Skip to main content

Kejahilan Melayu Bila Berpolitik..

Semakin ramai yang seperti kami, yang menganggap perpecahan bangsa melayu hanyalah disebabkan oleh politik.. malah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa keruntuhan kerajaan-kerajaan Melayu lama disebabkan oleh politik jahil yang diamalkan oleh bangsa itu sendiri.  

Namakan saja cerita-cerita Melayu lama, samada cerita dongeng kisah Hang Tuah, Mahsuri dan Hang Nadim.. menunjukkan sikap Melayu yang sememangnya perlu ada kalau ingin menjadi Melayu, kita tidak pernah rasa marah atau terhina, kerana itulah sikap kita sebenarnya, sikap yang telah diwarisi kepada kita dan kita tidak pernah berniat sekelumit pun untuk mengubahnya.

Perpecahan bangsa Melayu kala ini sangat berada pada tahap kritikal, selepas 2008, politikus-politikus melayu semakin lantang dan begitu bangga merayakan perpecahan, maka bermusuhlah sesama jiran, sesama jemaah masjid, sesama saudara mara, dan itulah yang menjadi kebanggaan politikus-politikus, merayakan perpecahan sesama bangsa.

Tidak ada sehingga hari ini, seorang Politikus Melayu di Malaysia walaupun dari parti yang kononnya berpegang teguh pada Islam yang menyeru kepada perpaduan, persaudaraan sesama bangsa, sesama seagama, sesama saudara walaupun berbeza fahaman politik.  Jika ini berlaku, saya sendiri berjanji akan menyertai parti politik berkenaan.  

Islam apa sekiranya menyeru kepada permusuhan dan kebencian? adakah meminggirkan pembuat dosa adalah satu dari ajaran Islam? PAS hanya mencemar nama baik Islam - lihat saja bagaimana penyokong-penyokong mereka memaki hamun, menfitnah dan menggelar pemimpin-pemimpin BN dengan panggilan yang hina.. adakah ini cara Islam yang mereka ingin tegakkan?  Pernahkah sekali pemimpin PAS menegur penyokong mereka supaya berlaku baik dan lebih bersopan dalam membantah?  PAS, salah satu parti politik yang membawa nama Islam, harus bertindak lebih Islamik dari parti-parti politik lain.. 

PAS HARUS DILIHAT LEBIH ISLAMIK DARI PARTI POLITIK LAIN, bukan semata-mata berkopiah dan berserban.  Tetapi lebih dari itu, terutama dalam menangani sikap-sikap penyokongnya yang sangat biadap dan kurang ajar walaupun berkopiah. (benar jika dakwaan bahawa PAS tidak langsung membawa kesan Islamik kepada parti-parti PR, tetapi PAS sendiri terkesan dan terpengaruh oleh DAP dan PKR)

Saya agak benci dengan pendirian PAS bila mengatakan bukan keutamaan bangsa yang diperjuangkan tetapi keutamaan Islam.  Statement PAS paling tidak bertanggungjawab, bukankah setiap Melayu dibumi Malaysia ini mesti beragama Islam (lihat perkara 160 (2) perlembagaan Malaysia. Ini dinyatakan di dalam Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia bahawa, orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Tanah Melayu atau Singapaura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Tanah Melayu atau Singapura.  Bila memperkatakan Islam, secara tak langsung kita memperkatakan tentang bangsa Melayu.  Melayu dan Islam memang tidak dapat dibicarakan secara berasingan.  Kemanakah sebenarnya halatuju Melayu bersama PAS.

PAS hanyalah menggunakan Islam sebagai kosmetik hanya untuk berkuasa, jawapan-jawapan dan tindakan selamat hanya untuk meraih undi bukan Melayu, bukan sahaja PAS, malah kesemua parti politik terlalu bermain selamat hanya untuk meraih undi bukan Melayu.  Maka jadilah bangsa Melayu, bangsa korban sama seperti sejarah melayu lama, sejarah kehancuran yang sentiasa berulang-ulang.

Kita lihat saja sekarang, pasca 2008, kemana hilangnya suara-suara garang MCA, MIC dan juga Gerakan dalam komponen BN, lihat saja ketika isu penutupan pusat hiburan di Kedah ketika Ramadhan yang lepas, bagaimana DAP dan MCA senada dalam membela nasib tokey-tokey pusat hiburan di Kedah.  Lihat saja ketika MCA membidas Hudud, kemana hilangnya suara-suara UMNO.  Kita sepatutnya atas nama Melayu Islam bangkit sama-sama menentang statement bahaya pemimpin MCA ini, tapi tidak , hanya kerana perbezaan ideologi politik Begitu juga bila berbincang berkaitan Sekolah Cina atau Tamil, mereka memang sentiasa sepakat.  Bukan hendak bersikap rasis, tetapi sebenarnya kita semakin menuju gaung sekiranya kita tidak sedar. 

