Skip to main content

Kisah Bob Lokman.. satu lagi tindakan luarbiasa yang berani

Bob Lokman dan MB Kedah.
Siapa yang tidak kenal dengan Bob Lokman, dari pencipta lagu, penulis lirik, pengacara dan pelakon, seorang anak seni yang memang disanjung dan tidak diragui  kehebatannya. 

Tetapi itu semua hanya tinggal sejarah, Bob Lokman telah insaf.  Telah insaf tidak menjadi apa-apa kesalahan di Malaysia, boleh dilihat berapa ramai selebriti wanita yang sekejap memakai tudung, sekejap bukak, sekejap insaf, lepas tu tak insaf balik,  memang tidak menajdi kesalahan apa-apa pun, yang menjadi kesalahan tak terampun ialah penyertaan Bob Lokman kedalam kem hijau putih, mengumumkan secara terbuka penyertaan beliau ke dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada 19 Feb yang lepas memang satu tindakan berani mati, tindakan luar biasa dari seorang artis yang selama ini, hidup juangnya bergantung kepada media.


Bob Lokman tidak secara jelas mengatakan apa-apa berkaitan masadepannya didalam industri hiburan dan tidak pernah secara rasmi menyatakan persaraannya,  Pernah sekali beliau menyatakan bahawa beliau atas nasihat beberapa individu akan memilih watak-watak yang sesuai dengan penampilannya kini, secara tidak langsung menyatakan bahawa beliau belum lagi bersara sepenuhnya dari bidang hiburan.  Tetapi umum telah sedia maklum,  penyertaannya secara aktif didalam PAS, akan memadamkan terus namanya atau wajahnya dari muncul dimana-mana cabang media.

Sama sejarah cuma lain bidang, kita boleh merenung kembali nama-nama yang terus terpadam dari media arus perdana negara  selepas menyertai PAS, antaranya adalah Dato' Dr. Haron Din, Dato' Dr. Hasan Ali dan Datuk Ismail Kamus.    Semuanya adalah nama-nama besar yang pada asalnya adalah penceramah popular di saluran-saluran utama TV negara,  mereka juga pada satu ketika dahulu adalah selebriti-selebriti terkenal  yang kerap muncul di media-media utama.  Mungkin pada ketika ini, nama-nama mereka sebesar Dato' Dr Fadzilah Kamsah.

Melihat pada kisah tokoh-tokoh diatas, tindakan Bob Lokman adalah sangat berani dan luarbiasa, tindakan yang bolehlah dianggap sebagai pengumuman persaraan dari dunia hiburan.  Tak perlulah beliau berharap untuk muncul di mana-mana media utama. Kerana selepas ini beliau akan letih dicap sebagai penderhaka dan seorang yang tidak mengenang budi.

Dengan kepercayaan bahawa rezeki dibumi Allah ini ada dimana-mana, Bob Lokman adalah seorang penjuang sebenar yang berani menghadapi sesuatu yang belum diketahui untung nasibnya.  Tindakan yang tidak mampu dibuat oleh kebanyakan rakyat Malaysia,  tindakan berani yang hanya akan mengundang petaka yang akan diturunkan oleh kerajaan Yahudi BN.

Malaysia sering mendabik dada bahawa mereka mengamalkan demokrasi dalam acuan tersendiri, memang benar, acuan yang rigid yang dipusakai selama 53 tahun,  dimana demokrasi hanya kerana mengamalkan sistem Pilihanraya, Parlimen dan Raja Berpelembagaan.    Tetapi dalam sistem yang lebih  kompleks bagi memenuhi tuntutan sebagai sebuah negara Demokrasi,  demokrasi adalah satu jenama yang diperkudakan dalam acuan mereka sendiri bagi mengekalkan kuasa dan mengekang suara-suara yang menentang mereka.  ISA dan OSA misalnya, walaupun ia adalah undang-undang - akta  rasmi negara, yang diluluskan sendiri oleh mereka (ketika dewan rakyat dikuasai dua pertiga mereka), sangat melindungi mereka.  (kenapa sehingga hari ini pengistiharaan darurat tidak pernah ditarik balik?).  

