Skip to main content

Mahathir - Anwar Dan Katak Sikatak Lompat


Sejak dua menjak ini.. rata-rata rakyat ang mengundi PH dulu, mungkin sedikit ada penyesalan berbunga dihati.. terutama selepas kempen lompat sikatak lompat MP/Adun BN/UMNO kedalam PH.. ataupun keluar UMNO buat sementara waktu untuk menjadi wakil rakyat bebas.. dan sememangnya diketahui.. itu hanyalah taktik untuk mereka menyeberang ke PBSM atau BERSATU secara terhormat atau bermaruah..

Maka berbunyilah parti-parti komponen lain dalam PH.. yang tidak berapa bersetuju dengan tindakan Bersatu menerima petualang-petualang bangsa itu menyertai blok mereka (PH).. orang-orang UMNO/BN yang menyerang mereka bermati-matian dahulu tiba-tiba kini menjadi rakan 'seperjuangan'.. PKR dan DAP dengan lantang menentang tindakan Bersatu yang tidak menjadi rahsia lagi berkempen untuk menarik seramai mungkin ahli UMNO yang belot dan panas bontot setelah kalah memalukan pada PRU14 yang lalu..

Cakap-cakap mengatakan yang wujud team Anwar dan team Tun Mahathir semakin boleh diiyakan sekarang ini.. kita sendiri boleh nampak dengan jelas.. dalam PKR sendiri wujud dua team ini.. yang pro Mahathir dan pro Anwar ibrahim.. maka kononnya atas nama kebebasan berfikir dan bersuara.. pencakaran sesama mereka terpaksa diharuskan atas nama Malaysia baharu.. dan semakin lama.. ia adalah rahsia umum yang dibicarakan secara bisik-bisik ataupun terbuka.. team rafizi dan team azmin ali.. yang berdiri teguh dibelakang kepimpinan Anwar ibrahim ataupun Tun mahathir..  azmin ali yang dipilih menjadi menteri ekonomi oleh tun mahathir.. dan si rafizi yang terang-terangan menjadi penjilat situan presiden PKR-anwar ibrahim..  Rafizi tanpa berselindung langsung.. menampakkan diri, idea dan pendapat yang tidak begitu mesra kepada Tun Mahathir.. dan hari ini.. Azmin Ali menentang keras lantikan Rafizi sebagai Naib presiden PKR - walaupun pengumumannya dibuat oleh tuan presiden sendiri.. 

Berbalik kepada Tun Mahathir yang beria-ia sungguh menarik seramai mungkin wakil-wakil rakyat untuk menyertai Bersatu,  tun mahathir - seorang yang berumur 93 tahun.. langkah politiknya tidaklah dibuat untuk sengaja suka-suki.. ataupun semata-mata mendengar nasihat isterinya seperti PM yang satu lagi tu.. tidak.. 

Bersatu yang mempunyai bilangan kerusi paling sedikit selepas Amanah dalam parlimen,  hanya 10 kerusi selepas PRU14 dahulu.. tapi wakil rakyatnya diangkat mengetuai kerajaan..


Mempunyai Perdana menteri yang kedudukannya sangat rapuh dalam parlimen, sangat boleh melemahkan pentadbiran.. walaupun berulangkali dikatakan - bahawa keputusan kerajaan PH dibuat secara konsensus.. tapi dapatkan anda menyekat suara-suara yang boleh dengan senang menurunkan anda dari puncak kuasa.. dengan kedudukan PM yang wakilnya sangat sedikit.. bayangkan sekiranya ada usul undi tidak percaya kepada PM diparlimen.. adakah dengan 10 kerusi saja.. dapat menyelamatkan punggungnya?..

Tun mahathir sendiri ketika pertama kali menjadi PM - segala punca kuasa terletak ditangannya... yang kemudiannya diwarisi oleh Pak Lah.. dan kemudian disalahguna Najib sehingga hancur lebur negara.. adakah untuk kali kedua ini, dia berasa selesa dengan Malaysia Baharu yang mana setiap menteri kabinetnya bebas mengeluarkan kenyataan tanpa perlu merujuk kepadanya terlebih dahulu.. 

