pada 1511 untuk menumbangkan sultan mahmud shah.. tetapi percayalah - melayu itu selalu dan selamanya dikhianati bangsanya sendiri.. melayu tidak perlukan bangsa lain pun untuk punah - (alasan sama -mamak- tumbangnya kerajaan islam aceh kepada belanda)
Masalahnya dibumi melayu kita ini - jatidiri melayu yang semakin menipis dan betapa ramai kelompok yang merasakan diri dan kelompoknya lebih melayu dari kelompok-kelompok yang lain.. makanya, kalau anda ingin jadi melayu - tidak boleh tidak anda harus atau mesti bertuhankan manusia melayu ini- tidak boleh tidak..
aku cuba menjadi melayu yang tetap jugak melayunya walaupun aku tidak bertuhankan melayu nan seorang itu.. melayu itu, yang hanya terus-terusan terus berharap supaya aku selamanya jadik peminta sedekah kepadanya, terus-terusan menadah tangan kepadanya, kerana melayu itu dan kelompoknya tahu - disaat aku tidak lagi menadah tangan kepadanya- saat itulah akan aku buang mereka jauh-jauh.. mereka tidak pernah sekali pun berfikir secara serius - bagaimana untuk membantu aku supaya tidak lagi menjadi peminta sedekah.. tidak pernah sekali pun..
maka - bandingkanlah, bagaimana konsistennya bangsa yahudi (bangsa nabi-nabi, dan juga bangsa pembunuh nabi).. mengangkat martabat bangsanya -walaupun beratus tahun untuk dinikmati, yang menganiaya bangsa bukan yahudi hanya untuk kelangsungan hidup anak cucu cicitnya..
dengan bangsa yang menganiaya bangsanya sendiri, memperkudakan bangsanya sendiri, dengan siri-siri pembelotan hanya untuk kepentingan diri dan poket sendiri.. dan nanti menunggu ketika untuk dimaki hamun anak cucu cicit kita..
Comments
Post a Comment