Skip to main content

Harusnya bagaimana ??

Sambil aku mendengar lagu say aah dendangan suara unik lindsey pavao dari rancangan the voice versi 2012... sambil aku memasang lampu-lampu kecik dibilik anak aku.. yg sengaja aku gelapkan.. selepas aku berpesan bahawa keindahan adalah untuk dinikmati.. kerana kita tidak tau, bahawa esok mungkin akan ada masa untuk detik itu tidak terulang lagi.. nikmatinya dengan hati lapang dan sentiasa sedar.. senantiasa...

Semua homo sapiens seperti aku yang menurut darwin si gila.. berevolusi dari merangkak sehingga berdiri tegak.. tidak pernah terlepas dari detik-detik sukar.. alangkah manis sekiranya putaran dan pengkisahan versi aku ini sama seperti dalam drama-drama atau filem lakonan brad pitt atau setidaknya rosyam nor... bermula.. klimaks.. happy ending dan tamat.. Malangnya untuk membuat drama sebenarnya versi aku, perlukan lebih dari seorang steven spielberg.. mungkin lebih panjang dari filem avatar ataupun schlinder list.. tamatnya hanya bila nafas tidak lagi menghembus.. tapi betulkah akan tamat.. tidakkah sebenarnya kita ini immortal, kita tidak pernah mati.. kita telah wujud dan akan kekal wujud selama-lamanya.. mati hanyalah keberhentian fungsi fizikal manusia semata-mata.

Haruskah kita sendiri menggeruni malaikat maut.. sedangkan dia datang hanyalah menjemput kita untuk ke alam satu lagi.. yang tidak berkesudahan pengkesahannya.. kita yang terlalu berusaha bermati-matian untuk tidak mati.. untuk kekal dalam dunia yang kita mimpi-mimpikan.. untuk meninggalkan legasi yang kita akan megah-megahkan.. tapi salahkah kalau hanya mengambil dan menghirup sedikit keindahan yang hanya sedetik ini, menikmati walaupun memang berlebih-lebihan sebagai tanda merai kehidupan. sebagai token untuk diucapkan terima kasih kepada tuhan yang agung...

Harusnya bagaimana? memang sedikit bercelaru dalam waktu ini.. cuba melonjak dan mencuri-curi sedikit udara segar dan menikmatinya.. tapi jatuh semula dimana tempat aku melonjak.. dan setiap kali aku melonjak untuk mencuri-curi itu.. kaki aku makin dalam terpasak.. dan semestinya untuk melonjak kesekian kalinya akan lebih payah.. kalaulah hidup ini diatur oleh diri sendiri.. kalaulah hidup ini detik-detik manisnya lebih panjang..

Comments

Popular posts from this blog

AKUAN BERSUMPAH AZILAH BIN HADRI (KES ALTANTUYA)

AKUAN BERSUMPAH Saya, Azilah bin Hadri (No K/P: 1/14055) seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan merupakan seorang banduan akhir di Penjara Kajang dengan sesungguhnya dan sebenarnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-. 1) Saya telah dibicarakan dan disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi satu pertuduhan seperti berikut:- "Bahawa kamu bersama-sama antara jam 10.00 malam 19 Oktober 2006 hingga jam 1.00 pagi 20 Oktober 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja di dalam Daerah Petaling di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, dalam mencapai niat bersama kamu berdua, telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap ALTANTUYA SHAARIIBUU pasport no. E0217865 seorang warganegara Mongolia dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan seksyen 34 Kanun yang sama.” (2) Di akhir perbicaraan, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan huku...

Kisah Bob Lokman.. satu lagi tindakan luarbiasa yang berani

Bob Lokman dan MB Kedah. Siapa yang tidak kenal dengan Bob Lokman, dari pencipta lagu, penulis lirik, pengacara dan pelakon, seorang anak seni yang memang disanjung dan tidak diragui  kehebatannya.  Tetapi itu semua hanya tinggal sejarah, Bob Lokman telah insaf.  Telah insaf tidak menjadi apa-apa kesalahan di Malaysia, boleh dilihat berapa ramai selebriti wanita yang sekejap memakai tudung, sekejap bukak, sekejap insaf, lepas tu tak insaf balik,  memang tidak menajdi kesalahan apa-apa pun, yang menjadi kesalahan tak terampun ialah penyertaan Bob Lokman kedalam kem hijau putih, mengumumkan secara terbuka penyertaan beliau ke dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada 19 Feb yang lepas memang satu tindakan berani mati, tindakan luar biasa dari seorang artis yang selama ini, hidup juangnya bergantung kepada media.

Melayu dan “Tongkat” ajaibnya (Melayu .. jadilah bangsa yang berani)

Masih ingat lagi ketika diawal persaraan Tun Mahathir Mohamad pada Oktober 2003, dengan segala dukacitanya berkata bahawa di berasa amat sedih kerana tidak berjaya mengubah nasib orang-orang Melayu. Dengan segala formulanya selepas Malay Dilemma diterbitkan pada 1970 (11 tahun sebelum beliau dilantik sebagai PM), beliau masih gagal mengubah (membetulkan) orang Melayu. Selepas 52 tahun merdeka, pemerintahan Melayu masih gagal mengubah orang Melayu. Satu Jawapan yang tidak boleh diterima akal. Tun Mahathir dengan beraninya membubarkan DEB yang dimulakan oleh Tun Abdul Razak pada 1971 (selepas peristiwa hitam 13 Mei 1969) dan digantikan oleh Dasar Pembangunan Nasional, 1991 alasannya ialah Melayu terlalu bergantung kepada tongkat.