Mac 2008.. Antara tarikh penting yang akan terus diingati bagi generasi-generasi baru, akhirnya BN ditidakkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. Tarikh penting yang telah merubah sejarah dan melenyapkan sedikit keangkuhan BN. Perumpamaan "sudah terhantuk baru tergadah" ini amat sesuai ditujukan kepada mereka. Sedarlah bagi kita rakyat marhaen, bahawa untuk menjaga kebajikan rakyat, dan kekuasaan rakyat, pembangkang haruslah betul-betul kuat, kerana jelas bagi kita, BN seperti cacing kepanasan, buat itu tak kena, buat ini tak kena, semata-mata hanya untuk memenangi hati rakyat, tidak tertinggal walau seorangpun rakyat jelata..
Apa yang perlu dibuat, berusaha memenangi hati rakyat jelata sejak 2008, adalah yang paling terhebat dalam sejarah Malaysia, bantahan rakyat adalah sesuatu yang sangat perlu dielakkan. Strategi mengungkit-ungkit tentang jasa mereka sedari sebelum merdeka hingga kehari ini, bukanlah sesuatu yang bijak, sejarah adalah kekal sejarah, yang penting adalah pandang kedepan. Paling membuatkan rakyat terkejut katak, adalah bajet 2012, yang sangat mesra dan prihatin terhadap kelangsungan hidup rakyat jelata.. bagus dan menarik, tapi soalnya mengapa 2012, sedang negara sebenarnya tidak begitu stabil ketika ini, mengapa masa ekonomi negara begitu baik dan cantik, ketika zaman DR. M, dulu rakyat jelata tidak dilayan sebegitu, ini juga menunjukkan bahawa sebenarnya, BN boleh buat dari dulu lagi, tetapi selepas 2008, mereka telah dikejutkan dan terkejut kerana mereka hampir tumbang.
Dasar-dasar kerajaan, undang-undang (selain undang2 jenayah), terpaksa digunakan dengan begitu berhati-hati, semata-mata takut hilang undi pada pilihanraya akan datang, boleh dikatakan inilah detik dan keadaan dimana kerajaan BN duduk pada tahap yang paling lemah dalam sejarah, dan rakyat jelata akhirnya menjadi pemerintah dan pengadil bagi usaha-usaha mereka. Rakyat kadang-kadang menjadi terlalu mengada-ngada, tapi mahu atau tidak, BN terpaksa melayannya dengan begitu mesra dan kalau boleh senyum sampai ke telinga, ye seperti alasan-alasan lainnya, takut kalah dalam pilihanraya. BN telah berubah, adakah mereka telah tersedar, yang sebenarnya rakyat yang berkuasa, bukan mereka, mereka diberikan tanggungjawab untuk mentadbir dan mengurus dengan baik oleh rakyat, dan itu bukan jasa yang harus diungkit-ungkit sepanjang zaman.. tapi itulah tanggungjawab yang telah diberikan kepercayaan oleh rakyat, yang harus dipikul dengan amanah, jujur dan ikhlas, bukan semata-mata takut kalah dalam pilihanraya.
GST, akhirnya terpaksa ditangguhkan selepas banyak tentangan dan bantahan, ia tidak pernah dibatalkan, cuma ditangguh buat sementara waktu, dan percaya bahawa sekirannya PRU13 ini BN menang dengan majoriti 2/3, GST ini akan dilaksanakan tanpa lengah.. oh ye, terlupa.. persempadan kawasan Pilihanraya juga akan dilaksanakan degan begitu segera, inilah kali pertama dalam sejarah, tiada persempadanan semula dibuat selepas pilihanraya, inilah senjata dan muslihat BN, agar kekal berkuasa di tanahair tercinta. Kita telah biasa dengan kekalahan dalam hidup kita.. tetapi kekalahan bagi BN adalah kegerunan yang amat ditakutkan, dunia akan kiamat sekiranya mereka tidak lagi mentadbir negara?
Kebajikan dan meringankan beban rakyat menjadi agenda utama kerajaan, dan selama harini (sebelum Mac 2008) kenaikan tol, sepertinya tidak boleh dielakkan, berjuta alasan untuk menaikkan harga tol saban tahun, tapi boleh pun tak dinaikkan.. adakah selama hari ni kita telah ditipu dengan alasan yang sengaja diada-adakan. Malah beberapa tol juga akan ditutup, menunjukkan betapa peripentingnya meringankan beban rakyat. Begitu juga harga minyak, selama ini, jerit pekik rintihan rakyat umpama mencurahkan air di daun keladi, meraunglah berguling-guling, naik tetap naik.
Yang pastinya, semakin mereka berusaha memenangi hati rakyat, kita semakin tertanya-tanya, kenapa ini tidak dilakukan lama dulu, kenapa baru sekarang.. dan kenapa lama dulu, mereka akan keluar dengan beribu-ribu alasan.. sedangkan mereka boleh lakukan hari ini.. kenapa tidak dulu.. sebelum Mac 2008.
Konsep negara berkebajikan oleh PR kononnya dijaja hanya akan membankrapkan negara.. tapi bankrap kah kerajaan BN selepas menjadi kerajaan yang amat mengambil berat akan beban rakyat?
BN telah dihukum oleh pengundi-pengundi, rakyat juga telah membuktikan, mereka memberi amanah untuk mentadbir.. itu amanah dan tanggungjawab, bukan jasa yang harus dikenang-kenang. Cumanya kita juga tertanya-tanya, adakah mereka betul-betul serik, atau mereka boleh berjanji yang mereka telah serik dan tidak mengulanginya lagi.. atau adakah mereka akan lupa diri semula, jika menang besar pada PRU akan datang. Sepenggal, rasanya tidak cukup masa untuk menjadikan mereka betul-betul serik.
Inilah hasilnya kepada rakyat, adakah kita masih inginkan mereka berkuasa sepenuhnya kembali.. atau biarlah seperti ini, kerana kebajikan rakyat akan terjamin.. hanyalah jika pembangkang kuat, mereka tidak boleh bermaharaja lela. Mereka akan menangis-nangis untuk mendapatkan undi kita.. dan diwaktu inilah, kita akan rasa diri betul-betul beharga sebagai seorang warga negara.. dan diwaktu inilah kita rasa diri begitu penting, dan diwaktu inilah juga, baru kita mudah nampak YB-YB ini, yang sebelum Mac 2008, nak jumpa mereka, seumpama nak jumpa raja, malah mungkin jumpa raja lebih mudah dari diorang ini.
Soalnya, adakah kita nak merasa dihargai ini lebih lama lagi.. atau kita ingin segala kelebihan, keistimewaan ini ditarik semula.. tepuk dada tanya selera..

Comments
Post a Comment