Kenapa Pas berdemo menentang lanjutan masa pusat hiburan di Melaka, apa bezanya dengan keputusan menarik balik keputusan MB Kedah melarang pusat hiburan beroperasi disepanjang bulan Ramadhan. Sepatutnya Pas mempraktikkan dulu dinegeri yang ditadbirnya, bak kata pepatah, kuman seberang laut nampak, gajah depan mata, tak nampak.
Apabila MB Kedah mengumumkan larangan beroperasi pusat hiburan di Kedah, ramai yang menyokong tindakan beliau, ramai yang menghentam MCA apabila MCA mempertikai keputusan MB Kedah.. apatah lagi bila MCA berkata bahawa pengharaman tersebut bercanggah dengan buku jingga, maka penyokong-penyokong PR menyerang dari segenap arah akan kenyataan MCA. Malah ramai yang mengeshorkan tindakan menutup pintu rundingan berkaitan dengan keputusan pengharaman berkenaan.
Banyak NGO dan PPMM (Persatuan Peguam Muslim Malaysia) menyokong tindakan MB Kedah ini.. tapi apabila keputusan ini dipertikai oleh DAP, MB Kedah seperti terpukau dan setuju untuk berunding dengan pengusaha-pengusaha pusat hiburan terlibat. Akhirnya keputusan pengharaman beroperasi pusat hiburan di bulan Ramadhan ditarik balik, dengan syarat pusat hiburan berkenaan tidak dibenar dikunjung oleh orang Islam. Yang menghairankan mana suara-suara yang menghentam MCA dulu, mengapa mereka tidak menghentam DAP terutamanya Karpal Singh, mengapa nada mereka berubah apabila suara yang sama tetapi dinyatakan oleh DAP, diterima sebaiknya. Mengapa alasan hak-hak bukan islam mesti dijaga, tidak dinyatakan ketika MCA menentang keputusan MB Kedah dulu dan isu yang sama di Melaka?. Mana pendirian penyokong-penyokong PR?. Kalau ini caranya corak pembaharuan demokrasi yang dicanangkan oleh PR sekiranya memerintah negara, apa bezanya dengan BN yang memerintah pada hari ini.
Adakah kerajaan negeri Kedah dapat memastikan bahawa tiada pengunjung Islam mengunjung pusat hiburan berkenaan dibulan Ramadhan yang tidak lama lagi akan mengunjungi kita.. Adakah larangan meminum arak di pusat hiburan di Kedah selama ini dapat dilaksanakan sebaiknya?
Nampaknya sindrom taat membuta tuli telah berjangkit kedalam pentadbiran PR, inikah corak demokrasi yang akan diperbaharui oleh mereka sekiranya menawan Putrajaya nanti.
Seperti kebanyakan tindakan-tindakan PR yang dikritik oleh rakyat, mereka akan segera menyatakan alasan "mengapa UMNO / BN buat boleh, kami buat tidak boleh?" atau menunjukkan bukti-bukti yang UMNO / BN lagi teruk dari yang mereka lakukan. Rakyat memilih PR dan berharap supaya tindakan PR tidak seperti BN.. kalau sama je.. baik pilih BN.. jadi berhati-hatilah, sebelum membuat keputusan.
Jadilah pembangkang yang bijak, bukan pembangkang yang sangat bercita-cita untuk menang pilihanraya dan mentadbir negara.
Comments
Post a Comment