Skip to main content

Membangkang dan Memerintah, dimana bezanya?


Selepas tidak lagi berkuasa 2/3 di Parlimen dan selepas hampir 3 tahun BN hilang kuasa di 5 negeri : Kelantan, Kedah, Selangor, Penang dan Perak (tapi dapat kembali dirampas  pada Februari 2009), apa yang diharapkan BN berubah dan memperbaharui pendekatan-pendekatan yang dilakukan bagi memenangi semula hari rakyat marhain.

Bila dikatakan BN perlu berubah, yang dimaksudkan lebih dari hanya menggubal dasar-dasar recycle kerajaan, tetapi lebih dari itu.  Tidak Nampak BN bersungguh-sungguh membuat Post Mortem akan kekalahan tragis Mac 2008.  Adalah seharusnya sebuah jawatankuasa yang terdiri dari bukan kalangan dari Politician membuat kajian terperinci akan punca-punca kekalahan dan kesan-kesan pembaharuan.  Bukan melantik perunding antarabangsa seperti Apco atau kalangan ahli-ahli politik yang hanya pandai menyembah dan mengampu mereka.  Sendiri patut mengakui bahawa telinga-telinga mereka hanya hendak disuap dengan berita-berita yang menyedapkan halua telinga.  Seperti fakta ekonomi yang sangat sedap didengar, tetapi hakikatnyanya, rakyat marhain semakin terhimpit dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.


Tidak dinafikan bahawa, kekalahan di 5 negeri meletakkan BN sebagai pembangkang di negeri-negeri tersebut, tetapi peranan Pusat sepertinya mengambil alih peranan-peranan pembangkang kerajaan negeri. Peranan parti pembangkang dalam sistem demokrasi sangat penting kerana mereka dapat bertindak bagi `memeriksa' kerajaan dalam tindakan-tindakannya. (check and balance), sebaliknya demokrasi yang telah dibudayakan oleh kerajaan pada hari ini meletakkan pembangkang kepada satu entity yang merbahaya, samada dari segi pengaruh, mahupun tindakannya.   Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri pernah berkata, pembangkang boleh menjadi `cermin' kepada kerajaan bagi menilai sama ada tindakan kerajaan itu memberi manfaat atau keburukan kepada rakyat dan negara.

Memberi sedikit kegerunan selepas kecundangnya Parti Demokratik Liberal (LDP) di Jepun pada 30 Ogos 2009 yang memerintah dari 1955 (kecuali tempoh singkat dari 1993 hingga 1994 – 11 bulan), seharusnya diambil sebagai iktibar oleh kerajaan Malaysia untuk melakukan perubahan.  Begitu juga dengan tumbangnya pemerintahan Ben Ali selepas 23 tahun mentadbir.  Rakyat disemua Negara di dunia, telah dan ingin melakukan transformasi, dan mereka juga sangat dahagakan keterbukaan dan meminta agar mereka lebih dihormati pemerintah.  Pemerintah yang masih lagi leka dengan corak pemerintahan lama dan sangat tradisional tidak lagi mendapat tempat.  Tidak keterlaluan jika dikatakan YB-YB Umno masih mengamalkan politik lapuk dalam memenangi hati rakyat marhain, mereka masih leka diampu dan disembah oleh orang-orang disekelilingnya dan telinga mereka masih dahagakan berita-berita yang menyenangkan perut mereka.  Penyampai berita yang memberitakan berita tidak senang adalah pendusta dan penfitnah.  Akibatnya info yang salah telah menghukum mereka pada Mac 2008 dan masih tidak belajar.

Sebagai sebuah Negara yang hampir sempurna prasaranya (kecuali luar Bandar), apa yang rakyat harapkan bukan lagi sekolah, jambatan ataupun Bandar baru, sebaliknya ketenangan dalam menikmati kehidupan, kemakmuran ekonomi dan juga kebebasan.  Sebagai manusia yang mohon dihormati maruahnya, merasuah dengan lambakan projek hanya ketika menjelangnya Pilihanraya dianggap sangat hina.  Mereka yang berpendidikan dan bermaruah akan mengungkit-ungkit bahawa, kerajaan hanya merasuah mereka hanya kerana berkehendakkan undi mereka, selepas menang atau kalah, mereka tidak akan dipedulikan lagi.  Maruah mereka hanya bernilai satu undi bagi pemerintah.  Mendendami rakyat yang tidak mengundi mereka juga dianggap sebagai keterlaluan.  Mereka tidak perlu kerajaan yang secara tidaklangsungnya merendahkan maruah mereka.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

AKUAN BERSUMPAH AZILAH BIN HADRI (KES ALTANTUYA)

AKUAN BERSUMPAH Saya, Azilah bin Hadri (No K/P: 1/14055) seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan merupakan seorang banduan akhir di Penjara Kajang dengan sesungguhnya dan sebenarnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-. 1) Saya telah dibicarakan dan disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi satu pertuduhan seperti berikut:- "Bahawa kamu bersama-sama antara jam 10.00 malam 19 Oktober 2006 hingga jam 1.00 pagi 20 Oktober 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja di dalam Daerah Petaling di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, dalam mencapai niat bersama kamu berdua, telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap ALTANTUYA SHAARIIBUU pasport no. E0217865 seorang warganegara Mongolia dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan seksyen 34 Kanun yang sama.” (2) Di akhir perbicaraan, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan huku...

Kisah Bob Lokman.. satu lagi tindakan luarbiasa yang berani

Bob Lokman dan MB Kedah. Siapa yang tidak kenal dengan Bob Lokman, dari pencipta lagu, penulis lirik, pengacara dan pelakon, seorang anak seni yang memang disanjung dan tidak diragui  kehebatannya.  Tetapi itu semua hanya tinggal sejarah, Bob Lokman telah insaf.  Telah insaf tidak menjadi apa-apa kesalahan di Malaysia, boleh dilihat berapa ramai selebriti wanita yang sekejap memakai tudung, sekejap bukak, sekejap insaf, lepas tu tak insaf balik,  memang tidak menajdi kesalahan apa-apa pun, yang menjadi kesalahan tak terampun ialah penyertaan Bob Lokman kedalam kem hijau putih, mengumumkan secara terbuka penyertaan beliau ke dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada 19 Feb yang lepas memang satu tindakan berani mati, tindakan luar biasa dari seorang artis yang selama ini, hidup juangnya bergantung kepada media.

Melayu dan “Tongkat” ajaibnya (Melayu .. jadilah bangsa yang berani)

Masih ingat lagi ketika diawal persaraan Tun Mahathir Mohamad pada Oktober 2003, dengan segala dukacitanya berkata bahawa di berasa amat sedih kerana tidak berjaya mengubah nasib orang-orang Melayu. Dengan segala formulanya selepas Malay Dilemma diterbitkan pada 1970 (11 tahun sebelum beliau dilantik sebagai PM), beliau masih gagal mengubah (membetulkan) orang Melayu. Selepas 52 tahun merdeka, pemerintahan Melayu masih gagal mengubah orang Melayu. Satu Jawapan yang tidak boleh diterima akal. Tun Mahathir dengan beraninya membubarkan DEB yang dimulakan oleh Tun Abdul Razak pada 1971 (selepas peristiwa hitam 13 Mei 1969) dan digantikan oleh Dasar Pembangunan Nasional, 1991 alasannya ialah Melayu terlalu bergantung kepada tongkat.