Skip to main content

AKU INSAN NEURAL - BUKAN BERAGAMA PAS/UMNO/DAP/PKR/AMANAH..

LOGO yang akan kekal lama di PUTRAJAYA.


JADILAH KITA RAKYAT MALAYSIA DAN PENGUNDI YANG MENJADIKAN MEREKA (YB) HAMBA ABDI UNTUK BEKERJA MEMAJUKAN NEGARA KITA.. BUKAN HANYA BERBAIK-BAIK SEBELUM PILIHANRAYA.. DAN LUPA DIRI SETELAH MENJADI YB.. SOMBONG DAN BONGKAK, SEDANGKAN TANPA KITA MEMILIH/MENGUNDI  MEREKA - MEREKA MUNGKIN AKAN MATI KELAPARAN ATAU MENJADI PENGEMIS DIJALANAN !!!


Mungkin dari tajuk diatas, ramai yang menyangkakan aku adalah orang BN atau UMNO atau MIC - tidak sama sekali, mungkin jugak aku sanggup untuk menghunus keris jika aku hendak digolongkan dalam kalangan manusia bersongkok tinggi.. (UMNO) itu...


Sememangnya nama aku tetaplah menjadi ahli UMNO, tetapi bagi melayu yang segenerasi dengan aku.. semuanya menjadi ahli UMNO semata-mata kerana mudah untuk mendapatkan biasiswa ataupun mudah untuk memohon kerja kerajaan..  jadi mana ada melayu yang tidak menjadi ahli UMNO - ketika awie wings atau amy search membuat sedikit ceremony ketika menyerahkan borang keahlian UMNO - ia adalah sesuatu yang sangat janggal dan lucu.., aku pun tidak pernah seumur hidup membayar yuran atau pun pergi hadir ke mana-mana mesyurat atau program anjuran UMNO.. tidak pernah sekali pun.. 

Bukanlah niat aku untuk bercerita tentang aku.. aku bukanlah siapa-siapa pun yang penting untuk diambil peduli.. cuma hendak aku memberitahu kepada kalian.. aku bukanlah orang UMNO ataupun orang mana-mana parti politik..

KENAPA AKU MENJADI NEUTRAL


1.  Aku taknak membuang masa bertekak bertaki untuk orang lain menikmati hidup mewah.. 

2.  aku percaya, setiap kerajaan yang memerintah, hendak berbuat baik kepada rakyatnya.. iyalah, kalau tidak nanti, kemungkinan besar untuk tidak dipilih lagi..

3.  aku faham sangat dengan sistem demokrasi negara kita, semua parti politik ditubuhkan untuk menang pilihanraya, sebarang isu atau agenda adalah kosmetik untuk menarik perhatian pengundi memilih mereka..

4.  Ahli politik atau YB atau menteri adalah kerjaya (karier) .. sama aje macam penarik beca atau penoreh getah.. mereka perlu mengatur dan menyusun strategi untuk terus survive, atau untuk sesuap nasik..

5. Mereka perlu tahu sejauh mana sokongan kita kepada mereka.. atau sejauh mana mereka berjaya mempengaruhi kita untuk menyokong mereka.. jadi, amat perlu untuk kita menzahirkan apa/siapa yang kita sokong, supaya senang mereka mengatur langkah dan strategi seterusnya, jadi tidak perlulah mereka mudah-mudah dapat memperbodohkan aku untuk mempercayai mereka.. 


6.  Faham akan peranan pembangkang - adalah untuk mengimbangi kuasa politik pemerintah.. terutama di Parlimen, - check and balance, supaya nanti pemerintah tidak dapat melakukan sewenangnya terhadap kita rakyat Malaysia.

7.  Tahu dan faham, betapa satu undi kita ini, hendaklah ditagih oleh mereka dengan susah-payah.. janganlah kita mudah menggadaikan hak kita hanya kerana duit Br1m ataupun seguni beras..  mereka perlu menyembah kita untuk mereka terus bernafas.. sekarang ni - terbalik.. kita pula pergi menyembah mereka..  masa pilihanraya, bertepuk tampar dengan kita.. dapat angkat sumpah je jadi YB, hidung punyalah tinggi.. berlagak nak mampos - tak sedar sebab kita inilah dia jadik YB - bukan nak berterima kasih.. lagi kerna herdik adalah..

