Skip to main content

Third Force Dan Kehendak

Alhamdulillah.. setelah PRU12 pada 2008, tanah air yang kita cintai ini telah mengubah arah demokrasinya kepada sistem dua parti.. walaupun sebenarnya sistem ini tidaklah dirasmikan dalam perlembagaan dan mana-mana undang-undang.

Sejauh mana kita menerima sistem dua parti.. walaupun sesetengah pihak tidak begitu senang, tapi bagi menegakkan sistem demokrasi yang kita harap tulin dan kekal begitu.. kita perlukan pemimpin sekurang-kurangnya mendapat sokongan lebih separuh dari kawasan yang diwakilinya.. ini penting bagi kelangsungan pentadbiran dan kepimpinannya.

Tapi bilamana sistem dua komponen bertanding dalam pilihanraya, pilihannya lebih terhad, samada menyokong salah satunya, atau tidak menyokong salah satunya.. yang akhirnya perlu memilih salah satunya.. Itu memang bagus, yang tidak bagusnya ialah keupayaan individu itu berfikir dan memilih tanpa perlu menilai sesuatu dari corak fikiran yang dibelenggu dengan pemikiran komponen yang dipilihnya, bukan pemikiran bebas yang lahir dari sifat individualiti itu sendiri.

Apa yang dimaksudkan adalah fikiran-fikiran bahaya bagi sebuah negara yang menjunjung demokrasi, iaitu fikiran yang terlalu taksub dengan parti politik.. sehinggakan fikiran secara individual adalah dianggap sebagai penderhakaan kepada pimpinan parti, pendapat individu yang kadang-kadang tidak sehaluan dengan prinsip dan perjuangan parti diwakilinya akan dianggap sebagai perpecahan dan perbalahan dalaman dan akan menjadi senjata serangan pihak lawan. Budaya tidak sihat ini bukan sahaja menjadi akan dikekal subur didalam sistem kita, tetapi perkembangannya juga disumbang oleh ahli-ahli politik itu sendiri, dan tidak hairanlah budaya ini akan dianggap budaya yang benar dan betul dalam organisasi.. fikiran diluar kotak, fikiran berinovasi dan kreatif yang tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan akan dianggap penderhakaan yang tidak terampunkan.

Itulah salah satu penyebab mengapa wujudnya kumpulan Third Force, yang mana mungkin akan menyokong atau tidak menyokong mana-mana parti politik, hujah-hujah samada fakta atau fitnah akan dinilai seadilnya sebelum dinilai dan diadili melalui fakta-fakta, cerita-cerita cakap dengar (hearsay) bukanlah dianggap fakta, dimana bukti dan fakta adalah sangat dituntut dalam membuat keputusan. Walaupun begitu bagi golongan Third Force ini, masih mengekalkan prinsip menghormati pendirian masing-masing, walaupun penilaian mereka ini setengah masak, suku masak atau memang tak masak langsung. Penilaian yang diberikan adil, tidak bias.. dan tidak ditusuk-tusuk dengan pendirian parti politik yang dianuti.

Bagaimanakah nanti pilihan ThirdForse ini nanti ketika PRU? jika kami tidak memihak kepada mana-mana parti politik. Jadi apakah kritiria yang akan dipandang serius ketika membuang undi nanti..

Jawapannya mudah, mana yang kurang kerosakannya dan manakah yang lebih bermanfaat, nampak mudah, tetapi sebenarnya tidak banyak pilihan lebih menyusahkan ketika membuat keputusan..

Adalah penting keperluan-keperluan asas ini dipenuhi oleh parti-parti politik dalam memenangi hati kumpulan ThirdForce ini.. antaranya adalah:

Pengasingan Kuasa, sebagaimana kesemua penganut-penganut doktrin demokrasi, sistem pengasingan kuasa yang jelas dan benar-benar terpisah antara satu sama lain akan benar-benar menjamin kelangsungan demokrasi itu sendiri, perlantikan ketua hakim, perlantikan suruhanjaya, hendaklah bebas dari kuasa eksekutif, walaupun di Malaysia, Legislatif diwakili juga oleh eksekutif tetapi sistem yang meletakkan apa-apa perlantikan tertinggi adalah dari nama yang dicadangkan oleh Perdana Menteri, menunjukkan cengkaman yang jelas terhadap keputusan-keputusan yang akan dibuat oleh mereka. Walaupun tujuan asalnya adalah bagi memudahkan dan melicinkan pentadbiran kerajaaan memerintah, tapi akhirnya ia akan dilihat disalahgunakan oleh pentadbiran untuk membenarkan apa saja dasar, keputusan dan tindakan kerajaan.

