Skip to main content

PRU14 - harapan rakyat terbanyak

PRN Sarawak baru saja berlangsung pada 7hb Mei yang lepas.. ternyata keputusan PRN Sarawak yang baru ini.. sebenarnya sangat penting bagi parti-parti politik Malaysia... terutama kepada parti pembangkang, untuk memikirkan selama mana lagi jangka hayat mereka.. ataupun setidaknya untuk mempamerkan kepada rakyat Malaysia, bahawa mereka adalah manusia yang punya otak dan akal untuk dirasakan berbaloi untuk diundi/dipilih.  Parti pembangkang yang telah tumbang dan dimalukan teramat sangat di Sarawak - sepatutnya menjadikan PRN Sarawak ini sebagai pengajaran, atau mengabaikannya sama sekali hanya kerana ego dan kebodohan...


Mungkin rata-rata beranggapan, isu 1Mdb akan memberi pukulan maut BN, tapi ternyata dengan isu yang sangat besar ini, BN bolehlah dikatakan menang bergaya.. sangat bergaya dan lebih bergaya...

Berbanding dengan PRN Sarawak 2011, walaupun pertambahan 11 kerusi selepas persempadanan semula,  tapi itu bukanlah alasan untuk menundukkan pembangkang.. rasanya semua tahu kenapa pembangkang boleh dengan mudahnya tumbang.. tapi pengetahuan itu bukanlah untuk mereka yang berada dalam parti politik.. tapi untuk pengetahuan kita rakyat terbanyak.. untuk menangisi akan apa nasib kita - yang semakin terhimpit.. semakin terhina dan semakin malu dengan cara politik yang semakin bodoh dan mengelirukan..

Tarikh pembubaran DUN SArawak : 11 april 2016
Tarikh penamaan calun: 25 april 2016
Tarikh mengundi              7 Mei 2016

Walaupun antara tarikh bubar DUN dan tarikh penamaan calun hampir dekat dua minggu atau empat belas hari.. pembangkang telah gagal sama sekali memanfaatkan masa dan peluang yang ada untuk duduk sama-sama berbincang bagaimana untuk menang.. 

Kalau pada PRN - 2011, ramai yang merasakan BN akan tumbang disarawak kerana rakyat sarawak sudah terlalu menyampah dengan pemerintahan jutawan Taib Mahmud yang menjadi ketua menteri dari 1981 hingga 2014 (33 tahun).. dan akhirnya dilantik terus menjadi yang dipertua negeri sarawak ke-7.. tapi kemenangan tetap juga memihak kepada BN..

Semua tahu ketika 2011, ketika anwar ibrahim masih bebas dan allahyarham nik aziz masih ada.. perlawanan satu lawan satu memberi sedikit keyakinan bahawa nanti pada PRN seterusnya nanti boleh membungkuskan BN di Sarawak selama-lamanya..

Tetapi sayang seribu kali sayang.. kehilangan dua tokoh yaitu anwar ibrahim dan nik aziz sangat memberi kesan kepada pembangkang..  ramai yang akan setuju bahawa Najib akan terus menduduki takhta bukan kerana dia kuat.. tapi kerana pembangkang hancur lebur.. kita  lebih tertanya-tanya sekarang ini:

1.  Selepas Lim Kit Siang, Karpal singh, Nik Aziz, Anwar Ibrahim.. siapa lagi nanti punya aura atau karisma untuk membawa parti pembangkang duduk berbincang semeja bagi menumbangkan UMNO/BN..

2.  Andai nanti bila parti pembangkang memerintah.. (walaupun itu adalah sangat mustahil selagi ada bulan dan bintang), bagaimana mereka nanti akan beragih-agih kuasa..  belum lagi membentuk kerajaan, nampaknya sudah bercakaran.. mereka sepertinya begitu yakin akan kuasa yang akan/bakal mereka perolehi nanti, dan kenikmatan yang akan dikecapi nanti sehinggakan belum apa-apa sudah berangan-angan tidur diatas hamparan emas dan intan permata...

