Skip to main content

1 Malaysia di Selangor

Umpama meludah ke langit, paku dulang paku serpih.. dan apa-apa lagilah.. Kalau PR selalu bercakap tentang semangat federalisme, tentang ketidakadilan pemerintahan Persekutuan atau kerajaan pusat terhadap kerajaan bukan BN.  Seharusnya kerajaan PR di Selangor harus mengkaji semula atau berfikir semula atas apa yang mereka perjuangkan.

Atas apa jua isunya, apakah rasionalnya kerajaan negeri Selangor mengharamkan penggunaan logo Satu Malaysia.   Katanya menjunjung semangat Federalisme, tapi apa yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor bertentangan dengan apa yang mereka perjuangkan.  Apakah untungnya dan apakah ruginya sekiranya Selangor menerima konsep 1 Malaysia.


PR masih berkeras tentang penglibatan Israel dengan konsep 1 Malaysia, apa PR tiada alasan lebih kuat lagi untuk mengatakan bahawa konsep itu ada juga kebaikannya.  Masih ingat lagi ketika 1 Malaysia diperkenalkan, maka berebut-rebutlah YB-YB PR mengatakan bahawa 1 Malaysia mencedok konsep asal Malaysian Malaysia yang digendang DAP, dan akibatnya, penafian selepas penafian terpaksa dilakukan oleh BN, bahawa Satu Malaysia adalah sangat berbeza dengan Malaysian Malaysia. 

Kalau pada awalnya PR menyatakan bahawa Satu Malaysia adalah cedokan dari Malaysian Malaysia maka PR seharusnya bersikap matang dan menerima konsep 1 Malaysia.  Jika PR sendiri menentang keras konsep 1 Malaysia dengan seribu kebobrokannya, apa alasan dan rasionalnya konsep Malaysian Malaysia.
PR sering mengaitkan bahawa konsep satu Malaysia adalah konsep yang dicedok dari Israel, (sebelum ini kononnya dicedok dari Malaysian Malaysia), 1 Malaysia dan 1 Israel, apa salahnya meniru pada satu nama yang sama demi kebaikan.  Jadilah parti pembangkang yang matang.  Nama yang sama, tetapi konsep yang berlainan.   Adakah kita harus membakar kerusi meja, tv hanya kerana kerusi meja, tv ada di Israel.  Adakah kita mesti menutup sekolah sebab di Israel ada sekolah.

Selama hari ini kita dipasak oleh PR bahawa, BN tidak pernah  mengamalkan semangat Federalisme, apa bezanya dengan PR.  Bagaimana isu air di Selangor? Pernah kerajaan negeri Selangor berbincang dengan kerajaan pusat dalam semangat Federalisme.  Apakah tindakan kerajaan-kerajaan negeri pimpinan PR yang melambangkan mereka menjunjung semangat Federalisme??

Dalam persekutuan, PR adalah pembangkang, tetapi kerajaan negeri pimpinan PR, BN adalah pembangkang, semua orang tahu perkara ini.  Parti pembangkang adalah sangat penting dalam mengimbangi kerajaan memerintah dalam konsep check and balance, jika kedua-dua komponen politik hari ini lebih berazam untuk melahirkan satu generasi yang lebih bijak untuk diangkat menjadi satu bangsa yang disegani tamadunnya, mereka seharusnya menukar peranan mereka kepada sebuah entity yang lebih matang.  Parti pembangkang seharusnya membetulkan mana yang salah, menambah mana yang kurang, bukan bersikap prejudis antara satu sama lain sehinggakan tidak ada satu pun malah sebesar hama pun yang betul dipandangan mata sebelah pihak lagi.  Belajarlah menjadi parti Politik yang lebih bijak memenangi hati rakyat.  Rakyat sudah bijak dalam menilai mana yang baik dan mana yang buruk.  Politik tradisi Malaysia sudah tidak diyakini dan dibenci rakyat.  Politik buruk memburuk, politik kebencian yang dijaja parti politik tradisonal semakin tidak mendapat tempat. 

