Skip to main content

Tukar Kerajaan Kerana Ekonomi Yang Buruk

Bukanlah seorang pakar ekonomi tetapi sebagai rakyat yang buta pengetahuan ekonominya, kehidupan yang semakin perit ini boleh membabibuta menyalahkan atas pengurusan ekonomi yang salah dan lembab.

Kesengsaraan ini ditambahlagi dengan kenaikan harga barang keperluan yang semakin minghimpit rakyat marhain seperti kita.  Kenaikan harga gula, dan kenaikan bil elektrik baru-baru ini sedikit sebanyak menyumbang kepada kenaikan kenaikan berantai harga-harga barangan lain, amat yakin harga Ron95 juga akan dinaikkan sedikit masa lagi, dengan kempen secara perlahan-lahan, dengan segala ungkitan tentang subsidi minyak, maka tidak mustahil petrol juga akan dinaikkan sedikit masa lagi.

Alasan yang kelakar dan pelik bagi sebuah kerajaan yang berdaulat, adalah bagi mengelakkan pembaziran dan mengalakkan pengguna supaya berjimat.  Alasan yang nampak sangat bodoh dan sengaja diada-adakan, cuba dilihat dari segi logiknya, apa saja benda dalam dunia ini tidak boleh dielak dari alasan pembaziran, adakah semua barang perlu dinaikkan harganya bagi mengelak pembaziran.  Jika kita terlalu berjimat, bagaimana kesannya kepada peniaga-peniaga pula, tokeh restoran yang kekurangan pelanggan, petrol pam yang terpaksa lingkup atau TNB yang terpaksa gulung tikar.. Dalam keadaan ekonomi yang semakin sempit sekarang, kecairan aliran tunai dalam pasaran adalah penting bagi menggalakkan aktiviti ekonomi, bukan menaikkan harga barang dan berharap supaya rakyat dapat berjimat dan tidak berbelanja.

Mungkin tidak salah jika penstrukturan semula subsidi dilaksanakan, tetapi persoalannya adakah rakyat dapat bertahan dengan pendapatan yang kecil dengan sarahidup yang tiba-tiba melambung tinggi.  Kita boleh membanding negara-negara lain yang mengapungkan harga Petrol, tetapi kita tidak mahu melihat kuasa membeli dan juga pendapatan individu di negara berkenaan, cuba bandingkan harga minyak di Brunei.  Kenapa dengan keadaan ekonomi makro yang lemah, tiba-tiba subsidi ditarik balik.


Amatlah memalu dan menyedihkan buat masa ini, hanya jiran kita Indonesia saja yang matawangnya lebih rendah berbanding ringgit, sedangkan matawang Baht sudah jauh meninggalkan matawang ringgit.

Jika Argentina, Jepun menukar kerajaan pemerintah akibat pengurusan ekonominya yang lemah, tetapi nampaknya rakyat Malaysia tidak peduli walaupun ekonomi Malaysia semakin tidak menentu dan menuju kehancuran.  Kenapa jika dahulu sistem subsidi yang diperkenalkan oleh kerajaan pemerintah dapat merancakkan ekonomi negara tetapi sekarang sistem subsidi hanya membebankan kerajaan?? kerana negara Malaysia hanya tertumpu kepada ekonomi domestik dan pelaburan domestik, sedangkan matawang negara semakin menjunam, mungkin satu hari nanti, matawang kita setaraf atau lebih teruk dari Rupiah Indonesia.

Comments

Popular posts from this blog

AKUAN BERSUMPAH AZILAH BIN HADRI (KES ALTANTUYA)

AKUAN BERSUMPAH Saya, Azilah bin Hadri (No K/P: 1/14055) seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan merupakan seorang banduan akhir di Penjara Kajang dengan sesungguhnya dan sebenarnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-. 1) Saya telah dibicarakan dan disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi satu pertuduhan seperti berikut:- "Bahawa kamu bersama-sama antara jam 10.00 malam 19 Oktober 2006 hingga jam 1.00 pagi 20 Oktober 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja di dalam Daerah Petaling di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, dalam mencapai niat bersama kamu berdua, telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap ALTANTUYA SHAARIIBUU pasport no. E0217865 seorang warganegara Mongolia dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan seksyen 34 Kanun yang sama.” (2) Di akhir perbicaraan, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan huku...

Kisah Bob Lokman.. satu lagi tindakan luarbiasa yang berani

Bob Lokman dan MB Kedah. Siapa yang tidak kenal dengan Bob Lokman, dari pencipta lagu, penulis lirik, pengacara dan pelakon, seorang anak seni yang memang disanjung dan tidak diragui  kehebatannya.  Tetapi itu semua hanya tinggal sejarah, Bob Lokman telah insaf.  Telah insaf tidak menjadi apa-apa kesalahan di Malaysia, boleh dilihat berapa ramai selebriti wanita yang sekejap memakai tudung, sekejap bukak, sekejap insaf, lepas tu tak insaf balik,  memang tidak menajdi kesalahan apa-apa pun, yang menjadi kesalahan tak terampun ialah penyertaan Bob Lokman kedalam kem hijau putih, mengumumkan secara terbuka penyertaan beliau ke dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada 19 Feb yang lepas memang satu tindakan berani mati, tindakan luar biasa dari seorang artis yang selama ini, hidup juangnya bergantung kepada media.

Melayu dan “Tongkat” ajaibnya (Melayu .. jadilah bangsa yang berani)

Masih ingat lagi ketika diawal persaraan Tun Mahathir Mohamad pada Oktober 2003, dengan segala dukacitanya berkata bahawa di berasa amat sedih kerana tidak berjaya mengubah nasib orang-orang Melayu. Dengan segala formulanya selepas Malay Dilemma diterbitkan pada 1970 (11 tahun sebelum beliau dilantik sebagai PM), beliau masih gagal mengubah (membetulkan) orang Melayu. Selepas 52 tahun merdeka, pemerintahan Melayu masih gagal mengubah orang Melayu. Satu Jawapan yang tidak boleh diterima akal. Tun Mahathir dengan beraninya membubarkan DEB yang dimulakan oleh Tun Abdul Razak pada 1971 (selepas peristiwa hitam 13 Mei 1969) dan digantikan oleh Dasar Pembangunan Nasional, 1991 alasannya ialah Melayu terlalu bergantung kepada tongkat.