Kebebasan sejauh mana kesediaan kita dengan menghapuskan ISA, ISA juga beban yang boleh disalahguna, teguran-teguran atau tentangan-tentangan boleh dilihat sebagai ancaman kepada keselamatan awam, keselamatan awam perlu didefinisi semula, adakah kekacauan dan tindakan-tindakan yang menentang di kerajaan negeri pimpinan PR tidak boleh dianggap sebagai kekacauan kepada ketenteraman awam. Sejauh mana kita bebas untuk memilih parti politik? sejauh mana penganut-penganut parti politik akan dianggap samarata disegi perlembagaan, bukan diperlakukan seperti penjenayah, bukan ditidakkan hak untuk menerima biasiswa, bukan dilayan kejam oleh media-media arus perdana. Semua parti politik adalah bebas untuk dikritik, bukan terlalu kebal dan juga bukan maksum yang tidak pernah melakukan kesilapan barang sekali.

Keadilan, menyediakan pentas yang samarata dan sama adil, tidak ada istilah "kelebihan parti memerintah" (istilah yang hanya ada pada kerajaan demokrasi Malaysia), menyediakan ruang yang sama banyak bagi ahli-ahli politik menyuarakan pendapat dan pendirian masing-masing. Cuba lihat ketika parti-parti pembangkang membuat ceramah, berapa ramai yang akan hadir memberi sokongan, terlalu ramai, kerana ucapannya tidak disiarkan di TV, disuratkhabar, rakyat terlalu ingin tahu, dan akan beranggapan ucapan-ucapan mereka ini ingin disorokkan dari pengetahuan mereka oleh kerajaan, ini berbeza dengan ucapan oleh parti pemerintah, ucapan mereka boleh didengar di TV, disuratkhabar, jadi tidak ada keperluan untuk bersusah payah hadir di upacara-upacara mereka, malah tidak keterlaluan, ucapan mereka tidak lagi sesuatu yang baru untuk didengar, bosan dan hanyalah mengulangi perkara-perkara yang sama. Setiap YB perlu dihormati, begitu juga setiap Menteri Besar atau Ketua Menteri, tidak kira parti mana yang mereka wakili.

Politik sihat, walaupun sebenarnya terdapat dua puak yang saling bertelagah, sebenarnya mereka terlupa, mereka masih mempunyai karier yang sama, iaitu ahli politik... adalah menjadi tanggung jawab mereka semua untuk mengangkat martabat ahli politik, bukan menyediakan satu ruang untuk meletakkan karier mereka ditempat yang paling hina, yang paling digeruni untuk dicita-citakan. Budaya fitnah dan menyerang peribadi pihak lawan, bukan lagi satu yang boleh diterima bagi manusia-manusia yang telah maju dan moden fikirannya, menyerang peribadi lawan seumpama mempercayai bomoh bagi kami, apa yang kami harapkan adalah keupayaan mentadbir negara, memimpin rakyat jelata.. orientasi seks, masalah diri itu bukanlah masalah kami selagi dia tidak cuba menghancurkan negara, tidak menyonglap wang rakyat dan mentadbir kewangan negara sebaik-baiknya itulah keutamaan yang harus dipandang serius. Bukanlah kami mengetepikan secara total sifat-sifat peribadi yang sangat bercanggah dengan agama dan tradisi, tetapi pada kami, untuk membuktikan dan menuduh dengan tuduhan peribadi yang sangat berat, yang boleh dianggap fitnah atau fakta (bergantung kepada anutan politik anda), walaupun dilakukan dengan begitu susah payah sekali untuk membenarkan tuduhan yang dikemukakan, ia masih boleh diragukan kredibilitinya.. terutama tuduhan (fitnah atau fakta) kepada pihak lawan.. ia bermotifkan politik semata-mata, bukan tanggungjawab sosial dan kadang-kadang boleh dianggap 'malafide' atau berniat jahat.