Parti-parti berasaskan kaum  bukan Melayu seperti MCA, MIC, Gerakan dan DAP seperti sepakat dan tersengih memperlihat kebodohan Melayu dalam berpolitik.  Bayangkan mereka sangat bersatu apabila menyentuh kepentingan bangsa mereka, sedangkan  Melayu, masih dengan sikap dengki khianat, prejudis walaupun dengan bangsanya sendiri.  Bila membicarakan kepentingan bangsa mereka, mereka hanya bercakap tentang bangsa mereka, sedangkan melayu bila berbicara, adalah sangat penting untuk menilai dari segi ideologi politiknya.  Adakah dia melayu PR atau melayu BN.  Adakah mereka sendiri mempunyai agenda atau konspirasi untuk menguasai bumi Malaysia? adakah kita saja yang menuntut tidak rasis?

Sedarlah wahai bangsa Melayu, bangunlah wahai politikus Melayu.. kita nantinya akan merempat ditanah air sendiri, bijaklah bila berpolitik, contohilah mereka yang sangat radikal bila menyentuh kepentingan bangsa mereka.  Politikus-politikus Melayu hanyalah gila berebut kuasa sedangkan kuasa itu sebenarnya akan hilang kerana ketamakan mereka melaga-lagakan bangsa sendiri.  Bicaralah apa saja, kepentingan agama, kepentingan bangsa, Melayu akan pandang apa agama politiknya... Takkan Melayu hilang didunia.. memang takkan hilang.. tetapi merempat ditanah air sendiri.



Comments

Popular posts from this blog

AKUAN BERSUMPAH AZILAH BIN HADRI (KES ALTANTUYA)

AKUAN BERSUMPAH Saya, Azilah bin Hadri (No K/P: 1/14055) seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan merupakan seorang banduan akhir di Penjara Kajang dengan sesungguhnya dan sebenarnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-. 1) Saya telah dibicarakan dan disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi satu pertuduhan seperti berikut:- "Bahawa kamu bersama-sama antara jam 10.00 malam 19 Oktober 2006 hingga jam 1.00 pagi 20 Oktober 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja di dalam Daerah Petaling di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, dalam mencapai niat bersama kamu berdua, telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap ALTANTUYA SHAARIIBUU pasport no. E0217865 seorang warganegara Mongolia dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan seksyen 34 Kanun yang sama.” (2) Di akhir perbicaraan, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan huku...

Kisah Bob Lokman.. satu lagi tindakan luarbiasa yang berani

Bob Lokman dan MB Kedah. Siapa yang tidak kenal dengan Bob Lokman, dari pencipta lagu, penulis lirik, pengacara dan pelakon, seorang anak seni yang memang disanjung dan tidak diragui  kehebatannya.  Tetapi itu semua hanya tinggal sejarah, Bob Lokman telah insaf.  Telah insaf tidak menjadi apa-apa kesalahan di Malaysia, boleh dilihat berapa ramai selebriti wanita yang sekejap memakai tudung, sekejap bukak, sekejap insaf, lepas tu tak insaf balik,  memang tidak menajdi kesalahan apa-apa pun, yang menjadi kesalahan tak terampun ialah penyertaan Bob Lokman kedalam kem hijau putih, mengumumkan secara terbuka penyertaan beliau ke dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada 19 Feb yang lepas memang satu tindakan berani mati, tindakan luar biasa dari seorang artis yang selama ini, hidup juangnya bergantung kepada media.

Melayu dan “Tongkat” ajaibnya (Melayu .. jadilah bangsa yang berani)

Masih ingat lagi ketika diawal persaraan Tun Mahathir Mohamad pada Oktober 2003, dengan segala dukacitanya berkata bahawa di berasa amat sedih kerana tidak berjaya mengubah nasib orang-orang Melayu. Dengan segala formulanya selepas Malay Dilemma diterbitkan pada 1970 (11 tahun sebelum beliau dilantik sebagai PM), beliau masih gagal mengubah (membetulkan) orang Melayu. Selepas 52 tahun merdeka, pemerintahan Melayu masih gagal mengubah orang Melayu. Satu Jawapan yang tidak boleh diterima akal. Tun Mahathir dengan beraninya membubarkan DEB yang dimulakan oleh Tun Abdul Razak pada 1971 (selepas peristiwa hitam 13 Mei 1969) dan digantikan oleh Dasar Pembangunan Nasional, 1991 alasannya ialah Melayu terlalu bergantung kepada tongkat.