Skip to main content

Satu Malaysia Satu Metafora.

Saban hari, kita dihentak-hentak dengan konsep satu Malaysia, yang sering di pertikai oleh pihak lawan, konsep yang meniru Yahudi katanya, apa salahnya, meniru jika ia suatu yang baik, tidak ada salahnya.. Apa demokrasi kita tidak pernah meniru sesiapa.  Apa system pengasingan kuasa yang diamalkan hasil ciptaan kita sendiri.

Tapi itu bukan masalahnya, meniru atau tidak,  yang penting, konsep dan dasar itu mestilah realistic, tidak setakat untuk memenangi hati rakyat untuk menang pilihanraya.


Konvensyen BN dulu menyaksikan komponen-komponen BN (bukan Melayu) sendiri menyangsikan konsep ketuanan Melayu, yang kata mereka adalah bercanggah dengan konsep satu Malaysia. Apa benar dakwaan mereka.  Mereka seharusnya bersikap lebih telus dan jujur dalam membicarakan perkara ini, berdolak dalik dalam menjawab isu lagi menyusutkan keadaan.  Soalannya mudah, apa bangsa Melayu begitu mudah melepaskan hak-hak keistimewaan yang telah mereka pegang sedari merdeka. Perlembagaan sendiri hanya menyebut perkataan Melayu dari bangsa lain.  Adakah Perlembagaan sendiri mendokong konsep satu Malaysia?

Apa UMNO yang sentiasa berjuang untuk orang-orang Melayu sendiri boleh memberi jawapan yang tulus ikhlas, bagaimana konsep satu Malaysia dan ketuanan Melayu boleh berjalan serentak. Apa UMNO yang menjadi Pejuang Melayu tegar boleh bertolakansur dalam menjayakan konsep satu Malaysia. Konsep satu Malaysia sendiri sebenarnya seumpama menyerah kalah sebelum bertempur. 

52 tahun merdeka, dengan setiap presiden UMNO menjadi Perdana Menteri Malaysia, setiap Bandaraya, Bandar, Pekan, Kota di Malaysia telah dijarah oleh bangsa bukan Melayu (kecuali Kelantan).  Bagaimana Penang sendiri telah menjadi sebuah Pulau bukan Melayu.  Bagaimana beraninya pemerintahan UMNO memperjuangkan konsep satu Malaysia, sedangkan orang-orang Melayu masih mengemis di pinggir-pinggir Kota, masih kais pagi, makan pagi.  Masih mendiami luar Bandar.  Beraninya UMNO berbicara tentang satu Malaysia sedangkan Melayu masih duduk tidak sama rendah, berdiri tidak sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain.  Beraninya mereka mempertahankan satu Malaysia sedangkan dalam masa yang sama menyalak tentang ketuanan Melayu. Memang sangat mengelirukan, terutama kepada orang-orang Melayu. Tak mengapa, kerana Melayu mudah lupa, Melayu bukan bangsa penderhaka, mereka tau bersyukur dan mereka mesti mengenang budi. Buatlah apa pun, telanjangilah mereka.. buangkan maruah mereka kelaut.. tidak mengapa.

Apa yang sebenarnya UMNO pejuangkan?? Melayu, satu Malaysia atau peti undi bangsa bukan Melayu. Jawapan biarlah tulus dan ikhlas.  Atau UMNO hanyalah barua bangsa-bangsa lain di Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

AKUAN BERSUMPAH AZILAH BIN HADRI (KES ALTANTUYA)

AKUAN BERSUMPAH Saya, Azilah bin Hadri (No K/P: 1/14055) seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan merupakan seorang banduan akhir di Penjara Kajang dengan sesungguhnya dan sebenarnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-. 1) Saya telah dibicarakan dan disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi satu pertuduhan seperti berikut:- "Bahawa kamu bersama-sama antara jam 10.00 malam 19 Oktober 2006 hingga jam 1.00 pagi 20 Oktober 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja di dalam Daerah Petaling di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, dalam mencapai niat bersama kamu berdua, telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap ALTANTUYA SHAARIIBUU pasport no. E0217865 seorang warganegara Mongolia dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan seksyen 34 Kanun yang sama.” (2) Di akhir perbicaraan, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan huku...

Kisah Bob Lokman.. satu lagi tindakan luarbiasa yang berani

Bob Lokman dan MB Kedah. Siapa yang tidak kenal dengan Bob Lokman, dari pencipta lagu, penulis lirik, pengacara dan pelakon, seorang anak seni yang memang disanjung dan tidak diragui  kehebatannya.  Tetapi itu semua hanya tinggal sejarah, Bob Lokman telah insaf.  Telah insaf tidak menjadi apa-apa kesalahan di Malaysia, boleh dilihat berapa ramai selebriti wanita yang sekejap memakai tudung, sekejap bukak, sekejap insaf, lepas tu tak insaf balik,  memang tidak menajdi kesalahan apa-apa pun, yang menjadi kesalahan tak terampun ialah penyertaan Bob Lokman kedalam kem hijau putih, mengumumkan secara terbuka penyertaan beliau ke dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada 19 Feb yang lepas memang satu tindakan berani mati, tindakan luar biasa dari seorang artis yang selama ini, hidup juangnya bergantung kepada media.

Melayu dan “Tongkat” ajaibnya (Melayu .. jadilah bangsa yang berani)

Masih ingat lagi ketika diawal persaraan Tun Mahathir Mohamad pada Oktober 2003, dengan segala dukacitanya berkata bahawa di berasa amat sedih kerana tidak berjaya mengubah nasib orang-orang Melayu. Dengan segala formulanya selepas Malay Dilemma diterbitkan pada 1970 (11 tahun sebelum beliau dilantik sebagai PM), beliau masih gagal mengubah (membetulkan) orang Melayu. Selepas 52 tahun merdeka, pemerintahan Melayu masih gagal mengubah orang Melayu. Satu Jawapan yang tidak boleh diterima akal. Tun Mahathir dengan beraninya membubarkan DEB yang dimulakan oleh Tun Abdul Razak pada 1971 (selepas peristiwa hitam 13 Mei 1969) dan digantikan oleh Dasar Pembangunan Nasional, 1991 alasannya ialah Melayu terlalu bergantung kepada tongkat.