3.  Maklum bahawa kesemua parti pembangkang adalah serpihan daripada UMNO, atau lebih tepat lagi - dibentuk oleh ahli-ahli UMNO yang kecewa akibat tak dapat projek atau kalah bertanding atau tak tercalun..atau dipecat.... jadi tidak hairanlah cara mentadbir dan mengurus politik tidak langsung punya beza sama sekali dengan UMNO - kecuali DAP, mereka semakin dilihat lebih gagah dan lebih konsisten .. jadi apa yang sangat boleh diharapkan dari mereka?  tidak ada apa... mereka semua tidak lebih buruk atau pun tidak lebih baik dari UMNO.. apa kita sanggup menggadaikan ketidak tentuan ini kepada mereka yang dari awal lagi sudah terlalu tamak dengan kuasa.. sudah terlalu mabuk dengan kuasa..



PRK SG BESAR/KUALA KANGSAR - PELUANG KEDUA



Takdir tuhan menentu segala.. tidak ada satu pun didunia ini berlaku secara kebetulan..  semua dalam perancangannNya.. dalam sibuk-sibuk berkempen, helikopter Eurocopter AS350 yang membawa enam VIP terhempas pada 5 Mei 2016, dua hari sebelum hari mengundi PRN Sarawak.. dan dua dari mangsa adalah ahli parlimen Sungai Besar: Datuk Noriah Kasnon dan MP Kuala Kangsar: Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar...

Tidak boleh tidak, PRK mesti diadakan.. dan SPR menetapkan tarikh mengundi pada 18 Jun 2016..  dan tarikh penamaan calun pada 5 Jun.. serentak bagi kedua-dua Parlimen.

Mari kita telaah sikit tarikh-tarikh penting sekitar kejadian tragedi helikopter di sarawak.

Tarikh tragedi : 5 mei 2016
(dua hari)
Tarikh PRN Sarawak: 7 Mei 2016
(29 hari)
Tarikh Penamaan Calun (PRK): 5 Jun 2016
(14 hari)
Tarikh Mengundi PRK : 18 Jun 2016


Sehingga ke hari penamaan calun, pembangkang ada masa lebih sebulan (31 hari)  untuk duduk berbincang untuk mengatur strategi bagaimana untuk merampas kerusi daripada BN.. dan telah  pun bersuara tun Mahathir, orang yang sangat punya pengalaman bersama UMNO.. dia tahu.. selagi undi berpecah 3, BN tidak mungkin akan dapat dikalahkan.. kerana kita mungkin terlupa.. inilah strategi Mahathir ketika dia berkuasa dulu.. mengelakkan atau mencegah pembangkang bergabung dan mewujudkan pertandingan satu lawan satu.. dan strategi inilah yang mengekalkan BN dua pertiga sepanjang pentadbiran Tun Mahathir.. peranan orang-orang dalam, menyebabkan DAP dan PAS tidak pernah sebulu dalam segala hal.. setiap kali menjelang pilihanraya.. UMNO/BN hanya berdiam diri dan bertepuk tangan ketika banyak masa berkempen hanyalah DAP dan PAS saja yang bercakaran.. timbul pulak sekejap Semangat 46.. lagilah bersorak sorai orang UMNO/BN.. - mungkin juga Semangat 46 sebenarnya memang parti politik yang dicipta dan dibiayai UMNO, lihat saja pengasas-pengasasnya.. selepas tumbang Semangat 46..  kebanyakannya menjadi Menteri.. (apa kita buta atau sengaja membutakan mata)



PAS DIPIMPIN OLEH TARZAN HUTAN TERENGGANU

Kita mungkin tidak pernah lupa.. selepas PRU 10: (1999 – 2004), PAS telah berjaya membentuk kerajaan negeri di Terengganu - hanya sepenggal, berbeza sama sekali dengan lain-lain kerajaan negeri (kecuali Perak - isunya lain) - Selangor, Penang dan Kelantan - yang nampak gayanya, amat sukar atau mustahil untuk ditawan semula oleh BN. Terengganu dengan masalah dalaman tak putus-putus antara sesama ahli UMNO - tidak langsung diintai PAS untuk memanipulasi keadaan dan kelebihan di pihak mereka (PAS).   


