Skip to main content

Menjadi Pembangkang Yang Berfungsi dan Dihormati

Menjadi pembangkang di Malaysia adalah satu tugas yang sangat mencabar dan memeritkan, pembangkang dalam sistem demokrasi sangat diperlukan agar menjadi satu agen check and balance terhadap sistem, dasar , pengurusan kewangan dan segalanya yang dilaksanakan oleh kerajaan yang memerintah.  Pembangkang yang kuat dan berfungsi dengan baik setidak-tidaknya akan menjamin tidak akan berlakunya penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan yang memegang kuasa.

Dalam suasana politik di Malaysia, pembangkang nampaknya tidak menjalankan tugas sebagai pembangkang dengan begitu baik, samada diberi tekanan oleh kerajaan yang memerintah ataupun kesilapan yang mereka sendiri lakukan.  

Seperti mana-mana parti politik yang ditubuhkan di Malaysia, ia ditubuhkan bukan untuk menjadi pembangkang,  sebaliknya ia ditubuhkan untuk berkuasa.  Pembangkang di Malaysia yang hilang fungsinya sebagai pembangkang tetapi terus berjuang untuk memegang tampuk pemerintahan negara.  Tugas-tugas sebagai pembangkang tidak dapat diseimbangkan antara mejadi pembangkang atau kemaruk berjuang supaya akhirnya dapat berkuasa.


Tidak hairanlah mengapa pembangkang diberi tekanan yang hebat oleh kerajaan, kerana isu-isu yang dibangkitkan oleh pembangkang bukan sebagai check and balance tindak-tanduk kerajaan memerintah, sebaliknya hanya untuk menunjukkan kelemahan pemerintah, dalam kata lain hanya untuk menumbangkan kerajaan sedia ada agar nantinya akan dapat mempengaruhi pengundi agar mengundi mereka di pilihanraya seterusnya.  Tindak tanduk pembangkang yang tidak pernah setuju dengan dasar kerajaan di perlihat sebagai tidak ikhlas dalam memainkan peranan sebagai pembangkang.

Pembangkang tidak pernah bersetuju dengan kerajaan yang memerintah  (kecuali isu-isu antarabangsa seperti Israel dan sebagainya),  sehingga apa yang mereka bangkangkan tidak ada nilai langsung.   Sebagai pembangkang,  bangkangan mereka dilihat tidak ikhlas, tidak jujur, sebaliknya mereka dilihat terlalu berusaha untuk merampas kuasa.  Pembangkang seharusnya bertindak bijak, sesekali isu yang diketengahkan menjadi isu yang benar-benar isu yang dapat menyelamatkan negara, bukan sekadar isu picisan yang hanya bertujuan meraih undi dari rakyat jelata, atau isu yang dilihat berniat jahat hanya untuk menumbangkan kerajaan.  Apa salahnya sesekali, pembangkang di Malaysia memuji atau bersetuju dengan tindakan atau dasar-dasar kerajaan memerintah.  Hanya sesekali pembangkang membangkitkan isu-isu yang besar yang dilihat dapat menyelamatkan negara, bukannya sepanjang tahun kerjanya mengkritik kerajaan.  

Oleh kerana, tindakan pembangkang yang tidak dilihat  bijak oleh rakyat jelata, apa sahaja isu yang dibangkitkan oleh mereka, tidak ada nilainya, berita-berita atau isu-isu itu tidak langsung mendapat perhatian atau berkesan dihati rakyat jelata.  Adalah mustahil tidak ada satu tindakan, dasar atau sistem pun yang  dilakukan oleh kerajaan memerintah memberi manfaat kepada rakyat dan negara.  Pembangkang akan dilihat lebih cerdik sekiranya sesekali pujian  dapat dizahirkan oleh mereka terhadap kerajaan memerintah atau setidak-tidaknya sesekali bersetuju dan memberi sokongan terhadap perlaksanaan sesuatu dasar kerajaan yang memunafaatkan rakyat.  Bukannya menghentam membabi buta.

