Skip to main content

Persempadanan Semula atau tidak - Pembangkang Pasti Kalah dan terkubur selamanya

Ahli Politik yang patut dihormati dan disegani
Ketika leher lembu disembelih ketika aidil adha baru-baru ini....menyalak-nyalaklah politikus-politikus bercakap-cakap tentang persempadanan semula kawasan pilihanraya.


Hadi Sawang - Punca segala masalah pembangkang.
Memang ada politikus yang menentang idea SPR tentang persempadanan semula, mencarik-carik kawasan untuk menarik pengundi-pengundi - ini bukanlah baru, dan ini bukanlah rahsia lagi.. tak perlu pun berbuih mulut pembangkang menerangkan betapa biasnya SPR untuk memenangkan kerajaan memerintah.. semua rakyat Malaysia yang boleh berfikir mengetahui akan perkara ini. Persempadanan semula sememangnya adalah senjata ataupun kelebihian memiliki padang bola sendiri.. 


Tapi bila ada Menteri-menteri dan timbalannya yang sememangnya akan turut juga bertanding pada PRU14 ini, mempertahankan SPR - maka tindakan Menteri-menteri ini bolehlah mengesahkan betapa Bias nya SPR - tapi apa kesannya?  walaupun menteri berkenaan ternampak sangat akan bodohnya.. tapi percayalah - dia tetap akan menang bergaya..  sebagai politikus yang sangat bergantung kepada air liur dan air poket untuk hidup, menang pilihanraya hanyalah bukti nyata bahawa dia tidak bodoh..

Mungkin kita semua pernah dengar ungkapan "LETAK KAMBING PAKAI SONGKOK PUN BOLEH MENANG"


Iye, selepas era Tun M memecat Anwar Ibrahim pada 1998, kemudian diambil alih oleh Pak Lah..   Ungkapan kambing itu terpadam buat sekian kalinya.. UMNO/BN hilang majoriti dua pertiga parlimen.. tapi sekarang?.. Nampaknya Najib telah membawa era kegemilangan "KAMBING"  ini kembali..

Walaupun terpalit bermacam skandal.. tapi mahu tak mahu.. kelompok yang mengelilingi Najib tetap berharap dan percaya kepada Najib.. yang akan dapat memastikan dapur mereka terus berasap.. yang dapat memastikan kelangsungan hidup mereka sebagai politikus.

Undi dah pecah 3 atau lebih - itu saja formulanya.  PRN Sarawak dan dua RPK selepas itu.. pembangkang tumbang memalukan..  semua kepala pembangkang seperti  dihinjak-hinjak oleh Najib.

Pembangkang yang masih berangan-angan untuk menakluk Putrajaya, berkira-kira nanti siapa nanti akan duduk dikementerian ini.. siapa nanti akan menjadi timbalan menteri..  akhirnya bercakaran sesama sendiri.. 

Mungkin Najib terpalit skandal yang macam-macam, tapi setidaknya tidak terlihat bodoh seperti pemimpin-pemimpin pembangkang, yang bercakaran sebelum mendapat kuasa..  

Akhirnya - pesempadanan semula atau tidak - pembangkang tetap tumbang.. cuma pembangkang perlukan alasan untuk kalah..  seperti biasa, seperti anak-anak kecil yang bergaduh di tadika sekolah..  yang salah adalah orang lain..  tapi bukan diri sendiri.. pembangkang ooooh pembangkang.. selamatlah menggali kubur sendiri..


Comments

Popular posts from this blog

AKUAN BERSUMPAH AZILAH BIN HADRI (KES ALTANTUYA)

AKUAN BERSUMPAH Saya, Azilah bin Hadri (No K/P: 1/14055) seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan merupakan seorang banduan akhir di Penjara Kajang dengan sesungguhnya dan sebenarnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-. 1) Saya telah dibicarakan dan disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi satu pertuduhan seperti berikut:- "Bahawa kamu bersama-sama antara jam 10.00 malam 19 Oktober 2006 hingga jam 1.00 pagi 20 Oktober 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja di dalam Daerah Petaling di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, dalam mencapai niat bersama kamu berdua, telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap ALTANTUYA SHAARIIBUU pasport no. E0217865 seorang warganegara Mongolia dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan seksyen 34 Kanun yang sama.” (2) Di akhir perbicaraan, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan huku...

Kisah Bob Lokman.. satu lagi tindakan luarbiasa yang berani

Bob Lokman dan MB Kedah. Siapa yang tidak kenal dengan Bob Lokman, dari pencipta lagu, penulis lirik, pengacara dan pelakon, seorang anak seni yang memang disanjung dan tidak diragui  kehebatannya.  Tetapi itu semua hanya tinggal sejarah, Bob Lokman telah insaf.  Telah insaf tidak menjadi apa-apa kesalahan di Malaysia, boleh dilihat berapa ramai selebriti wanita yang sekejap memakai tudung, sekejap bukak, sekejap insaf, lepas tu tak insaf balik,  memang tidak menajdi kesalahan apa-apa pun, yang menjadi kesalahan tak terampun ialah penyertaan Bob Lokman kedalam kem hijau putih, mengumumkan secara terbuka penyertaan beliau ke dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada 19 Feb yang lepas memang satu tindakan berani mati, tindakan luar biasa dari seorang artis yang selama ini, hidup juangnya bergantung kepada media.

Melayu dan “Tongkat” ajaibnya (Melayu .. jadilah bangsa yang berani)

Masih ingat lagi ketika diawal persaraan Tun Mahathir Mohamad pada Oktober 2003, dengan segala dukacitanya berkata bahawa di berasa amat sedih kerana tidak berjaya mengubah nasib orang-orang Melayu. Dengan segala formulanya selepas Malay Dilemma diterbitkan pada 1970 (11 tahun sebelum beliau dilantik sebagai PM), beliau masih gagal mengubah (membetulkan) orang Melayu. Selepas 52 tahun merdeka, pemerintahan Melayu masih gagal mengubah orang Melayu. Satu Jawapan yang tidak boleh diterima akal. Tun Mahathir dengan beraninya membubarkan DEB yang dimulakan oleh Tun Abdul Razak pada 1971 (selepas peristiwa hitam 13 Mei 1969) dan digantikan oleh Dasar Pembangunan Nasional, 1991 alasannya ialah Melayu terlalu bergantung kepada tongkat.