Mutakhir ini segala-galanya berkaitan dengan PRU, apa saja isu, pasti sedar tak sedar kita akan merujuk kepada PRU13 akan datang.
Baru-baru ini Malaysia digempar dengan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai, maka menjerit-jeritlah ahli-ahli politik memberi sedikit publisiti keatas diri sendiri, supaya nanti nama mereka ini tidak tercicir dari senarai calon YB. Tidak kiralah calon bagi pihak mana-mana pun..
| Kena sakat ngan Queen Elizabeth.. tulah cengeng sangat.. hahaha |
Menjerit-jeritlah Politikus-politikus BN, tentang kegagalan perhimpunan Bersih yang kononnya mencecah hanya 6,000 orang (mengikut media-media bajingan aliran utama), walaupun ramai sedar bahawa jumlah melebihi 15,000 orang. Tidak kiralah berapa ramai, yang penting dengan sekatan yang begitu bersungguh-sungguh sehinggakan Kuala Lumpur pada hari itu bolehlah dianggap mati kerana sekatan yang melampau oleh pihak berkuasa, jumlah seramai 15,000 orang itu bolehlah dianggap satu kejayaan dan kenangan manis bagi penganjur dan peserta perhimpunan itu. Apatah lagi, perhimpunan bersih itu dapat juga mencuri perhatian dunia, apabila stesen berita Al-jazeera turut membuat liputan tentang layanan istimewa pihak Polis ketika menangani peserta-peserta perhimpunan. Perhatian juga terus tertumpu dengan perhimpunan aman di beberapa bahagian lain didunia seperti Taiwan, Brisbane, Sydney, Singapura, London dan juga tempat-tempat lain yang mungkin tidak saya ketahui.
Tanpa ada makan percuma dan juga persembahan artis hebat, bersih berjaya mengumpul seramai itu, sedangkan apa juga program kerajaan, semua kakitangan awam dikerah untuk hadir, sediakan pengangkutan percuma.. makan percuma.. hanya untuk dilihat banyaknya sokongan terhadap mereka.. Yang pasti, walaupun diugut dan dilayan "mesra" oleh Polis, mereka masih dapat mengumpul seramai itu.. tahniah untuk mereka yang hidup berpegang pada teguh prinsip dan perjuangan.,,
Menariknya tentang perhimpunan Bersih adalah tuntutan yang diajukan mereka.
Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0
1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.
2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.
3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.
5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.
6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.
7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.
8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor
Sebagai seorang rakyat yang bertamadun, apa masalahnya dengan tuntutan Bersih, semuanya adalah perkara yang baik-baik, yang sepatutnya tidak menjadi masalah bagi SPR dan kerajaan untuk melaksanakannya. Keengganan SPR menyebabkan ramai yang mengganggap bahawa SPR dan kerajaan BN mempunyai muslihat dan menipu selama ini untuk menang dalam pilihanraya. Kerajaan BN juga seperti menyokong atas keengganan SPR dalam hal ini, sedangkan sebagai sebuah entiti suruhanjaya yang mengendalikan Pilihanraya, SPR sepatutnya tidak mesra atau bias kepada mana-mana pihak. Sokongan dan kata sepakat diantara BN dan juga SPR, menunjukkan betapa buruknya demokrasi (terpimpin !) di Malaysia.
Kerajaan BN dengan bersungguh-sungguh menyatakan wujud keadilan dalam Pilihanraya, kerana katanya kalau tidak adil, masakan pembangkang menang 5 negeri pada PRU12 yang lepas, kita masih belum lupa, bagaimana Perlis dan Terengganu boleh terlepas kepada BN.. rumusannya, BN hanya menumpu kepada Terengganu dan Perlis dan tidak menyangka sama sekali yang PR akan menang pada negeri-negeri yang lain.
Saya tertarik dengan tuntutan bersih pada perkara yang pertama, apa yang susah sangat untuk melaksanakan pendaftaran automatik, kalau JPJ dan juga lain-lain Jabatan boleh di link kan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kenapa SPR masih enggan melaksanakannya, malah banyak juga bank yang telah di link kan dengan JPN. Hanya untuk makluman, bapa saya telah meninggal dunia dua tahun lepas, kereta yang ditinggalkannya masih diatas nama arwah bapa, masalahnya saya tidak dapat memperbaharui cukai jalan kerana penama kereta telah meninggal dunia, mengapa JPJ boleh bertindak sepantas itu (kerana menguntungkan, sebab terpaksa membayar ke amanah raya, untuk proses tukar nama, walaupun kereta tu tak sampai pun rm2,000) sedangkan, kalau SPR memenuhi tuntutan bersih untuk membuat pendaftaran automatik, maka banyak pihak yang akan rugi.. agak menghairankan, dalam negara menuju kearah kemajuan teknologi, SPR masih begitu, masih enggan menerima perubahan teknologi. Sudah tentu, keengganan SPR ini mengundang persepsi yang mereka terlalu banyak muslihat.
Sepanjang minggu-minggu dimana kerajaan bersungguh-sungguh berkempen menentang perhimpunan Bersih, adalah sangat menghairankan dimana suara-suara menentang komponen-komponen BN yang lain. Hanya YB-YB dan politikus-politikus Umno saja yang bersungguh-sungguh membela SPR, tidak langsung kedengaran suara dari MCA, MIC dan Gerakan, kemana semangat setiakawan BN apabila Umno dibiar terkontang-kanting oleh rakan-rakan BN mereka? Hanyalah Menteri Kesihatan, Liow Tiong Lai yang terpaksa memberi komen setelah Polis tertembak gas pemedih mata di Hospital Tung Shin, malah beliau juga seperti mendakwa ada pihak yang cuba menarik beliau kepada isu ini, sangatlah meragukan pihak mana yang dimaksudkan.
Ramai juga bangsa-bangsa lain ketika perhimpunan berkenaan, tetapi kenapa MCA, MIC dan Gerakan memilih untuk berdiam diri, adakah mereka juga bersetuju dengan tuntutan bersih, atau mereka mengambil jalan selamat hanya untuk menyelamatkan undi dari kaum yang mereka wakili. Atau anggapan yang paling liar, mereka tahu apa yang berlaku ketika PRU sebelum ini.
Apa yang sangat digeruni oleh Kerajaan adalah ketakutan sekiranya kerajaan BN boleh tumbang selepas demonstrasi, sama seperti berlaku di Mesir dan Libya, dan lagi menggerunkan ketika menjelang PRU13 yang semakin hampir, momentum PR perlu dikekang, mereka tidak boleh ditonjolkan sebagai kuat, jika BN masih lagi mahu menang pilihanraya.. percayalah.. akibat kekangan yang mereka lakukan semakin ramai yang seakan menyampah dan membenci BN, merasakan kerajaan zalim dan tidak adil, satu penilaian rakyat yang hanya akan menyerahkan undi mereka untuk PR. Agak malang kepada kerajaan BN sejak akhir-akhir ini, apa saja tindakan mereka semuanya memakan diri sendiri.
Bersih telah berjaya mencapai matlamatnya.. sangat berjaya..
Comments
Post a Comment