5Hb Mei ini, detik yang ditunggu-tunggu oleh banyak orang.. Pilihanraya paling dinanti-nantikan sejak merdeka.. akhirnya pada detik 3/4/2013 jam 11.35, DS Najib dengan lemah gemalainya.. mengumumkan pembubaran Parlimen.. Satu tindakan yang sebolehnya dielakkan oleh Ketua Kerajaan Malaysia. Siapa pun tidak dapat menyangkal betapa takut dan gerunnya DS Najib untuk menghadapi Pilihanraya paling sengit dalam sejarah penubuhan Malaysia.
Tidak pernah dalam sejarah tanahair, Pembubaran Parlimen sebegini lewat, dan memang sejak dari 2008, banyak rekod-rekod baru telah berjaya dicipta di Malaysia.. yang tidak dapat dilupakan adalah rampasan kuasa di Perak, umum mengetahui, apa yang berlaku adalah satu pencemaran perlembagaan paling memalukan dalam sejarah. Juga rekod-rekod kemanusiaan dan betapa berkebajikannya kerajaan persekutuan untuk memenangi semula hati rakyat sekaligus menguasai 2/3 parlimen supaya, mereka bebas menggubal undang-undang dan melaksana dasar sewenangnya tanpa peduli akan jerih perih manusia yang menghuni bumi Malaysia tercinta ini.
Adakah kita terlalu bodoh dan hina, dibeli dengan Br1M, dengan tol yang tidak pernah dinaikkan sejak 2008, dengan berbagai lagi kebajikan-kebajikan yang sebelum 2008 tidak pernah diambil pusing oleh pemerintah. Adakah bangsa malaysia begitu mudah lupa, atau buat-buat lupa. Tunjukkan wahai anak bangsa, kita bukan manusia yang mudah diperbodohkan.
Sejak 2008 juga dengan pembangkang yang semakin kuat, berbagai skandal kewangan telah berjaya didedahkan, paling menggemparkan RM280 juta kepada NFC, yang telah dianugerahkan kepada suami Shahrizat Jalil. Adakah skandal ini dengan mudahnya akan tersingkap sekiranya mereka mempunyai 2/3 kekuatan parlimen.
Transformasi politik yang digembar-gemburkan oleh DS Najib, cuma omong kosong hanya untuk menyedapkan telinga, yang dilakukan dengan berhati-hati sangat, supaya nantinya kuasa mutlak yang ada padanya tidak ditarik dan dikoyak-koyak oleh rakyat jelata.
Budaya politik lucah, politik samseng yang semua orang tau dipelopori dan dibenarkan oleh pemerintah, mungkin satu tahap yang paling teruk dalam sejarah peradaban moden manusia. Lihat saja pada ceramah-ceramah pembangkang, yang kehadiran khalayaknya tidak disertakan dengan duit RM50.00, t-shirt atau topi percuma dan makan minum, tapi boleh menjangkau ribuan orang, siri ceramah yang sengaja dikacau oleh sifat anak-anak dan kebudak-budakan BN, yang pada masa yang sama membuat ceramah berdekatan dengan memasang kuat pembesar suara dengan lagu-lagu dangdut.. dan berbagai provokasi terhadap pembangkang. Inilah demokrasi tajaan BN.. Inikah yang kita mahukan, pemerintah yang bebas, melakukan penganiayaan dan jenayah..
Ketakutan BN dan semua komponennya, terutama UMNO, kekalahan pada PRU13 ini adalah bermakna berkuburnya KOmponen BN, komponen yang penuh perkauman, walaupun berkali-kali mereka menidakkannya. Maka tamatlah pemerintahan golongan korporat-korporat Melayu, yang menagih-nagih kontrak-kontrak kerajaan.. yang akan lingkup terus tanpa bantuan kerajaan. lihat saja sistem monopolistik ekonomi, tidakkan mereka dipaksa-paksa untuk menjadi kaya. Pandanglah Proton, kenapa Tun M, yang menyalak-nyalak sepanjang masa tentang tongkat orang Melayu, tetapi Proton sehingga kiamat, diberi tongkat dan keistimewaan berniaga dengan orang Malaysia sahaja. Naiklah harga kereta import, supaya harga mahal proton, tetap murah jika dibanding dengan kereta import. Maka lahirlah Proton yang kualitinya seperti tin biskut, yang rata-rata kalau eksiden, maka mati kataklah setiap jiwa didalamnya.
Orang yang masih menyokong UMNO/BN pada PRU13, hanyalah orang yang mempunyai kepentingan peribadi, yang buta mata hatinya.. orang kampung yang buta-buta ditipu oleh TV3 dan Utusan, orang yang malas berfikir dan mengkaji.. dan orang-orang bodoh yang tidak bersekolah tinggi, kalau yang bersekolah tinggi pun, masing-masing mempunyai agenda dan cita-cita peribadi (menonjol untuk menjadi ketua dikalangan orang-orang yg tidak berapa tinggi akal dan IQ nya)
MARILAH KITA SAMA-SAMA MERUBAH MALAYSIA KEPADA DEMOKRASI YANG LEBIH BAIK..
Comments
Post a Comment