Cuba menilai dan bertanya, mengapa ada dua orang cerdik berbalah-balah tentang pelantikan orang no satu Perkhidmatan Awam negeri ini? Mengapa tidak salah satu beralah dan menerima bagi kepentingan orang-orang Melayu, bukan yang dipertikaikan itu orang Melayu (Datuk Mohd Khusrin Munawi) dan orang yang mempertikaikannya adalah orang-orang melayu yang disahkan oleh Raja Melayu.Bukan itu isunya, soalnya kepentingan atau ego politik kedua-dua yang memerintah, kerajaan pusat dan kerajaan negeri Selangor. Soalnya siapa yang benar dan siapa yang salah. Kerajaan Pusat betul kerana pelantikannya mengikut perlembagaan Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri juga betul jika mereka tidak setuju. Susah sangat ke dua Pemimpin Melayu ni nak duduk semeja, berbincang atas nama kepentingan rakyat dan juga kepentingan orang-orang Melayu dan mengetepikan sementara ego poltik dan pengaruh-pengaruh peti undi demi kepentingan awam.
Kerajaan pusat pun sepatutnya ketika melantik seorang yang akan menjadi orang no. Satu penjawat awam negeri Selangor mendapatkan pandangan dari Menteri Besarnya, bukankah ini amalan yang biasa sekiranya pelantikan suk melibatkan kerajaan Negeri yang dikuasai BN. Adalah sukar hendak menjalin kerjasama sekiranya tidak seberpendapat dalam banyak hal. Bagaimana SUK itu sendiri dapat mendokong dasar-dasar kerajaan negeri sekiranya beliau lebih cenderung untuk tidak bekerjasama. (penangkapan Dr. Asri dijadikan asas) Sudah sampai masanya kerajaan Pusat memberi kerjasama kepada kerajaan Negeri yang dikuasai oleh PR atas nama politik matang, semangat Federalisme dan atas nama rakyat didahulukan, bukan survival poiltik mereka semata-mata.
Membalas dendam kepada rakyat yang tidak mengundi BN, adalah dosa yang tidak boleh dimaafkan apatah lagi menidakkan hak mereka sebagai warga Malaysia dan hak mereka disegi Perlembagaan. Adakah tidak mengundi BN, menjadi kesalahan yang harus dihukum oleh kerajaan Pusat. Itu belum lagi hukuman yang diberikan kepada MP atau YB-YB dari PR, kerajaan Pusat berniat jahat sekiranya tidak pernah memberikan peruntukan ahli-ahli Parlimen kepada mereka. Kesannya adalah rakyat yang mengundi MP dan YB ini, tempat yang diwakili mereka akan terpinggir dari segi kemajuan dan kemudahan. Kesannya adalah rakyat, tolonglah ajar kami rakyat marhain ini bahawa orang melayu sudah berubah politiknya, bukan ditakuk lama.
MB Selangor seharusnya bijak menangani isu SUK ini, memang diketahui umum bahawa Datuk Khusrin tidak sehaluan dengan kerajaan negeri. Tetapi jika lebih berdiam diri, dan menerima perlantikannya dengan senang hati, moralnya kemenangan sudah berpihak kepadanya, dan jika terbukti bahawa Datuk Khusrin tidak boleh bekerjasama, MB sendiri boleh mengambil tindakan samada tatatertib dan sebagainya. Memang susah bekerja dengan orang yang tidak sehaluan, tapi atas dasar profesionalisme, tidak salah menggadaikan sedikit ego. Pemimpin-pemimpin Melayu seharusnya mengajar rakyat politik Matang, bukan politik Melayu zaman Mahsuri dulu. (yang sinonim dengan hasad dengki, dendam kesumat, adu domba)
Comments
Post a Comment