Kebebasan dan kelantangan menteri-menteri kabinet sepertinya tidak langsung dapat dikawal.. mereka bebas mengeluarkan kenyataan-kenyataan bodoh dan kemudian U-turn.. sehingga bolehlah dikatakan kerajaan PH ini adalah kerajaan U-turn.. keadaan ini tidak pernah berlaku ketika era tun Mahathir ketika pertama kali jadi PM dulu..

Tun mahathir nampaknya tidak dapat mengawal dan menegur menteri-menterinya yang seperti mabuk publisiti.. kerana kedudukannya sendiri adalah rapuh.. sekiranya ditegur atau dikawal.. kemungkinan besar- dia ditumbangkan secara tidak hormat didalam dewan.. undi tidak percaya akan mudah saja membuangnya dari menjadi PM.. hendak tak hendak.. strateginya adalah kukuhkan kedudukannya didalam parlimen itu sendiri..  jadi musim katak melompat ini hanyalah untuk mengukuhkan kedudukan PM didalam parlimen.. 


Comments

Popular posts from this blog

AKUAN BERSUMPAH AZILAH BIN HADRI (KES ALTANTUYA)

AKUAN BERSUMPAH Saya, Azilah bin Hadri (No K/P: 1/14055) seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan merupakan seorang banduan akhir di Penjara Kajang dengan sesungguhnya dan sebenarnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-. 1) Saya telah dibicarakan dan disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi satu pertuduhan seperti berikut:- "Bahawa kamu bersama-sama antara jam 10.00 malam 19 Oktober 2006 hingga jam 1.00 pagi 20 Oktober 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja di dalam Daerah Petaling di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, dalam mencapai niat bersama kamu berdua, telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap ALTANTUYA SHAARIIBUU pasport no. E0217865 seorang warganegara Mongolia dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan seksyen 34 Kanun yang sama.” (2) Di akhir perbicaraan, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan huku...

Kisah Bob Lokman.. satu lagi tindakan luarbiasa yang berani

Bob Lokman dan MB Kedah. Siapa yang tidak kenal dengan Bob Lokman, dari pencipta lagu, penulis lirik, pengacara dan pelakon, seorang anak seni yang memang disanjung dan tidak diragui  kehebatannya.  Tetapi itu semua hanya tinggal sejarah, Bob Lokman telah insaf.  Telah insaf tidak menjadi apa-apa kesalahan di Malaysia, boleh dilihat berapa ramai selebriti wanita yang sekejap memakai tudung, sekejap bukak, sekejap insaf, lepas tu tak insaf balik,  memang tidak menajdi kesalahan apa-apa pun, yang menjadi kesalahan tak terampun ialah penyertaan Bob Lokman kedalam kem hijau putih, mengumumkan secara terbuka penyertaan beliau ke dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada 19 Feb yang lepas memang satu tindakan berani mati, tindakan luar biasa dari seorang artis yang selama ini, hidup juangnya bergantung kepada media.

Melayu dan “Tongkat” ajaibnya (Melayu .. jadilah bangsa yang berani)

Masih ingat lagi ketika diawal persaraan Tun Mahathir Mohamad pada Oktober 2003, dengan segala dukacitanya berkata bahawa di berasa amat sedih kerana tidak berjaya mengubah nasib orang-orang Melayu. Dengan segala formulanya selepas Malay Dilemma diterbitkan pada 1970 (11 tahun sebelum beliau dilantik sebagai PM), beliau masih gagal mengubah (membetulkan) orang Melayu. Selepas 52 tahun merdeka, pemerintahan Melayu masih gagal mengubah orang Melayu. Satu Jawapan yang tidak boleh diterima akal. Tun Mahathir dengan beraninya membubarkan DEB yang dimulakan oleh Tun Abdul Razak pada 1971 (selepas peristiwa hitam 13 Mei 1969) dan digantikan oleh Dasar Pembangunan Nasional, 1991 alasannya ialah Melayu terlalu bergantung kepada tongkat.