Penentang-penentang mereka akan ditekan sehabisnya (sama seperti dajjal). Bagi individu yang menyokong pembangkang, mereka akan dipinggirkan.  Demokrasi apa sebenarnya yang dipraktikkan di Malaysia?.  Segala Media perdana dikawal pemerintah, lalu berita yang berat sebelah dihidang menjadi fakta yang mesti diterima rakyat jelata.    Siri-siri membalas dendam bagi mereka yang tidak menyokong kerajaan sama ada bagi rakyat marhain atau wakil-wakil rakyat pembangkang yang telah dipilih melalui  pilihanraya.  

Pewujudan JKKP di setiap negeri yang dikuasai pembangkang kononnya untuk mengagih peruntukan persekutuan secara telus, adalah satu helah hanya untuk menekan YB pembangkang dengan harapan  bahawa mereka  akan dapat  mempengaruhi pengundi dan seterusnya dapat merampas kembali kerusi-kerusi  yang telah tewas dan kerajaan Malaysia masih bangga untuk menganggap mereka adalah pengamal Demokrasi sebenar dan masih berani untuk bercakap dan menegur tentang hak asasi manusia negara lain.  Bangsa Melayu tidak akan kemana-mana, pemikiran yang terbelenggu, terkawal dan penakut menjadikan bangsa Melayu adalah bangsa yang paling tidak kompetitif di dunia, dan mereka masih lagi kononnya terlalu berusaha untuk memajukan bangsa melayu?? lawak bodoh dari bangsa Yahudi Melayu.   (Yahudi bangsa yang menganiaya bangsa lain, dan memberi keistimewaan kepada mereka yang sebangsa dengan mereka, tetapi  bagi  bangsa Yahudi melayu, mereka adalah bangsa yang mengagungkan bangsa lain, sebaliknya menjahanamkan bangsa sendiri bagi kelangsungan kehidupan peribadi mereka sendiri)

Comments

Popular posts from this blog

AKUAN BERSUMPAH AZILAH BIN HADRI (KES ALTANTUYA)

AKUAN BERSUMPAH Saya, Azilah bin Hadri (No K/P: 1/14055) seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan merupakan seorang banduan akhir di Penjara Kajang dengan sesungguhnya dan sebenarnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-. 1) Saya telah dibicarakan dan disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi satu pertuduhan seperti berikut:- "Bahawa kamu bersama-sama antara jam 10.00 malam 19 Oktober 2006 hingga jam 1.00 pagi 20 Oktober 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja di dalam Daerah Petaling di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, dalam mencapai niat bersama kamu berdua, telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap ALTANTUYA SHAARIIBUU pasport no. E0217865 seorang warganegara Mongolia dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan seksyen 34 Kanun yang sama.” (2) Di akhir perbicaraan, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan huku...

Melayu dan “Tongkat” ajaibnya (Melayu .. jadilah bangsa yang berani)

Masih ingat lagi ketika diawal persaraan Tun Mahathir Mohamad pada Oktober 2003, dengan segala dukacitanya berkata bahawa di berasa amat sedih kerana tidak berjaya mengubah nasib orang-orang Melayu. Dengan segala formulanya selepas Malay Dilemma diterbitkan pada 1970 (11 tahun sebelum beliau dilantik sebagai PM), beliau masih gagal mengubah (membetulkan) orang Melayu. Selepas 52 tahun merdeka, pemerintahan Melayu masih gagal mengubah orang Melayu. Satu Jawapan yang tidak boleh diterima akal. Tun Mahathir dengan beraninya membubarkan DEB yang dimulakan oleh Tun Abdul Razak pada 1971 (selepas peristiwa hitam 13 Mei 1969) dan digantikan oleh Dasar Pembangunan Nasional, 1991 alasannya ialah Melayu terlalu bergantung kepada tongkat.