Dalam persekitaran politik moden, parti-parti politik dilihat jelik sekiranya bertungkus lumus menunjukkan kebaikan diri sendiri, bersusah payah membongkar kelemahan parti lawan, tindak tanduk kuno yang hanya menganggap bahawa kami rakyat marhain adalah insan-insan bodoh yang tidak tahu berfikir.   Tindakan mereka sangatlah menghina sebenarnya, mereka terlupa pemikiran kami telah berkembang, bukannya sama seperti zaman sebelum merdeka.  Hanya permainan politik sempit mereka sahaja yang tidak pernah berubah.



Comments

  1. cuba bagi contoh dasar luar kerajaan yg dikritik pembangkang

    ReplyDelete
  2. Pembangkang tidak pernah bersetuju dengan kerajaan yang memerintah (kecuali isu-isu antarabangsa seperti Israel dan sebagainya), sehingga apa yang mereka bangkangkan tidak ada nilai langsung. Sebagai pembangkang, bangkangan mereka dilihat tidak ikhlas, tidak jujur,
    (perenggan 5)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

AKUAN BERSUMPAH AZILAH BIN HADRI (KES ALTANTUYA)

AKUAN BERSUMPAH Saya, Azilah bin Hadri (No K/P: 1/14055) seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan merupakan seorang banduan akhir di Penjara Kajang dengan sesungguhnya dan sebenarnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-. 1) Saya telah dibicarakan dan disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi satu pertuduhan seperti berikut:- "Bahawa kamu bersama-sama antara jam 10.00 malam 19 Oktober 2006 hingga jam 1.00 pagi 20 Oktober 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja di dalam Daerah Petaling di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, dalam mencapai niat bersama kamu berdua, telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap ALTANTUYA SHAARIIBUU pasport no. E0217865 seorang warganegara Mongolia dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan seksyen 34 Kanun yang sama.” (2) Di akhir perbicaraan, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan huku...

Kisah Bob Lokman.. satu lagi tindakan luarbiasa yang berani

Bob Lokman dan MB Kedah. Siapa yang tidak kenal dengan Bob Lokman, dari pencipta lagu, penulis lirik, pengacara dan pelakon, seorang anak seni yang memang disanjung dan tidak diragui  kehebatannya.  Tetapi itu semua hanya tinggal sejarah, Bob Lokman telah insaf.  Telah insaf tidak menjadi apa-apa kesalahan di Malaysia, boleh dilihat berapa ramai selebriti wanita yang sekejap memakai tudung, sekejap bukak, sekejap insaf, lepas tu tak insaf balik,  memang tidak menajdi kesalahan apa-apa pun, yang menjadi kesalahan tak terampun ialah penyertaan Bob Lokman kedalam kem hijau putih, mengumumkan secara terbuka penyertaan beliau ke dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada 19 Feb yang lepas memang satu tindakan berani mati, tindakan luar biasa dari seorang artis yang selama ini, hidup juangnya bergantung kepada media.

Melayu dan “Tongkat” ajaibnya (Melayu .. jadilah bangsa yang berani)

Masih ingat lagi ketika diawal persaraan Tun Mahathir Mohamad pada Oktober 2003, dengan segala dukacitanya berkata bahawa di berasa amat sedih kerana tidak berjaya mengubah nasib orang-orang Melayu. Dengan segala formulanya selepas Malay Dilemma diterbitkan pada 1970 (11 tahun sebelum beliau dilantik sebagai PM), beliau masih gagal mengubah (membetulkan) orang Melayu. Selepas 52 tahun merdeka, pemerintahan Melayu masih gagal mengubah orang Melayu. Satu Jawapan yang tidak boleh diterima akal. Tun Mahathir dengan beraninya membubarkan DEB yang dimulakan oleh Tun Abdul Razak pada 1971 (selepas peristiwa hitam 13 Mei 1969) dan digantikan oleh Dasar Pembangunan Nasional, 1991 alasannya ialah Melayu terlalu bergantung kepada tongkat.