8.  Mungkin ramai antara kita, yang berpesan pada anak-anak.. janganlah jadi ahli politik, itulah pekerjaan mungkin paling hina yang pernah terlintas dibenak kita.. menfitnah, menganiaya orang.. membuka aib orang.. merembat dan mengambil peluang untuk mengayakan diri sendiri - jadi, tak payahlah kalau ada ustadz-ustadz atau ulamak ni nak terlibat politik - mengarut ajelah.. memalukan komuniti islam secara amnya..  -  


9.   Sekarang ini, dimana zaman fitnah berleluasa - tidak ada sesiapa pun boleh mengatakan betul atau salah dengan jelas, semuanya menjadi terlalu sabjektif - segalanya adalah bergantung kepada apa ideologi atau fahaman anda.. lebih tepat lagi, apa pendirian parti politik anda.. orang melayu malaysia sekarang ini beragamakan  PAS/UMNO/DAP/PKR/AMANAH.. cara berfikir dan memberi buah fikiran adalah sangat bergantung kepada kecenderungan ideologi parti politik masing-masing.  Aku sendiri tak mahu untuk digolongkan dikalangan mereka, aku tidak mahu mencampakkan maruah dan kebolehan untuk berfikir.. aku mampu untuk berfikir sendiri tanpa perlu diarah dan dipandu sesiapa - lebih-lebih lagi oleh orang-orang yang akan menagih undi aku untuk periuk nasik mereka.. mereka perlu meminta sedekah undi dari aku..  kenapa perlu mereka mengajar aku untuk berfikir dan bertindak..-  aku tidak terlalu bodoh..







Comments

Popular posts from this blog

AKUAN BERSUMPAH AZILAH BIN HADRI (KES ALTANTUYA)

AKUAN BERSUMPAH Saya, Azilah bin Hadri (No K/P: 1/14055) seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan merupakan seorang banduan akhir di Penjara Kajang dengan sesungguhnya dan sebenarnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-. 1) Saya telah dibicarakan dan disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi satu pertuduhan seperti berikut:- "Bahawa kamu bersama-sama antara jam 10.00 malam 19 Oktober 2006 hingga jam 1.00 pagi 20 Oktober 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja di dalam Daerah Petaling di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, dalam mencapai niat bersama kamu berdua, telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap ALTANTUYA SHAARIIBUU pasport no. E0217865 seorang warganegara Mongolia dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan seksyen 34 Kanun yang sama.” (2) Di akhir perbicaraan, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan huku...

Kisah Bob Lokman.. satu lagi tindakan luarbiasa yang berani

Bob Lokman dan MB Kedah. Siapa yang tidak kenal dengan Bob Lokman, dari pencipta lagu, penulis lirik, pengacara dan pelakon, seorang anak seni yang memang disanjung dan tidak diragui  kehebatannya.  Tetapi itu semua hanya tinggal sejarah, Bob Lokman telah insaf.  Telah insaf tidak menjadi apa-apa kesalahan di Malaysia, boleh dilihat berapa ramai selebriti wanita yang sekejap memakai tudung, sekejap bukak, sekejap insaf, lepas tu tak insaf balik,  memang tidak menajdi kesalahan apa-apa pun, yang menjadi kesalahan tak terampun ialah penyertaan Bob Lokman kedalam kem hijau putih, mengumumkan secara terbuka penyertaan beliau ke dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada 19 Feb yang lepas memang satu tindakan berani mati, tindakan luar biasa dari seorang artis yang selama ini, hidup juangnya bergantung kepada media.

Melayu dan “Tongkat” ajaibnya (Melayu .. jadilah bangsa yang berani)

Masih ingat lagi ketika diawal persaraan Tun Mahathir Mohamad pada Oktober 2003, dengan segala dukacitanya berkata bahawa di berasa amat sedih kerana tidak berjaya mengubah nasib orang-orang Melayu. Dengan segala formulanya selepas Malay Dilemma diterbitkan pada 1970 (11 tahun sebelum beliau dilantik sebagai PM), beliau masih gagal mengubah (membetulkan) orang Melayu. Selepas 52 tahun merdeka, pemerintahan Melayu masih gagal mengubah orang Melayu. Satu Jawapan yang tidak boleh diterima akal. Tun Mahathir dengan beraninya membubarkan DEB yang dimulakan oleh Tun Abdul Razak pada 1971 (selepas peristiwa hitam 13 Mei 1969) dan digantikan oleh Dasar Pembangunan Nasional, 1991 alasannya ialah Melayu terlalu bergantung kepada tongkat.