Skip to main content

Prinsip BODOH Syed Saddiq dan ARMADA Bersatu

Tiba-tiba gegak gempitalah seantaro alam akan kesungguhan sebuah Parti baru dengan hujah seorang anak remaja berusia 26 tahun akan betapa peripentingnya kemuliaan sebuah perjuangan.. yang pada dasarnya sangat menggelikan lobang @#$% ku..
Betapa seorang anak muda berlidah pendek.. yang pelat cakapnya masih seperti tidak berapa fasih berbahasa ibunda.. tapi beliau bukan calang-calang orang bila berkata-kata.. juara debat - kepetahan seorang anak muda bercakap tentang prinsip-prinsip moral dan kadang-kadang ataupun jugak selalunya nampak FAKE dan mengada-ngada.. dahagakan perhatian dan publisiti..

Seorang anak muda yang terlupa.. perjuangannya bukan dipentas debat.. tapi dipentas arena politik.. yang mana pengaruh adalah segalanya untuk kekal berada dalam arus perdana.. manusia yang kononnya sangat berprinsip.. sedang kita semua tahu.. prinsip ahli-ahli politik hanyalah sehangat tahi ayam..  perinsip konon yang hari ini dan esok boleh dibolak balik sesuka hati.. diolah dengan ayat-ayat manis hanya untuk mereka mengingkari PRINSIP mereka sendiri... jadi kepada ahli-ahli politik yang kononnya sangat bermaruah dan berprinsip.. satu jari tengah untuk prinsip kepala hatok kau.. 
Sudah dikatakan berulang kali.. kerajaan PH tidak boleh menterbalikkan meja hanya dalam tempoh beberapa bulan memerintah.. setelah 61 kita diasuh dan dibelai Barisan Nasional.. dipupuk pemikirannya.. diajar cara mencipta pengaruh dan bermain politik.. adakah dengan menonjolkan kemuliaan hati dan budi seorang anak muda berusia 26 tahun- rakyat Malaysia akan tiba-tiba mengangakan mulut.. terpukau akan karisma seorang budak berlidah pendek..  lalu nanti mencurah-curahlah sokongan dan undian dari ketua-ketua bahagian.. ketua-ketua cawangan ataupun rakyat terbanyak?.. 
Wahai anak muda berlidah pendek dan skuad penjilat yang sangat FAKE.. sedarlah kamu..  kamu kini berada dialam nyata..  bukan angan-angan dan dongengan yang menarik rakyat jelata berbondong-bondong memangkah kamu dikertas undi..  prinsip konon yang sangat FAKE memperbodohkan ahli-ahli yang berhempas pulas menyokong dan berkempen untuk kamu.. supaya kamu boleh berada diatas takhta kuasa dan menikmati gaji berpuluh-puluh ribu .. adakah mereka yang melolong-lolong diatas pentas sehingga hilang suara hanya untuk memastikan kemenangan kamu hanya mengharap pahala tuhan?.. sedangkan kamu bersenang-senang dengan gaji puluhan ribu .. dan mereka.. dapatlah gula-gula hacks hanya mengobat sakit tekak...
Wahai anak muda berlidah pendek; sedarkah kamu bahawa kamu tidaklah seorang diri.. merangkak diatas pentas.. memuji diri sendiri berapi-api sambil memburuk-burukkan pihak lawan.. tidaklah jugak kamu seorang diri meredah malam ataupun hujan lesak menampal poster muka sendiri sambil tersengih-sengih (walaupun fake)..  ye.. kamu tidak seorang diri, sebagai seorang ahli politik -  kamu sangat memerlukan segerombolan manusia yang perlu untuk bersuara lantang memuji-muji kamu.. supaya kamu tidak kelihatan terlalu bodoh memuji diri sendiri untuk meraih undi.. tidak.. rakyat jelata yang akan mengundi kamu.. tapi rakyat jelata itulah jugak yang berada bersama dalam organisasi  yang berusaha mengangkat kamu untuk menjadikan kamu seorang menteri muda berlidah pendek berdiri megah bak seorang laksamana yang kononnya sangat berprinsip.. prinsip tong sampah   yang tidak sangat sesuai untuk diucapkan seorang ketua atau pemimpin yang terlalu perlu untuk balaci-balaci melaung dan melolong akan betapa baiknya seorang anak muda berlidah pendek....
Adakah ketua-ketua bahagian itu sanggup menjual tanah.. melacurkan diri.. menjual jamban hanya untuk berkempen.. menyewa canopy.. menyewa PA sistem untuk memenangkan kamu dan kemudian kamu diangkat menjadi raja menteri termuda dalam sejarah.. sedangkan mereka yang selama ini.. menjual segala-galanya dihina hanya kerana kononnya anda terlalu punya prinsip dan harga diri yang terlalu tinggi walaupun berlidah pendek....
Adakah penat lelah mereka - sehingga bengkak mata kurang tidur.. hilang suara memekik melolong "undilah syed saddiq segaragar"  berbaloi untuk dihina oleh anda yang kononnya terlebih prinsip dan maruah dari mereka - ketua-ketua bahagian..  kamu memang kacang lupakan kulit..