Parti politik sepatutnya memandang  bahawa rakyat Malaysia adalah rakyat yang bijak, bukan rakyat yang bodoh dan senantiasa diperbodohkan mereka.   Adakah rakyat dibawah ini percaya membabi buta dengan laporan berita?, adakah rakyat dibawah ini menelan bulat-bulat berita dari dada akhbar?.. tidak.. rakyat sudah mula dan rajin berfikir.  Rakyat Malaysia bukan lagi bangsa yang bodoh dan mudah diperbodohkan.  Anda politikus-politikus seharusnya sangat berhati-hati dengan kecerdikan kami rakyat marhain ini.

Yang jelas, PR mesti berubah, saya yakin sekiranya PR memerintah, mereka akan sama saja dengan kerajaan sekarang, tidak ada langsung bezanya.  Kalau BN yang mereka bangkang, tetapi mereka pun mengikut jejak  BN yang sama (alasannya BN buat dulu, jadi tak ada masalah kalau PR buat kemudian), apa rasionalnya berkempen untuk membuat perubahan.  Sekiranya mereka masih terus dan masih mengamalkan amalan-amalan songsang lawan mereka.

Comments

Popular posts from this blog

AKUAN BERSUMPAH AZILAH BIN HADRI (KES ALTANTUYA)

AKUAN BERSUMPAH Saya, Azilah bin Hadri (No K/P: 1/14055) seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan merupakan seorang banduan akhir di Penjara Kajang dengan sesungguhnya dan sebenarnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-. 1) Saya telah dibicarakan dan disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi satu pertuduhan seperti berikut:- "Bahawa kamu bersama-sama antara jam 10.00 malam 19 Oktober 2006 hingga jam 1.00 pagi 20 Oktober 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja di dalam Daerah Petaling di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, dalam mencapai niat bersama kamu berdua, telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap ALTANTUYA SHAARIIBUU pasport no. E0217865 seorang warganegara Mongolia dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan seksyen 34 Kanun yang sama.” (2) Di akhir perbicaraan, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan huku...

Kisah Bob Lokman.. satu lagi tindakan luarbiasa yang berani

Bob Lokman dan MB Kedah. Siapa yang tidak kenal dengan Bob Lokman, dari pencipta lagu, penulis lirik, pengacara dan pelakon, seorang anak seni yang memang disanjung dan tidak diragui  kehebatannya.  Tetapi itu semua hanya tinggal sejarah, Bob Lokman telah insaf.  Telah insaf tidak menjadi apa-apa kesalahan di Malaysia, boleh dilihat berapa ramai selebriti wanita yang sekejap memakai tudung, sekejap bukak, sekejap insaf, lepas tu tak insaf balik,  memang tidak menajdi kesalahan apa-apa pun, yang menjadi kesalahan tak terampun ialah penyertaan Bob Lokman kedalam kem hijau putih, mengumumkan secara terbuka penyertaan beliau ke dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada 19 Feb yang lepas memang satu tindakan berani mati, tindakan luar biasa dari seorang artis yang selama ini, hidup juangnya bergantung kepada media.

Melayu dan “Tongkat” ajaibnya (Melayu .. jadilah bangsa yang berani)

Masih ingat lagi ketika diawal persaraan Tun Mahathir Mohamad pada Oktober 2003, dengan segala dukacitanya berkata bahawa di berasa amat sedih kerana tidak berjaya mengubah nasib orang-orang Melayu. Dengan segala formulanya selepas Malay Dilemma diterbitkan pada 1970 (11 tahun sebelum beliau dilantik sebagai PM), beliau masih gagal mengubah (membetulkan) orang Melayu. Selepas 52 tahun merdeka, pemerintahan Melayu masih gagal mengubah orang Melayu. Satu Jawapan yang tidak boleh diterima akal. Tun Mahathir dengan beraninya membubarkan DEB yang dimulakan oleh Tun Abdul Razak pada 1971 (selepas peristiwa hitam 13 Mei 1969) dan digantikan oleh Dasar Pembangunan Nasional, 1991 alasannya ialah Melayu terlalu bergantung kepada tongkat.