Ternyata PAS yang dipimpin hadi awang di terengganu adalah kegagalan yang sepatutnya diambil iktibar oleh ahli-ahli PAS sebelum memilih beliau untuk terus mengemudi PAS menggantikan Allahyarham Dato' Fadzil Mohd Noor,  beruntunglah ketika itu - Nik Aziz yang menyandang jawatan Mursyidul Am PAS sedikit sebanyak dapat mengawal halatuju PAS - PAS yang pernah ditipu UMNO pada 1976 akibat undi tidak percaya di Terengganu telah menjadikan Nik Aziz begitu beringat dan berhati-hati untuk menjalinkan kerjasama dengan UMNO,  tetapi selepas ditinggalkan Nik Aziz, Hadi awang, malah anak Nik Aziz sendiri lebih tertarik dan berminat untuk mengintai-ngintai peluang bersama UMNO.  Prinsip dan cara kempimpinan Nik Aziz sepertinya telah pergi bersama beliau..

Kenyataan-kenyataan Hadi awang untuk terus menyokong kepimpinan Najib sangat-sangat tidak boleh diterima akal fikiran rakyat jelata.. kita mungkin faham, dari segi strategi politiknya.. meletakkan terus Najib kekal dikerusi Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri akan memberi kelebihan untuk pembangkang menang bergaya pada PRU 14 akan datang.. kita mungkin faham - andaikata Najib berundur sekarang, tidak mungkin sama sekali pembangkang akan menang.. malah tak keterlaluan jika dikatakan - sekiranya itu berlaku (Najib berundur), pembangkang akan berkubur sama sekali..  inilah saat dan detiknya dimana pembangkang dilihat paling kucar-kacir dan lemah..  tapi apa bezanya, dengan keadaan pembangkang sekarang, apa nanti mereka boleh berkongsi kuasa untuk mentadbir Negara? Tidak mungkin sama sekali…




PAS sendiri menjadi sangat liabiliti kepada pembangkang, semua masalah yang terjadi adalah berpunca dari PAS - Hadi awang dan juak-juaknya.. selepas ditinggalkan Allahyarham Nik Aziz - 12/2/2015, PAS makin hilang arah.. sayang sekali anaknya Nik Abduh tidak ada tokoh langsung untuk memimpin PAS seperti ayahandanya.. gaya kepimpinanan Hadi awang juga seperti seorang pengerusi JKKK,  tidak ada tokoh langsung untuk menjadi seorang presiden sebuah parti politik.. Beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda Syariah dari tahun , di bawah pembiayaan Kerajaan Arab Saudi dengan sokongan daripada Naib Presiden Universiti Islam Madinah ketika itu, Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz. (wikipedia).. tapi tidak langsung mencerminkan seorang yang tinggi pelajarannya..



Strateginya untuk menumbangkan team Mat Sabu dan konco-konconya sangat jelek dan menjijikkan...  selonggok team Mat Sabu ditendang keluar dari kepimpinan PAS, sudah tentu - YB-YB PAS ini sangat perlu untuk risau, kekalahan mereka ketika berebut jawatan dalam PAS sedikit sebanyak akan menipiskan peluang untuk mereka kekal dicalunkan menjadi YB pada PRU seterusnya.  Bukan sekali dua DAP diheret sama ketika Hadi awang berkempen menentang team mat sabu.. DAP telah menjadi kambing hitam yang diburuk-burukkan hadi awang untuk meraih sokongan ahli-ahli PAS menentang mat sabu..


Kebodohan Hadi awang termakan umpan Hudud mainan UMNO sangat-sangatlah menggelikan hati.. orang yang paling bodoh di Malaysia pun sedar akan perkara ini, ternyata PAS termasuk perangkap umno dengan cara yang paling bodoh dan memalukan.. malah untuk mengalih perhatian akan betapa bodohnya Hadi awang, seperti biasa - kambing hitamnya adalah DAP, berseterulah DAP dan PAS hanya kerana Hudud ,sedangkan hudud takkan mungkin terlaksana selagi tiada pindaan keatas perlembagaan malaysia.. dan sehigga ke hari ini.. usul untuk pindaan tidak pernah dibawa ke parlimen.. percayalah, jangan kata untuk dibaca.. untuk dibawa sebagai usul sekalipun takkan dibenarkan pandikar amin.. kerana mereka tahu, jika usul ini benar-benar dibawa ke parlimen - yang akan berpecah teruk adalah komponen BN- jadi kenapa MCA/MIC/Gerakan lebih berdiam diri berbanding dengan DAP? kerana mereka telah lama didiamkan oleh pengerusi BN.. PAS yang dipimpin hadi awang nampaknya dibodoh dan ditipu berkali-kali.. hanyalah orang bangang saja akan ditipu oleh orang yang sama berkali-kali.