Adakah selama ini BERSATU terlalu banyak duit -sehinggakan balaci-balaci yang memekik melolong ini tidak perlu mengeluarkan duit satu sen pun untuk memenangkan kamu? atau setidak-tidaknya membayar bil klinik mereka kerana hilang suara dan bengkak mata hanya untuk memastikan anda diundi rakyat marhaen?..
Kamu tidak perlu pun berlakun (walaupun ternyata nampak terlalu kaku lakonan).. bahawa parti Bersatu adalah parti dewa-dewa yang terlalu berprinsip dan bermaruah.. budi-budi mereka yang hilang suara dan bengkak mata biarlah allah saja membalasnya.. dan kamu boleh berlepas tangan membiarkan hanya TUHAN menganugerahkan mereka pahala semata-mata..
Kamu sengaja terlupa yang kononnya MALAYSIA BAHARU itu yang umurnya baru beberapa bulan ini akan dimurnikan oleh kamu yang punya lidah sakti.. kamu terlupa yang demokrasi itu memang memerlukan duit ringgit.. kamu terlupa.. orang ramai yang memuji-muji kamu itu memang mengharapkan sesuatu.. agar pengorbanan yang mereka curahkan selama ini tidak dibalas pahala hanya dari tuhan..  kerana kamu juga setelah jadi menteri termuda.. punya gaji puluh-puluh ribu, tidaklah menang dan jadi menteri secara percuma dan hanya mengharap pahala allah semata-mata... kamu menjadi kaya tiba-tiba sedangkan mereka yang memekik melolong bergolok bergadai memenangkan kamu hilang maruah dan harga diri.. tanpa mendapat apa-apa manfaat sedikit pun.. 

Alangkah bodohnya seorang yang beranggapan dirinya seorang ahli politik boleh berjaya seorang diri tanpa perlu dokongan ahli-ahli organisasinya.. yang konon nantinya rakyat jelata boleh terpukau akan karisma seorang anak muda berlidah pendek yang tak berhenti-henti terpaksa berkempen memuji-muji dirinya sendiri.. orang melayu memang tersangat suka dengan manusia yang suka memuji dirinya sendiri..  sudah tidak menjadi rahsia lagi.. atas nama demokrasi - pelobi-pelobi berbayar di Amerika mempergunakan demokrasi untuk meraih keuntungan hanya jika anda mahu berjumpa presidennya..  adakah mereka berdosa dan masuk neraka hanya kerana mengambil duit mengambil kesempatan keatas mereka yang berhajat hanya untuk memperluangkan masa seminit dua bersama Presiden mereka?

