Menjadi pembangkang di Malaysia adalah satu tugas yang sangat mencabar dan memeritkan, pembangkang dalam sistem demokrasi sangat diperlukan agar menjadi satu agen check and balance terhadap sistem, dasar , pengurusan kewangan dan segalanya yang dilaksanakan oleh kerajaan yang memerintah. Pembangkang yang kuat dan berfungsi dengan baik setidak-tidaknya akan menjamin tidak akan berlakunya penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan yang memegang kuasa.
Dalam suasana politik di Malaysia, pembangkang nampaknya tidak menjalankan tugas sebagai pembangkang dengan begitu baik, samada diberi tekanan oleh kerajaan yang memerintah ataupun kesilapan yang mereka sendiri lakukan.
Seperti mana-mana parti politik yang ditubuhkan di Malaysia, ia ditubuhkan bukan untuk menjadi pembangkang, sebaliknya ia ditubuhkan untuk berkuasa. Pembangkang di Malaysia yang hilang fungsinya sebagai pembangkang tetapi terus berjuang untuk memegang tampuk pemerintahan negara. Tugas-tugas sebagai pembangkang tidak dapat diseimbangkan antara mejadi pembangkang atau kemaruk berjuang supaya akhirnya dapat berkuasa.
Tidak hairanlah mengapa pembangkang diberi tekanan yang hebat oleh kerajaan, kerana isu-isu yang dibangkitkan oleh pembangkang bukan sebagai check and balance tindak-tanduk kerajaan memerintah, sebaliknya hanya untuk menunjukkan kelemahan pemerintah, dalam kata lain hanya untuk menumbangkan kerajaan sedia ada agar nantinya akan dapat mempengaruhi pengundi agar mengundi mereka di pilihanraya seterusnya. Tindak tanduk pembangkang yang tidak pernah setuju dengan dasar kerajaan di perlihat sebagai tidak ikhlas dalam memainkan peranan sebagai pembangkang.
Pembangkang tidak pernah bersetuju dengan kerajaan yang memerintah (kecuali isu-isu antarabangsa seperti Israel dan sebagainya), sehingga apa yang mereka bangkangkan tidak ada nilai langsung. Sebagai pembangkang, bangkangan mereka dilihat tidak ikhlas, tidak jujur, sebaliknya mereka dilihat terlalu berusaha untuk merampas kuasa. Pembangkang seharusnya bertindak bijak, sesekali isu yang diketengahkan menjadi isu yang benar-benar isu yang dapat menyelamatkan negara, bukan sekadar isu picisan yang hanya bertujuan meraih undi dari rakyat jelata, atau isu yang dilihat berniat jahat hanya untuk menumbangkan kerajaan. Apa salahnya sesekali, pembangkang di Malaysia memuji atau bersetuju dengan tindakan atau dasar-dasar kerajaan memerintah. Hanya sesekali pembangkang membangkitkan isu-isu yang besar yang dilihat dapat menyelamatkan negara, bukannya sepanjang tahun kerjanya mengkritik kerajaan.
Oleh kerana, tindakan pembangkang yang tidak dilihat bijak oleh rakyat jelata, apa sahaja isu yang dibangkitkan oleh mereka, tidak ada nilainya, berita-berita atau isu-isu itu tidak langsung mendapat perhatian atau berkesan dihati rakyat jelata. Adalah mustahil tidak ada satu tindakan, dasar atau sistem pun yang dilakukan oleh kerajaan memerintah memberi manfaat kepada rakyat dan negara. Pembangkang akan dilihat lebih cerdik sekiranya sesekali pujian dapat dizahirkan oleh mereka terhadap kerajaan memerintah atau setidak-tidaknya sesekali bersetuju dan memberi sokongan terhadap perlaksanaan sesuatu dasar kerajaan yang memunafaatkan rakyat. Bukannya menghentam membabi buta.
Dalam persekitaran politik moden, parti-parti politik dilihat jelik sekiranya bertungkus lumus menunjukkan kebaikan diri sendiri, bersusah payah membongkar kelemahan parti lawan, tindak tanduk kuno yang hanya menganggap bahawa kami rakyat marhain adalah insan-insan bodoh yang tidak tahu berfikir. Tindakan mereka sangatlah menghina sebenarnya, mereka terlupa pemikiran kami telah berkembang, bukannya sama seperti zaman sebelum merdeka. Hanya permainan politik sempit mereka sahaja yang tidak pernah berubah.
cuba bagi contoh dasar luar kerajaan yg dikritik pembangkang
ReplyDeletePembangkang tidak pernah bersetuju dengan kerajaan yang memerintah (kecuali isu-isu antarabangsa seperti Israel dan sebagainya), sehingga apa yang mereka bangkangkan tidak ada nilai langsung. Sebagai pembangkang, bangkangan mereka dilihat tidak ikhlas, tidak jujur,
ReplyDelete(perenggan 5)