2.6 bilions yang katanya telah dipulangkan kembali kepada putera arab mana entah... mungkin dapat sedikit seorang antara hadi awang dan juga mat sabu.. orang yang bertanggungjawab secara total akan keruntuhan pakatan rakyat..  mungkin najib jugak belajar cara-cara mahathir yang mencipta dan membiayai Semangat 46 suatu masa dulu..hanyalah untuk memecahkan undi, sama halnya dengan apa yang berlaku sekarang, pembangkang telah berpecah, mewujudkan perlawanan 3 penjuru..  sama seperti zaman-zaman mahathir dulu.. ketika PAS dan DAP berseteru sesama sendiri.. zaman dimana letak kambing pakai songkok pun UMNO boleh menang..


NAJIB – PRESIDEN UMNO/PM TERHEBAT SEPANJANG SEJARAH

Kita mungkin tertanya-tanya dan sangat hairan, hanyalah presiden UMNO yang seorang ini yang terpalit dengan skandal 1MDB – kenapa orang-orang UMNO sanggup untuk mengorbankan UMNO hanya kerana seorang presidennya, menjerit-jeritlah Tun M dengan skrip yang diulang-ulang akan betapa anak tun razak ini nanti yang akan meruntuhkan UMNO.. semua sudah sedia maklum, bahawa macam mana sekalipun Najib berdalih-dalih – 1MDB tetaplah tanggungjawab najib seorang diri.. hanyalah sia-sia muhyidin yasin dan shafie afdal dibuang dari kabinet hanya kerana duit derma yang tidak diketahui sama sekali oleh orang nombor dua dalam parti...  semua seperti boleh menjangkakan yang nanti UMNO akan berkubur bersama-sama dengan Najib dan penyokong-penyokongnya… kenapa bodoh sangatkah orang-orang umno untuk menyokong najib memusnahkan UMNO..  apakah berbaloi untuk zahid hamidi, hisyamudin, azalina.. keruak.. untuk terus menyokong presiden yang telah hilang kredibiliti sama sekali samada dalam ataupun luar Negara, iya, sangat berbaloi-baloi... sebenarnya sedar ataupun tidak, walaupun memang sudah terang lagi bersuluh akan kaitan Najib dengan skandal 1MDB – yang mana rakyat sudah terlalu muak dan geli untuk terus menyokong Najib – hanyalah solidariti sesama ahli saja yang terus menghidupkan Najib.. haruslah diakui – jasa Najib untuk meruntuhkan pembangkang bukanlah senang-senang untuk dilupakan.. 

Jasa Najib yang satu ini – memusnahkan pakatan pembangkang adalah bakti Najib untuk mereka.. najib telah menyediakan platform yang sangat selesa untuk mereka juga nanti.. samalah dengan  jasa tun Mahathir yang meletakkan pundak kuasa pada tangan seorang perdana menteri.. jasa tun mahathir untuk menjadikan perdana menteri seorang yang sangat berkuasa dan tidak langsung boleh diganggu gugat oleh sesiapa pun hatta oleh agung sekalipun…  pucuk pimpinan UMNO mungkin telah tahu dan sedia maklum strategi najib untuk menghancurkan pakatan pembangkang..  secara peribadi – sangat kagum dengan Najib.. strateginya dalam politik bukan calang-calang orang mampu melaksanakannya.. rakyat boleh berapi-api memaki hamunnya.. tapi percayalah, Najib, UMNO akan lama bertapak diPutrajaya..  undi anda tidak akan langsung memberi kesan kepadanya selagi pembangkang bercakaran sesama sendiri.. – mungkin juga ada ahli-ahli pembangkang pun termasuk dalam senarai penerima agihan 2.6 bil ini.. mungkin.. manalah tahu.. najib boleh diakui memang seorang manusia yang sangat luar biasa pintarnya… dan juga rosmah Mansur.. kita mungkin akan melihatnya lebih lama lagi..