Dan akhir sekali.. berbaloikah menyokong kamu silidah pendek.. dan dianugerahkan pahala semata.. sedangkan anda.. menikmati penat lelah mereka dengan dibayar puluhan ribu ringgit sebulan.. menikmati dengan penuh nikmat dan kesyukuran.. dan kamu membalasnya dengan penghinaan yang paling dalam... berbaloikah mereka yang memekik melolong memuji-muji anda agar dipilih menjadi wakil rakyat mereka sehingga hilang suara.. sehingga bengkak mata.. membayar sendiri bil klinik mereka.. tanpa terima kasih.. tanpa balasan.. hanyalah penghinaan yang kononnya prinsip perjuangan yang tersangat mulia itu hanyalah perlu dibalas oleh tuhan.. sedangkan kamu bersemayam penuh gaya disinggahsana.. disimbahi cahaya flash camera dan terlena dibuai hayunan publisiti..  dan bergaji puluhan ribu ringgit... banyak cantikkan muka kamu...

DIPETIK DARI MALAYSIAKINI:
Pada perhimpunan tersebut,  Syed Saddiq membidas perwakilan Wilayah Persekutuan, Mohd Shahni Ismail kerana meminta kontrak dan jawatan kerajaan, yang turut didakwa dijanjikan oleh seorang menteri.



Tidak lama selepas ucapan itu, Naib Presiden Bersatu, Abdul Rashid Abdul Rahman berkata adalah BODOH jika pimpinan Bersatu tidak menggunakan sumber kerajaan untuk kekal berkuasa.

Comments

Popular posts from this blog

AKUAN BERSUMPAH AZILAH BIN HADRI (KES ALTANTUYA)

AKUAN BERSUMPAH Saya, Azilah bin Hadri (No K/P: 1/14055) seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan merupakan seorang banduan akhir di Penjara Kajang dengan sesungguhnya dan sebenarnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-. 1) Saya telah dibicarakan dan disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi satu pertuduhan seperti berikut:- "Bahawa kamu bersama-sama antara jam 10.00 malam 19 Oktober 2006 hingga jam 1.00 pagi 20 Oktober 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja di dalam Daerah Petaling di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, dalam mencapai niat bersama kamu berdua, telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap ALTANTUYA SHAARIIBUU pasport no. E0217865 seorang warganegara Mongolia dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan seksyen 34 Kanun yang sama.” (2) Di akhir perbicaraan, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan huku...

Kisah Bob Lokman.. satu lagi tindakan luarbiasa yang berani

Bob Lokman dan MB Kedah. Siapa yang tidak kenal dengan Bob Lokman, dari pencipta lagu, penulis lirik, pengacara dan pelakon, seorang anak seni yang memang disanjung dan tidak diragui  kehebatannya.  Tetapi itu semua hanya tinggal sejarah, Bob Lokman telah insaf.  Telah insaf tidak menjadi apa-apa kesalahan di Malaysia, boleh dilihat berapa ramai selebriti wanita yang sekejap memakai tudung, sekejap bukak, sekejap insaf, lepas tu tak insaf balik,  memang tidak menajdi kesalahan apa-apa pun, yang menjadi kesalahan tak terampun ialah penyertaan Bob Lokman kedalam kem hijau putih, mengumumkan secara terbuka penyertaan beliau ke dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada 19 Feb yang lepas memang satu tindakan berani mati, tindakan luar biasa dari seorang artis yang selama ini, hidup juangnya bergantung kepada media.

Melayu dan “Tongkat” ajaibnya (Melayu .. jadilah bangsa yang berani)

Masih ingat lagi ketika diawal persaraan Tun Mahathir Mohamad pada Oktober 2003, dengan segala dukacitanya berkata bahawa di berasa amat sedih kerana tidak berjaya mengubah nasib orang-orang Melayu. Dengan segala formulanya selepas Malay Dilemma diterbitkan pada 1970 (11 tahun sebelum beliau dilantik sebagai PM), beliau masih gagal mengubah (membetulkan) orang Melayu. Selepas 52 tahun merdeka, pemerintahan Melayu masih gagal mengubah orang Melayu. Satu Jawapan yang tidak boleh diterima akal. Tun Mahathir dengan beraninya membubarkan DEB yang dimulakan oleh Tun Abdul Razak pada 1971 (selepas peristiwa hitam 13 Mei 1969) dan digantikan oleh Dasar Pembangunan Nasional, 1991 alasannya ialah Melayu terlalu bergantung kepada tongkat.