Skip to main content

Dr Lo’Lo’ dan statement tidak cerdiknya

Menurut ahli jawatankuasa PAS pusat, Dr Lo'lo' Mohamad Ghazali, beliau pelik apabila Umno cepat menyelar cara pemakaian ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching dalam satu majlis senam robik, namun dalam isu pakaian separuh bogel ala-tarian 'tiger show', Umno seperti tidak peduli.


YB. DR. LO' LO' DATO
HJ. MOHD GHAZALI

"Adalah malang isu YB Teo Nie Ching yang hanya bersenam robik dengan pakaian sukan yang biasa dipakai wanita bukan Islam menjadi berita muka depan Utusan Malaysia, tetapi kemungkaran yang lebih besar seperti ini didiamkan oleh media pro-Umno," katanya yang juga ahli parlimen Titiwangsa.

Apa yang tidak kena dengan kenyataan MP Titiwangsa ini? Terlalu berani? Terlalu tidak bijak?



Sudah dikatakan berkali-kali, sikap membela diri tidak tentu pasal hanya akan membunuh kredibiliti beliau sebagai seorang ahli Politik PR.  Persoalannya adakah cara berpakaian YB Teo Nie Ching ini menjolok mata? Atau isu ini sengaja diperbesarkan (dulu kes masuk Surau.. popular sungguh YB Teo ni).

Masih ingat ketika kecil dulu kalau ayah atau ibu memarahi kita, lantas kita menjawab “alah abang tu boleh”. Sama macam jawapan yang dibagi oleh YB Lo’lo’ ketika ini.  Lebih baik YB Lo’lo’ tidak perlu memberi sebarang komen dari memberi komen seperti diatas.

Apa pakaian YB Teo betul menjolok mata?  tidak , kerana dia bukan seorang Melayu dan bukan seorang Islam, cara ia berpakaian memang langsung tiada cacat celanya sebagai seorang yang bukan Melayu mahupun Islam.  Adakah dia tidak menghormati rumah Ibadat orang Islam? Bagaimana cara menghormatinya, ada sesiapa yang memberi tahu beliau etika berpakaian?
Isunya disini, bukan cara berpakaian YB Teo yang  tidak kena pada majlisnya atau lebih tepat lagi dia tidak sensitive, tidak peka terhadap persekitaran majlis yang dihadirinya (atau sengaja mencari publisiti atau sengaja ingin mencabar) Atau  sepatutnya mempunyai alasan untuk lebih berkompromi bagi menarik lebih ramai penglibatan orang bukan Islam dalam hal-hal yang melibatkan masjid.

Isunya disini adalah cara memberi statement YB Dr. Lo’lo sepatutnya lebih matang apatah lagi bagi seorang YB dan seorang DR. Bukan seperti anak-anak yang bila dimarah dan menjawab  “alah.. abang tu boleh pulak”  walaupun isu berpakaian YB Teo tidaklah sesalah mana pun cuma cara kenyataan YB Dr Lo’lo sangat mendengkelkan seumpamanya “kalau anda buat salah apa salahnya kami pun buat”

Comments

Popular posts from this blog

AKUAN BERSUMPAH AZILAH BIN HADRI (KES ALTANTUYA)

AKUAN BERSUMPAH Saya, Azilah bin Hadri (No K/P: 1/14055) seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan merupakan seorang banduan akhir di Penjara Kajang dengan sesungguhnya dan sebenarnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-. 1) Saya telah dibicarakan dan disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi satu pertuduhan seperti berikut:- "Bahawa kamu bersama-sama antara jam 10.00 malam 19 Oktober 2006 hingga jam 1.00 pagi 20 Oktober 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja di dalam Daerah Petaling di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, dalam mencapai niat bersama kamu berdua, telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap ALTANTUYA SHAARIIBUU pasport no. E0217865 seorang warganegara Mongolia dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan seksyen 34 Kanun yang sama.” (2) Di akhir perbicaraan, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan huku...

Kisah Bob Lokman.. satu lagi tindakan luarbiasa yang berani

Bob Lokman dan MB Kedah. Siapa yang tidak kenal dengan Bob Lokman, dari pencipta lagu, penulis lirik, pengacara dan pelakon, seorang anak seni yang memang disanjung dan tidak diragui  kehebatannya.  Tetapi itu semua hanya tinggal sejarah, Bob Lokman telah insaf.  Telah insaf tidak menjadi apa-apa kesalahan di Malaysia, boleh dilihat berapa ramai selebriti wanita yang sekejap memakai tudung, sekejap bukak, sekejap insaf, lepas tu tak insaf balik,  memang tidak menajdi kesalahan apa-apa pun, yang menjadi kesalahan tak terampun ialah penyertaan Bob Lokman kedalam kem hijau putih, mengumumkan secara terbuka penyertaan beliau ke dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada 19 Feb yang lepas memang satu tindakan berani mati, tindakan luar biasa dari seorang artis yang selama ini, hidup juangnya bergantung kepada media.

Melayu dan “Tongkat” ajaibnya (Melayu .. jadilah bangsa yang berani)

Masih ingat lagi ketika diawal persaraan Tun Mahathir Mohamad pada Oktober 2003, dengan segala dukacitanya berkata bahawa di berasa amat sedih kerana tidak berjaya mengubah nasib orang-orang Melayu. Dengan segala formulanya selepas Malay Dilemma diterbitkan pada 1970 (11 tahun sebelum beliau dilantik sebagai PM), beliau masih gagal mengubah (membetulkan) orang Melayu. Selepas 52 tahun merdeka, pemerintahan Melayu masih gagal mengubah orang Melayu. Satu Jawapan yang tidak boleh diterima akal. Tun Mahathir dengan beraninya membubarkan DEB yang dimulakan oleh Tun Abdul Razak pada 1971 (selepas peristiwa hitam 13 Mei 1969) dan digantikan oleh Dasar Pembangunan Nasional, 1991 alasannya ialah Melayu terlalu bergantung kepada tongkat.