Lalu apalah sangat dengan skandal 1MDB.. itu tidak mengapa dan boleh diabaikan, selagi najib berjaya menyediakan platform yang sangat selesa untuk mereka kekal berkuasa.. setidak-tidaknya menjamin mereka untuk tidak berada dalam penjara.. Najib nanti sekiranya berundur – jasanya menghancurkan pakatan pembangkang akan terus dikenang, sebagai orang yang paling berjasa mengekalkan UMNO/BN diputrajaya.. jasa najib lebih besar dari jasa Tun M dan Pak lah.. yang akan terus diraikan ahli-ahli umno selama-lamanya..  kalau ada yang masih cuba untuk menidakkan ini – PRN Sarawak 2016 baru-baru ini adalah buktinya.. sepatutnya skandal 1MDB ini membenamkan BN disarawak.. tapi tidak, BN menang lebih besar dari sebelum ini.. walaupun sebelum ini tiada isu 1MDB.. BN dan Najib menang bukan kerana mereka kuat.. kerana undi dah berpecah-pecah yang sekaligus memberi kelebihan kepada BN –  dan kerana pembangkang hancur berkecai…

Menjerit-jeritlah Tun M dengan deklarasi rakyatnya.. untuk menjatuhkan najib, tapi dengan keputusan PRN Sarawak, sepatutnya membisukan terus tun m.. berangan-anganlah tun m untuk merayu kepada YDP Agung supaya melucutkan jawatan PM daripada Najib.. apa dia sudah lupa, siapa dulu yang meminda perlembagaan untuk menjadikan Agung hanyalah simbol semata-mata.. tanpa ada apa pun kuasa.. siapa dulu yang menjadikan dirinya raja sebenar-benarnya dibumi malaysia, lebih tinggi dari raja itu sendiri.. dia mungkin tidak akan sama sekali menjadi raja, tapi secara lahiriahnya.. dialah yang menjadikan PM itu raja di Malaysia.. 23 tahun memerintah, Tun M lah orang yang bertanggungjawab untuk meletakkan seorang Perdana Menteri berkuasa dan bertakhta tanpa boleh diganggu gugat.. dosanya pada rakyat malaysia lebih parah dari dosa seteru politiknya Tunku Abdul Rahman yang melepaskan singapura..
  

Keruntuhan Pakatan Rakyat akan terus diratapi rakyat yang tidak menyokong UMNO/BN, sejujurnya siapa lagi yang hendak kita harapkan.. BN yang terus bermaharajalela, dengan lesapnya berbilion ringgit- sedangkan rakyat makin terhimpit dengan bermacam-macam kenaikan harga barang akibat GST - dengan susutnya pendapatan negara akibat kejatuhan harga minyak.. dan nilai RM yang terus-terusan menjunam.. siapa lagi yang kita boleh yakini akan dapat menumbangkan BN..? pernahkah sekalipun, parti-parti politik di Malaysia kita ini, mempertimbangkan kemahuan dan kehendak kita melebihi keiinginan mereka berebutkan putrajaya.. berhentilah untuk digelar wakil rakyat.. kerana YB-YB ini tidak pernah sekalipun mewakili rakyat.. samada mewakili parti politiknya, atau mewakili poketnya sendiri..


Samada pembangkang, mengambil iktibar akan apa yang telah berlaku diSarawak.. atau bodoh terus-terusan bercakaran sesama sendiri..  berangan untuk berebut kuasa yang  sememangnya tidak ada dan tidak mungkin diperolehi.


PRK (Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar) kali ini sangat penting - lebih penting dari PRN Sarawak - sejauh mana pembangkang  - PAS/PKR/DAP/AMANAH dilihat belajar untuk lebih mementingkan pengundi-pengundinya ataupun hanyalah bodoh untuk berebut kuasa sesama sendiri.   

Rakyat sudah mula nampak  kebobrokan mereka, yang mungkin selama hari ini, ditutup selimut-selimut hipokrit, mereka sudah semakin lupa diri yang kelakuan, percakapan mereka diperhatikan dengan penuh teliti oleh rakyat yang nanti akan memilih mereka, maka segala percakapan dan tindakan langsung hanyalah bersekitar tentang parti.. parti.. dan parti.. buat masa sekarang ini, amatlah jelas - itulah persamaan paling jelas sesama parti politik, semacam mereka telah menandatangani MOU- tatacara untuk mereka sama-sama taat dan patuh.. iaitu pergi mampuslah dengan pengundi-pengundi, yang penting adalah solidariti sesama ahli parti - baik UMNO yang sangat terangan-terangan mengharapkan sokongan ahli-ahlinya saja untuk menyokong Presidennya yang bergelumang dengan skandal 1MDB- tidak penting langsung apa pendapat rakyat Malaysia mahupun pendapat antarabangsa - hanyalah perpaduan dalaman parti saja yang lebih penting - seolah-olah hanyalah yang mengundi nanti terdiri dari ahli-ahlinya saja.


