Skip to main content

Video seks Datuk Sri Anwar Ibrahim

Politik Malaysia makin haru-biru setiap kali adanya Pilihanraya, maka bermacam berita sensasi akan menjadi mainan bagi merebut undi.  Paling mengharukan bila ia melibatkan bangsa yang kononnya tinggi tatatusilanya, tinggi adab dan sopannya, semua terhalal atas nama demokrasi.  Hanya untuk meraih sokongan dan undi, kita yang sering menyalak dan melaung sebagai bangsa melayu yang kononnya terlalu agung tatatusilanya, mengenepikan sekejap ciri-ciri melayunya, hanya untuk memastikan perut kita tidak kebulur esok hari.  Apa bezanya menjadi pelacur dan menjadi ahli politik yang mengenepikan soal-soal moral, hukum hakam agama hanya untuk memastikan perut-perut yang perlu diisi tidak kebulur.

Sekadar merenung kembali, banyak kisah dan sejarah yang boleh diteladani tentang  bagaimana keruntuhan bangsa melayu ini berpunca dari perbalahan bangsa melayu itu sendiri. Dari runtuhnya empayar Melaka, kisah Mahsuri, Hang Tuah, Singapura dilanggar Todak, sejarah Pulau Pinang dan banyak lagi, yang hanya menceritakan tentang tidak bersatu padunya orang-orang Melayu. (Melayu bersatu tidak semestinya atas nama UMNO)  Selepas beratus tahun, cerita bodoh tentang perebutan kuasa orang Melayu, kisah hasad dengki orang Melayu masih begitu.  Betapa hinanya menjadi Melayu.

Bangsa Melayu Malaysia adalah satu-satunya bangsa didunia, yang menganut satu agama, iaitu Islam, maka sepatutnya senang bila bicara tentang perpaduan, menyembah tuhan yang sama, mempercayai dan memegang hukum yang sama.  Tetapi tidak, kerana bangsa Melayu memang telah ditakdirkan mungkin, menjadi satu bangsa yang sangat celaka dan hina sampai bila-bila.  Bila berbicara tentang kuasa dan hak, bangsa Melayu tidak pernah berkompromi sesama bangsa Melayu, sebaliknya lebih lembut dan akan menyerahkan apa saja jika pertelagahan atau pertelingkahan  dengan bangsa bukan Melayu.  Lihat saja, bagaimana bodohnya pemimpin-pemimpin dahulu membuat perjanjian dan persetujuan dengan penjajah yang mana tindakan celaka mereka memberi kesan  sehingga ke hari ini.  Seperti nenek moyang bangsa Melayu ini, mereka tidak pernah memikirkan akan kesan tindakan mereka kepada generasi akan datang, sebaliknya mereka hanya memikirkan perut mereka pada ketika itu, dan akhirnya bangsa Melayu hanya akan merempat di bumi sendiri.  

Berbalik pada kisah Video lucah Anwar Ibrahim, yang menjadi persoalan bukanlah benar atau tidak pelakonnya adalah Anwar Ibrahim, sebaliknya tentang sifat celaka seorang Melayu yang sanggup memanggil pemberita, dan membuat tayangan filem porno percuma di Carcosa hanya untuk meruntuhkan kredibilit seorang Melayu lain. Datuk T ?, jika ia seorang di pihak benar kerana menuduh seorang manusia lain yang jelas identitinya, ia juga harus mendedahkan identitinya dengan jelas.  Atas dasar bertanggungjawab terhadap berita yang disampaikan, beliau seharusnya berani mendedahkan siapa dirinya sebagaimana beraninya dia mengaibkan seseorang.  Sepatutnya jika berita ini benar, ia bukanlah menjadi ugutan untuk mengarahkan DS Anwar Ibrahim berundur dari dunia politik.

Menjadi Melayu yang sememangnya beragama Islam, hendaknya mereka yang terlalu sibuk berpolitik merenung sekejap ayat-ayat Quran dibawah, marilah kita bertanya kepada diri sendiri, apa atas alasan demokrasi, menghalalkan tindakan yang keterlaluan dan menghina individu lain.  Islam tidak pernah sehina itu, hanya Melayu begitu dan akan tetap begitu selamanya..