Amatlah menyedihkan, selepas 2008, budaya memaki hamun dan fitnah telah berkembang subur di tanah air tercinta kita ini, dan amatlah malang tidak ada satu parti politik pun yang menegur dan memperbetulkan perkara yang tidak baik ini.. malah sebenarnya mereka (ahli Politik) inilah yang menjadi batuapinya.. satu kampung bergaduh, sedara mara bermasam muka.. inilah perkembangan yang telah berjaya dicetuskan selepas 2008. Semua perkara, malah ketika hendak membina jamban pun, harus dipolitikkan.. hal pelajaran, hal agama, hal kenduri kendara, hal nikah kahwin, semua berhubungkait dengan politik.. kita telah sampai ketahap dimana profesionalisme hanyalah berada ditapak kaki ahli politik.. Soalannya adakah mereka menyedarinya, atau memang itu yang mereka mahukan, tapi yang lebih penting.. siapa yang akan menghentikannya dan soalannya adalah bila mereka dapat menghentikan kecelaruan politik ini.. mereka semua yang bergelar wakil rakyat (adalah tepat: wakil parti politik) hendaklah mengambil tanggungjawab memperbetulkan perkara ini. Kita semakin hilang budaya KeMelayuannya, yang sopan bila membantah, dan tidak lain dan tidak bukan.. politiklah penyebabnya.

Comments

Popular posts from this blog

AKUAN BERSUMPAH AZILAH BIN HADRI (KES ALTANTUYA)

AKUAN BERSUMPAH Saya, Azilah bin Hadri (No K/P: 1/14055) seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan merupakan seorang banduan akhir di Penjara Kajang dengan sesungguhnya dan sebenarnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-. 1) Saya telah dibicarakan dan disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi satu pertuduhan seperti berikut:- "Bahawa kamu bersama-sama antara jam 10.00 malam 19 Oktober 2006 hingga jam 1.00 pagi 20 Oktober 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja di dalam Daerah Petaling di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, dalam mencapai niat bersama kamu berdua, telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap ALTANTUYA SHAARIIBUU pasport no. E0217865 seorang warganegara Mongolia dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan seksyen 34 Kanun yang sama.” (2) Di akhir perbicaraan, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan huku...

Kisah Bob Lokman.. satu lagi tindakan luarbiasa yang berani

Bob Lokman dan MB Kedah. Siapa yang tidak kenal dengan Bob Lokman, dari pencipta lagu, penulis lirik, pengacara dan pelakon, seorang anak seni yang memang disanjung dan tidak diragui  kehebatannya.  Tetapi itu semua hanya tinggal sejarah, Bob Lokman telah insaf.  Telah insaf tidak menjadi apa-apa kesalahan di Malaysia, boleh dilihat berapa ramai selebriti wanita yang sekejap memakai tudung, sekejap bukak, sekejap insaf, lepas tu tak insaf balik,  memang tidak menajdi kesalahan apa-apa pun, yang menjadi kesalahan tak terampun ialah penyertaan Bob Lokman kedalam kem hijau putih, mengumumkan secara terbuka penyertaan beliau ke dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada 19 Feb yang lepas memang satu tindakan berani mati, tindakan luar biasa dari seorang artis yang selama ini, hidup juangnya bergantung kepada media.

Melayu dan “Tongkat” ajaibnya (Melayu .. jadilah bangsa yang berani)

Masih ingat lagi ketika diawal persaraan Tun Mahathir Mohamad pada Oktober 2003, dengan segala dukacitanya berkata bahawa di berasa amat sedih kerana tidak berjaya mengubah nasib orang-orang Melayu. Dengan segala formulanya selepas Malay Dilemma diterbitkan pada 1970 (11 tahun sebelum beliau dilantik sebagai PM), beliau masih gagal mengubah (membetulkan) orang Melayu. Selepas 52 tahun merdeka, pemerintahan Melayu masih gagal mengubah orang Melayu. Satu Jawapan yang tidak boleh diterima akal. Tun Mahathir dengan beraninya membubarkan DEB yang dimulakan oleh Tun Abdul Razak pada 1971 (selepas peristiwa hitam 13 Mei 1969) dan digantikan oleh Dasar Pembangunan Nasional, 1991 alasannya ialah Melayu terlalu bergantung kepada tongkat.