Kali ini – rakyat Malaysia telah bersedia untuk menghukum pembangkang.. rakyat Malaysia tidak lagi berdendam kepada Najib.. tetapi  sangat ingin mengajar pembangkang.. pembangkang yang sudah terlalu jelas menipu rakyat Malaysia.. selama ini, kita kononnya diyakinkan dengan perjuangan mereka yang tulus ikhlas atas nama rakyat jelata.. ternyata merekalah penipu besar.. mereka hanyalah menyalak-nyalak memperbodohkan kita untuk mengundi mereka.. sebaliknya mereka hanyalah mementingkan jawatan dan tembolok mereka saja.. mereka campakkan kita ketepi – setelah kita menyokong mereka..  pembangkanglah yang menyebabkan najib terus berkuasa untuk menindas kita..

jika nanti pada PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar mereka masih lagi bercakaran sesama sendiri hanya untuk berebut kerusi – apa yang mereka cuba tontonkan kepada kami adalah – KEBODOHAN DAN KETAMAKAN YANG SANGAT MUTLAK !!! -  (Perjuangan Rakyat adalah dusta semata-mata)














Comments

Popular posts from this blog

AKUAN BERSUMPAH AZILAH BIN HADRI (KES ALTANTUYA)

AKUAN BERSUMPAH Saya, Azilah bin Hadri (No K/P: 1/14055) seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan merupakan seorang banduan akhir di Penjara Kajang dengan sesungguhnya dan sebenarnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-. 1) Saya telah dibicarakan dan disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi satu pertuduhan seperti berikut:- "Bahawa kamu bersama-sama antara jam 10.00 malam 19 Oktober 2006 hingga jam 1.00 pagi 20 Oktober 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja di dalam Daerah Petaling di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, dalam mencapai niat bersama kamu berdua, telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap ALTANTUYA SHAARIIBUU pasport no. E0217865 seorang warganegara Mongolia dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan seksyen 34 Kanun yang sama.” (2) Di akhir perbicaraan, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan huku...

Kisah Bob Lokman.. satu lagi tindakan luarbiasa yang berani

Bob Lokman dan MB Kedah. Siapa yang tidak kenal dengan Bob Lokman, dari pencipta lagu, penulis lirik, pengacara dan pelakon, seorang anak seni yang memang disanjung dan tidak diragui  kehebatannya.  Tetapi itu semua hanya tinggal sejarah, Bob Lokman telah insaf.  Telah insaf tidak menjadi apa-apa kesalahan di Malaysia, boleh dilihat berapa ramai selebriti wanita yang sekejap memakai tudung, sekejap bukak, sekejap insaf, lepas tu tak insaf balik,  memang tidak menajdi kesalahan apa-apa pun, yang menjadi kesalahan tak terampun ialah penyertaan Bob Lokman kedalam kem hijau putih, mengumumkan secara terbuka penyertaan beliau ke dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada 19 Feb yang lepas memang satu tindakan berani mati, tindakan luar biasa dari seorang artis yang selama ini, hidup juangnya bergantung kepada media.

Melayu dan “Tongkat” ajaibnya (Melayu .. jadilah bangsa yang berani)

Masih ingat lagi ketika diawal persaraan Tun Mahathir Mohamad pada Oktober 2003, dengan segala dukacitanya berkata bahawa di berasa amat sedih kerana tidak berjaya mengubah nasib orang-orang Melayu. Dengan segala formulanya selepas Malay Dilemma diterbitkan pada 1970 (11 tahun sebelum beliau dilantik sebagai PM), beliau masih gagal mengubah (membetulkan) orang Melayu. Selepas 52 tahun merdeka, pemerintahan Melayu masih gagal mengubah orang Melayu. Satu Jawapan yang tidak boleh diterima akal. Tun Mahathir dengan beraninya membubarkan DEB yang dimulakan oleh Tun Abdul Razak pada 1971 (selepas peristiwa hitam 13 Mei 1969) dan digantikan oleh Dasar Pembangunan Nasional, 1991 alasannya ialah Melayu terlalu bergantung kepada tongkat.