Al-Hujuraat ayat 10


 “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat..” 

Al-Hujuraat ayat 12

 “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” Al-Hujuraat ayat 12

Dilapurkan oleh Saalim berkata ayahnya bahawa Nabi (SAW) bersabda “Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat” (riwayat Tirmizi disahihkan oleh Al-Albani).
Dilapurkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah (SAW) “Seorang muslim itu ibarat cermin kepada yang lainnya, bila dia melihat sebarang kekotoran maka segera dia menyapunya” (riwayat Tirmizi dan Abu Daud).
Maka berbanggalah kita menjadi Melayu yang hanya semakin layu kerana gila berebut kuasa, yang hanya pandai meletak hukum kepada orang lain, tetapi tidak pada diri sendiri,  yang semakin hilang maruah dan hargadirinya, yang menjadi Melayu hanya kerana boleh bertutur Bahasa Melayu, yang menjadi melayu sebaliknya belum tentu Islam... Melayu??? apa kita masih bangga menjadi Melayu?? banga yang sangat mudah untuk dihancurkan.  Tidak perlu menghantar scud atau bom atom.. cukup sekadar memberi mereka seketul emas, dan mereka akan berbunuh sesama sendiri berebutkan seketul emas..







Comments

Popular posts from this blog

AKUAN BERSUMPAH AZILAH BIN HADRI (KES ALTANTUYA)

AKUAN BERSUMPAH Saya, Azilah bin Hadri (No K/P: 1/14055) seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan merupakan seorang banduan akhir di Penjara Kajang dengan sesungguhnya dan sebenarnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-. 1) Saya telah dibicarakan dan disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi satu pertuduhan seperti berikut:- "Bahawa kamu bersama-sama antara jam 10.00 malam 19 Oktober 2006 hingga jam 1.00 pagi 20 Oktober 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja di dalam Daerah Petaling di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, dalam mencapai niat bersama kamu berdua, telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap ALTANTUYA SHAARIIBUU pasport no. E0217865 seorang warganegara Mongolia dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan seksyen 34 Kanun yang sama.” (2) Di akhir perbicaraan, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan huku...

Kisah Bob Lokman.. satu lagi tindakan luarbiasa yang berani

Bob Lokman dan MB Kedah. Siapa yang tidak kenal dengan Bob Lokman, dari pencipta lagu, penulis lirik, pengacara dan pelakon, seorang anak seni yang memang disanjung dan tidak diragui  kehebatannya.  Tetapi itu semua hanya tinggal sejarah, Bob Lokman telah insaf.  Telah insaf tidak menjadi apa-apa kesalahan di Malaysia, boleh dilihat berapa ramai selebriti wanita yang sekejap memakai tudung, sekejap bukak, sekejap insaf, lepas tu tak insaf balik,  memang tidak menajdi kesalahan apa-apa pun, yang menjadi kesalahan tak terampun ialah penyertaan Bob Lokman kedalam kem hijau putih, mengumumkan secara terbuka penyertaan beliau ke dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada 19 Feb yang lepas memang satu tindakan berani mati, tindakan luar biasa dari seorang artis yang selama ini, hidup juangnya bergantung kepada media.

Melayu dan “Tongkat” ajaibnya (Melayu .. jadilah bangsa yang berani)

Masih ingat lagi ketika diawal persaraan Tun Mahathir Mohamad pada Oktober 2003, dengan segala dukacitanya berkata bahawa di berasa amat sedih kerana tidak berjaya mengubah nasib orang-orang Melayu. Dengan segala formulanya selepas Malay Dilemma diterbitkan pada 1970 (11 tahun sebelum beliau dilantik sebagai PM), beliau masih gagal mengubah (membetulkan) orang Melayu. Selepas 52 tahun merdeka, pemerintahan Melayu masih gagal mengubah orang Melayu. Satu Jawapan yang tidak boleh diterima akal. Tun Mahathir dengan beraninya membubarkan DEB yang dimulakan oleh Tun Abdul Razak pada 1971 (selepas peristiwa hitam 13 Mei 1969) dan digantikan oleh Dasar Pembangunan Nasional, 1991 alasannya ialah Melayu terlalu bergantung kepada tongkat.