Skip to main content

Bila seorang yang tidak punyai moral bercakap tentang moral

Rahim Tamby Chik dan Eskay
Misteri datuk T telah terjawab, tidak kiralah apa maknanya, Trio ke Tipu ke, Tipah ke, tindakan Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik,  Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, yang mengaku bertanggungjawab mendedahkan video berkenaan adalah tindakan bodoh dari Trio bangang yang berlagak pandai.  

Bukan tindakan mengaku bertanggungjawab itu yang bangang, tetapi tindakan menyebarkan, melakukan konspirasi, memerangkap dan mengugut itu adalah tindakan manusia yang langsung tidak berakhlak sebagai manusia yang sepatutnya menghormati hak-hak privasi seorang manusia lain.


Amat memalukan seorang yang bergelar Tan Sri dan dua orang yang bergelar Datuk melakukan suatu tindakan yang tidak bermoral, tidak bertamadun dan bukan dari seorang yang sepatutnya mempunyai etika dan integriti yang tinggi.

Bersungguh-sungguh memanggil wartawan, dan mengembar gemburkan video lucah, sepertinya terlalu seronok dapat mengaibkan pihak lawan adalah suatu tindakan manusia  yang tidak punya agama, tamadun mahupun moral.  Tindakan datuk Trio itu sebenarnya hanya menunjukkan ketidakmatangan Trio berkenaan.  Adakah mereka berhak bercakap tentang moraliti pelakon video lucah berkenaan ? , sedangkan sikap dan tindakan mereka amat hina dan memalukan.

Setelah 53 tahun merdeka, tidak disangka ada lagi Melayu yang pernah suatu masa dulu menjadi Ketua Menteri, menganggap bahawa rakyat Malaysia, terlalu naif dalam menerima dan menilai berita.  Kami tidak kisah siapa pelakon filem lucah berkenaan, tetapi tindakan Trio berkenaan, yang bergelak ketawa setelah dapat mengkantoikan pihak lawan, dan ingin berkongsi kononnya gelak ketawa mereka dengan rakyat Malaysia, seperti meletakkan kulit pisang di atas jalan, dan berguling-guling gelak selepas melihat musuhnya jatuh terduduk.  Adakah Trio bodoh ini layak  bercakap tentang moraliti dan kredibiliti.  

Dan yang lebih penting, adakah hak-hak privasi rakyat Malaysia terjamin?, jika seorang bekas Timbalan Perdana Menteri  (jika benar beliau) sendiri  diperangkap dan ditelanjangi begitu rupa oleh seorang bekas Ketua Menteri.

Apakah hak-hak privasi seorang individu di Malaysia tidak pernah di ambil serius oleh pemerintah.  Apa semua manusia bebas merakam gambar manusia lain dibilik tidur atau tandas awam dan kemudiannya boleh dijadikan senjata menjatuhkan sesiapa saja yang dirakam tadi, dan kemudiannya nanti boleh membuat jamuan dan bergembira sakan kerana dapat merakam gambar telanjang mereka.

Berbeza dengan Chua Soi Lek, dimana orang yang merakam dan menyebarkan video lucahnya tidak diketahui umum sehingga kini, tetapi  dalam kes terbaru ini, 3 mangkuk bodoh yang berharap untuk menjadi hero mengaku dengan angkuh dan berani bahawa mereka adalah Trio yang terlibat dalam pembikinan video lucah berkenaan.  

Sangat memalukan bangsa Melayu, Trio mangkuk yang menganggap bahawa kami rakyat Malaysia terlalu bodoh dan bersorak sorai sekiranya orang itu adalah Anwar Ibrahim, pada kami bukan sahaja pelakunnya yang bersalah, tetapi orang yang terlibat dari merakam dan menyebarkannya jugak adalah manusia hina, tidak punya moral dan integriti, tidak punya kredibiliti, malah tidak patut dihormati sebagai manusia.  Seharusnya segala gelaran mereka ini ditarik balik, mereka tidak layak membawa gelaran kebesaran yang telah dianugerahkan kepada mereka.

Comments

Popular posts from this blog

AKUAN BERSUMPAH AZILAH BIN HADRI (KES ALTANTUYA)

AKUAN BERSUMPAH Saya, Azilah bin Hadri (No K/P: 1/14055) seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan merupakan seorang banduan akhir di Penjara Kajang dengan sesungguhnya dan sebenarnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-. 1) Saya telah dibicarakan dan disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi satu pertuduhan seperti berikut:- "Bahawa kamu bersama-sama antara jam 10.00 malam 19 Oktober 2006 hingga jam 1.00 pagi 20 Oktober 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja di dalam Daerah Petaling di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, dalam mencapai niat bersama kamu berdua, telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap ALTANTUYA SHAARIIBUU pasport no. E0217865 seorang warganegara Mongolia dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan seksyen 34 Kanun yang sama.” (2) Di akhir perbicaraan, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan huku...

Kisah Bob Lokman.. satu lagi tindakan luarbiasa yang berani

Bob Lokman dan MB Kedah. Siapa yang tidak kenal dengan Bob Lokman, dari pencipta lagu, penulis lirik, pengacara dan pelakon, seorang anak seni yang memang disanjung dan tidak diragui  kehebatannya.  Tetapi itu semua hanya tinggal sejarah, Bob Lokman telah insaf.  Telah insaf tidak menjadi apa-apa kesalahan di Malaysia, boleh dilihat berapa ramai selebriti wanita yang sekejap memakai tudung, sekejap bukak, sekejap insaf, lepas tu tak insaf balik,  memang tidak menajdi kesalahan apa-apa pun, yang menjadi kesalahan tak terampun ialah penyertaan Bob Lokman kedalam kem hijau putih, mengumumkan secara terbuka penyertaan beliau ke dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada 19 Feb yang lepas memang satu tindakan berani mati, tindakan luar biasa dari seorang artis yang selama ini, hidup juangnya bergantung kepada media.

Melayu dan “Tongkat” ajaibnya (Melayu .. jadilah bangsa yang berani)

Masih ingat lagi ketika diawal persaraan Tun Mahathir Mohamad pada Oktober 2003, dengan segala dukacitanya berkata bahawa di berasa amat sedih kerana tidak berjaya mengubah nasib orang-orang Melayu. Dengan segala formulanya selepas Malay Dilemma diterbitkan pada 1970 (11 tahun sebelum beliau dilantik sebagai PM), beliau masih gagal mengubah (membetulkan) orang Melayu. Selepas 52 tahun merdeka, pemerintahan Melayu masih gagal mengubah orang Melayu. Satu Jawapan yang tidak boleh diterima akal. Tun Mahathir dengan beraninya membubarkan DEB yang dimulakan oleh Tun Abdul Razak pada 1971 (selepas peristiwa hitam 13 Mei 1969) dan digantikan oleh Dasar Pembangunan Nasional, 1991 alasannya ialah Melayu terlalu bergantung kepada tongkat.